Jadi semalam bersembanglah aku dengan orang kuat UMNgOk kelantan di 1 lokasi rahsia. topik utama sebaik saja aku mengadap otai ni ialah - macam mana nama calon boleh bertukar disaat-saat akhir..?
Belum lagi aku bukak mulut, otai depan aku dah bersuara "last minit tukar calon kita"... hahaha... aku bantai gelak bila dengar ayat "kita" tu... Khak Ptuih..! aku ludah... tapi dalam hati je la...
Saje aku bagi panas otai ni... aku cakap dah balik ke zaman flip flop Pak Lah pulak UMNgOk ni... ingat zaman flip flop dah abis, rupanya belum lagi sambil gelak.
Otai depan aku tepuk dahi sambil tarik nafas panjang... "ha...tu la dia... tengahari tu dah kemas dah orang kita dok pegang Che Jalal Muda jadi calon, tak tau macam mana bila Muhyiddin datang, terus tukar last minit..!"
Aku cuba selongkar apa sebab boleh bertukar saat-saat akhir. otai pun cerita la dengan panjang lebar... aku ringkaskan... malas nak cerita panjang-panjang hal dalam kain UMNgOk... bukan ada pekdah pun... Zali, Tungak Langit, Ziee Lipan dan lain-lain geng-geng UMNgOk kalau nak tau panjang lebar, jangan malu-malu turun Kelantan... aku bawak korang jumpa otai kita sembang... berani ke korang..?
Che Jalal Muda ni sebenarnya datang dari kem Pak Lah, sepanjang masa ni team ni dok sibuk berkempen melobi dan juga dok sibuk membeli jiwa orang-orang Manek Urai bersama dengan geng tingkat 4. dekat sini ada sikit komplikasi.
Aku tak dapat pastikan kedudukan KJ dalam hal ni sebab bila aku tanya macam mana reaksi Pemuda, otai cakap ok... Pemuda semua ok sebab Tuan Aziz ni memang orang Pemuda dan dapat sokongan Pemuda. Che Jalal pun dapat sokongan Pemuda jugak tapi sebab Che Jalal dah tabur... hahaha... Wang Malaysia la tu..!
KJ ni jenis 2 alam... mana-mana pun dia boleh masuk, asal boleh hidup. tak kan korang tak tau...
Nama Tuan Aziz ni dinamakan pada saat-saat akhir kerana nak mengelak dari perpecahan dan amukan dalam UMNgOk Kuala Krai. Che Jalal,Bosnya dan kuncu-kuncunya dikatakan terlibat dalam satu konspirasi dalam siri pemilihan Ketua Bahagian yang lepas.
Team Che Jalal dan bosnya terlibat dalam kerja membatalkan mesyuarat 28 bahagian UMNgOk Kuala Krai dalam usaha menjatuhkan atau menggagalkan keputusan mesyuarat bahagian yang telah diadakan setelah keputusan mesyuarat tersebut tidak memenuhi kehendak mereka.
Bermula dari situ, timbulnya dendam terhadap team ini kerana kerja jahat team ini. 28 bahagian UMNgOk Kuala Krai tidak sependapat dengan team ini kerana kerja jahat mereka dalam pemilihan Ketua Bahagian yang lepas dan dendam tersebut masih tersimpan sampai hari ni. agaknya dah sejuk sikit kot sebab pertukaran calon semalam.
Jadi kesimpulannya ialah, UMNgOk Kuala Krai dan juga UMNgOk Kelantan sekarang telah terbahagi kepada beberapa team... perpecahan tetap ada. kerja-kerja kempen pilihanraya tetap akan berjalan seperti biasa sebab masing-masing dah mengira habuan yang akan mereka dapat. kalah tetap kalah tapi yang penting... MASYUUUK..!
Calon UMNgOk untuk pilihanraya Manek Urai pula dah dapat durian runtuh dari awal lagi... nak tau apa dia..? tunggu post seterusnya...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Undi PAS byk lari kepada UMNO. Org PAS Manek Urai tak nak org Guchil jadi calon sebab anak tempatan Manek urai ramai yang layak. Yang pasti beberapa peti undi yang sebelum ini menjadi kubu PAS akan bertukar warna.
salam TP. menarik kisah ini.. segar terus dari ladang. fresh & slurpy.
salam semua,
sngt menyelerakan bak kata "bukit teluk sera"
aroma menusuk kalbu...bibit dah menjadi retak...retak sudah terbelah...tinggal apa lagi....sendiri mau ingat lah
teringat kata kata TGNA...tak dak sebab nak mengundi UMno...kapal nak karam..."
PAS jangan terlalu yakin sebab BNgok akan all out dan gunakan taktik kotor. La ni dia gunakan background calon PAS...dia hina beliau sebagai penjual ikan..satu penghinaan dan boleh PAS gunakan sbg isu. Calon PAS dahi bertanda, muka bersih dan bercahaya...pilihan tepat dari pimpinan PAS
Najib ejen yahudi amerika...
Cuba baca sini,...inikah pakatan rakyat kita. aku dari dulu memang dok berkenan dgn PKR ni. aku pun heran apasal pemimpin tertinggi PAS doh jadi lembu kena cucuk idung dgn DSAI ni...tak caya dengarlah perbualan mereka. ni ke nak jd PR menang dlm PRU-13 nanti. ayuh...boikot PKR mcm kita boikot UMNO. kita bagi seat pd orang2 Cina dan Keling biar depa memerintah negara.....
http://diamjoedahmai.blogspot.com/2009/06/malaysiakini-siapa-yang-cuba-ganggu.html
aku ok pasal mak aku Cina Bapak aku Melayu. muka aku mcm Cina dan aku buleh berckp Cina..so kalu Cina memerintah pun aku tetap maintain...mcm Nizar tu.
najib ejen cina....BIASISWA NASIONAL diumum depan pemimpin MCA...
betio ke cerita ni
UMNO BN nak menang bolih jumpa aku.Aku bolih memenangkan BN,malah satu kelantan bolih menang,nak tahu siapa aku ,cari sendiri,aku ada,PRU12 aku jelajah seluruh negara dengan modal sendiri.....bagitahu Tok Pa.tak payah pakai modal banyak2.
Post a Comment