Dah 2 hari aku tak dapat nak online sebab agak sibuk dengan kerja-kerja seharian tambah-tambah pulak aku tak de "berukband" dan streamyx dirumah cuma sekadar menumpang online dekat mana-mana premis yang ada wi-fi. syukur Alhamdulillah di Kota Bharu agak mudah nak dapatkan kemudahan wi-fi cuma perlu ke mana-mana kedai makan di sekitar Kota Bharu.
Padahal dah 2 hari aku asyik melayan panggilan telipon bertanyakan perihal "perang" antara Website Perisik Rakyat, blog Malaysiawaves dan TKO. aku tak reti nak jawab sebab aku tak tau apa-apapun dalam hal ni.
Cumanya, bila aku dapat online tengahari ni, baru aku faham sikit-sebanyak perihal perang ni.
Jadi aku nak maklum dekat sini pada semua pembaca dan pelayar website Perisik Rakyat supaya korang faham dengan lebih jelas. aku terbaca beberapa komen dibawah artikel Tulang Besi yang mempersoalkan kenapa aku "copy paste" artikel Tulang Besi dalam website ni dan beberapa kenyataan dalam komen-komen tersebut (korang carik sendiri la...).
Pertamanya berkenaan dengan penerbitan artikel-artikel dalam website ni... sebenarnya artikel-artikel tersebut bukan dicopy paste dari blog Tulang Besi sebaliknya ianya dipublish sendiri oleh Tulang Besi didalam website ni.
*** (tambahan) Untuk pengetahuan korang yang kurang tau (atau lebih tepat "KURANG TELITI BILA MEMBACA"), Tulang Besi merupakan salah seorang dari 8 penulis jemputan didalam website ni selain dari Alfa200, Kudin Mansor, Sakaratulmaut, Hasbullah Pit, Yeols, BANGSA MALAYSIA dan juga Pengliporlari.
Untuk pengetahuan korang jugak, antara nama-nama yang terpampang dekat atas tu terdiri dari pelbagai bangsa dan jantina. ada melayu, india, jawa, lelaki dan perempuan.
Patutnya yang tukang komen tu baca la betul-betul setiap artikel sebelum komen, kan dekat bawah tu dah ada "posted by" sape-sape... kalau aku yang post, keluar la - "posted by Topeng Perak bla bla bla...", macam tu jugak kalau orang lain yang post... ish... korang ni macam budak baru kenal blog & website.
Yang si Batu Api pun sama Ngok jugak... kaukan selalu hantar artikel dekat TKO dan dekat atas artikel tu ada nama kau sebab artikel tu kau yang punya, tak kan benda remeh macam tu pun nak kena ajar..? adui...
Keduanya, ada yang pertikaikan tentang rakaman-rakaman yang Tulang Besi nyatakan bahawa ada dalam simpanan dia. untuk pengetahuan korang jugak, semua rakaman-rakaman tersebut dah selamat aku serahkan pada TGNA bagi pihak Tulang Besi lebih kurang 2 minggu selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.
Agak lewat diserahkan sebab bukan senang nak dapatkan semua rakaman-rakaman berkenaan. untuk pengetahuan korang jugak, rakaman-rakaman yang telah diserahkan pada TGNA ialah rakaman pertemuan Dato' Hassan Ali dengan Bloggers UMNO dan jugak rakaman pertemuan Dato' Hassan Ali dengan Pemuda PAS Selangor (siri roadshow Dato' Hassan Ali yang diceritakan oleh Tulang Besi). semua rakaman tersebut berjumlah lebih dari 7 rakaman.
Perisik Rakyat vs TKO..?Ramai yang tanya aku - "kau berperang dengan TKO ke..?"
Jawapan aku -
Buat masa ni, belum lagi... tapi untuk masa akan datang... "kemungkinan tu ada"...
"Kemungkinan tu ada..?"... ya... memang ada... dan sebabnya ialah, aku perhatikan sejak mula berita "pertemuan dalam gelap" didedahkan, pihak TKO banyak menapis dan menafikan perkara yang benar-benar berlaku (dalaman) dan ramai pula yang menghentam mereka-mereka yang mendedahkan berita tersebut dan pada 1 masa, Pak Lah sendiri mengesahkan tentang pertemuan tersebut.
Maknanya perkara tersebut JELAS ADALAH BENAR, tetapi sampai sekarang, pihak TKO yang bagi aku SEPATUTNYA mengambil peluang menegur pimpinan-pimpinan yang bermasalah, tidak berbuat demikian. saham TKO jatuh merudum sebab dah tak telus.
Banyak artikel-artikel yang mendedahkan kisah "pertemuan dalam gelap" ditapis dan tidak disiarkan oleh pihak TKO. kebebasan bersuara dah tak ada dalam TKO kecuali dalam forum. maklumat disekat dsbnya...
Maka aku dan aku yakin ramai lagi pembaca tetap TKO mula menjauhkan diri dari TKO dan beralih arah pada lain-lain portal yang lebih telus seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. disana kami lebih terdedah dengan berbagai maklumat.
TKO dan jadi macam Utusan versi PAS Terengganu. bezanya Utusan cover pimpinan UMNO yang senget manakala TKO pula cover pimpinan PAS yang senget. jadi apa bezanya..?
Atas alasan itulah maka aku telah menjemput Tulang Besi sebagai penulis jemputan dalam website ni sebagai satu tapak bagi Tulag Besi menyampaikan apa yag dia tahu dan apa yang kita tak tahu. keputusannya terletak pada semua pembaca, kalau nak percaya, terserah pada korang, kalau tak nak percaya pun, terserah pada korang. masing-masing ada akal dan pada aku pulak, semua pembaca bukan "bodoh".
Tawaran Sebagai Penulis JemputanKesempatan ni jugak aku ambil untuk menawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk jadi penulis jemputan di website ini. emailkan artikel korang dekat aku di
poji2ya@gmail.com. sebagai peringatan, hanya rtikel-artikel yang terpilih sahaja akan disiarkan. nak bantai UMNO amat dialu-alukan, nak tegur pimpinan Pakatan Rakyat yang senget pun dialu-alukan.
Matlamat utama kita cuma 1 -
- Perbetulkan Pakatan Rakyat demi untuk Menumbangkan UMNO dalam PRU-13..!