"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 15, 2009

1Malaysia: Bahasa "Kebangsaan" HARAM Di Sabah..?

RUJUK PERJANJIAN 20 PERKARA

* Lihat di NOTA saya sebelum ini mengenai PERKARA 20 untuk kali ini saya bicarakan perkara 02 dahulu sebelum saya mengupas perkara lain. Perkara AGAMA saya kemudiankan.

02. BAHASA

a) Bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan
b) Bahasa Inggeris akan terus digunakan untuk tempuh 10 tahun selepas hari Malaysia
c) Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara, untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupu n persektuian tanpa had tempuh.

Saya kira kerajaan Negeri Sabah sejak pemerintahan USNO, BEJAYA, PBS sehingga sekarang gagal meletakkan Bahasa kebangsaan itu di tempat yang sewajarnya dan kelihatan siapa saja menjadi pemimpin tidak melihat secara serius betapa pentingnya itu BAHASA.

Apakah kepimpinan sejak dahulu hingga sekarang segaja membiarkan BAHASA ini melewati zaman secara haram pelaksanaaanya atau barangkali akibat tidak melihat budaya bahasa itu sebagai yang penting dalam hidup perhubungan bangsa/agama kita di Sabah?

Memang kerajaan Negeri Sabah ketika USNO memerintah dalam tahun 1973 telah menjadikan Bahasa sebagai bahasa rasmi kabinet dan dewan undangan Negeri. Rujuk perkara 11A dan kerana itulah rang undang-undang telah diluluskan oleh kerajaan USNO yang dinamakan enekmen BAHASA 1973 dan ketika itu mereka menghadkan pengunaan Bahasa Inggeris.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang dibuat/lulus peringkat persekutuaan dan kemudian dibuat pindaan pada tahun1983 dan untuk maksud dipanjangkan ke Sabah tidak pernah diluluskan oleh DUN Sabah sehingga sekarang.

Nah, berdasarkan kenyataan di atas bermakna orang-orang Sabah menggunakan BAHASA secara haram dari segi perundangan kerana berdasarkan kenyataan di atas Bahasa Kebangsaan hanya sepatutnya digunakan di Kabinet dan Dun Negeri Sabah dan tidak menyeluruh.

Makanya mereka yang namanya Wakil rakyat ADUN di Sabah harus peka akan keadaan ini dan meneliti semula keadaan agar tidak menjadi persoalan atau terlepas pandang.

Ulasan dan pandangan semua orang di Sabah terutama ahli-ahli FB dapat membicarakan hal ini secara profesional agar kita tidaklah menggunakan BAHASA secara salah tidak mengikut perundangan.

Mari kita bincang bersama!

*Saya tidak anti BAHASA, tetapi pengunaannya biarlah mengikut perundangan yang jelas dan bukan seperti yang ada sekarang ini yang semacam HARAM pengunaannya/ini bermakna Wakil Rakyat kita sejak dulu hingga sekarang semacam tidak peduli langsung/makanya banyak nama jalan/nama tempat masih berbau penjajah.


ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
ismailybungsu@yahoo.com
bangmaily@yahoo.com
019-8400005/016-8222262
014-5555175

1Malaysia: Menteri Setan Gondol Hutan Balak Sabah

Isu bahasa sudah saya dibicarakan dan perlu ada tindakan dari Kerajaan Sabah untuk memperbetulkan undang-undang dan seterusnya, akta 1963/76 mesti dipanjangkan ke Dewan Negeri Sabah agar ada semacam dokumen untuk orang lain tidak membangkitkan kesilapan seperti terdapat dalam 20 perkara perjanjian penubuhan Malaysia pada tahun 1963 itu.

Sekarang saya bangkitkan lagi soal HUTAN BALAK yang sekarang sewenang-wenangnya digondolkan semacam hak mereka yang berkuasa merampok harta kita begitu saja. Siapa saja yang punya kuasa meluluskan penggondolan hutan rimba warisan bangsa ini kalau bukan seorang Menteri yang berkuasa untuk diri dan anak kerabat suku-sakatnya.

Lihat sepanjang perjalanan ke Sipitang atau Sook, lori-lori balak mengangkut balak memusnah jalanraya membahayakan yang lewat di sana. mereka memandu seperti setan macam dikejar malaikat maut dan berkata itu jalan bapa mereka punya dan hutan balak nenek mereka punya. Inilah kerja setan yang rakus tamak dan haloba.

Ke mana lagi kera, rusa, kijang, gajah, orang utan kalau hutan rimba kita habis dimakan oleh bapa-bapa yang tamak, rakus berperangai seperti serigala yang melahap apa saja yang ada tanpa memikir bangsa negara dan warisan anak cucu cicit kita. Inilah rupa bentuk kerajaan yang kita pilih yang menjahanamkan bangsa negara kita sendiri.

Bila hutan diranap untuk mendapatkan ringgit yang bertimbun, maka apa jadi kepada alam sekitar kita? akan jadi panas dan binatang di hutan entah ke mana mahu berlindung, bukit diruntuhkan. apa akan jadi seterusnya ialah bencana kepada alam, banjir besar yang boleh menenggalamkan bumi bila terjadi hujan berhari2 dan berbulan lamanya dan kemudian siapa yang bakal menerima kesan bala bencana nanti?

Iya, Sang menteri yang meluluskan penggondolan bisa kaya dan kita bakal menerima bencana bala mala petaka dan apakah rakyat di pedalaman atau di kota bisa tahu akan keadaan ini atau sekadar melihat dengan putih mata dan tak berbuat apa-apa. Inilah gejala akibat menerima RM50 setiap pilihanraya. Mulut disuap dengan pisang, tetapi pantat dikait dengan duri dan celakalah hidup anak bangsa kita.

Rupanya kita ini masih tidak sedar akibat perbuatan kita/anak bangsa negara termasuk hewan di hutan menjadi gelisah gundah tak terkata entah ke mana lagi mereka mengadu nasib yang celaka akibat perbuatan manusia durjana yang hanya mengira harta tanpa berfikir perbuatan mereka menjahanamkan kehidupan manusia dan binatang yang damai di hutan.

Lalu apa tindakan saudara-saudaraku? membiarkan hutan terus digondol? dibotakkan atas nama pembangunan bangsa. Shit..!, semuanya auta dan penipuan. Pembangunan di laksana bukan maknanya mengorbankan hutan yang berjuta tahun usianya.

Ada cara lain yang lebih baik dan bermakna. Jawabannya mereka mahu kaya mendadak dan wangnya untuk anak bini suku sakat. Ini tidak masuk akal dan saya tetap membantah demi anak bangsa seribu tahun tiba.

Ayuh, kita kibarkan panji-panji amarah tanda kita bantah dan tidak setuju hutan balak diroboh gondolkan atas nama pembangunan. Kita bukan setan yang diam membatu.kita angkatan gagap yang sesekali bisa menjadi kurang ajar kalau sampai waktunya.

Ini amaran buat mereka yang rakus sebab amarah kita ada hadnya tiba. Sampai waktu kita menjadi pemberontak alam sekitar yang harus dipelihara untuk anak cucu cicit kita.
Kita merasa tenang dan santai melihat keadaan pinggiran pantai semacam ini/lalu bagaimana kalau hutan balak dirobohkan? itulah kerja setan yang haru kita tegah dan kita jangan lagi bertolak ansur soal membotakkan hutan rimba.

Kita harus sesekali menjadi kurang ajar kepada pemimpin yang rakus/tamak/haloba yang kerjanya meluluskan membotakkan hutan atas nama pembangunan. Istilah pembangunan hanya alat tetapi yang jelas untuk kayakan diri, anak cucit kerabat mereka sendiri. Dusun, Murut, Brunei, Bajau berputih mata diam bisu saja akibat RM50 setiap election. Dayus kita membiarkan berlaku di depan mata sendiri.

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
ismailybungsu@yahoo.com
bangmaily@yahoo.com
019-8400005/016-8222262
014-5555175

The Flying Doctor a.k.a Fastest Man in Asia

M JEGATHESAN (415) DURING 1960's

In his day, he was regarded as the fastest man in Asia. In 1966, he earned the accolade of being the fastest man in Asia by winning three gold medals at the Bangkok Asian Games in the 100 m, 200 m and 400 m events. Datuk Dr Mani Jegathesan, fondly called the Flying Doctor for blazing the tracks around Asia despite being a doctor, was an icon in the 1960s, regarded as the "Golden Era" of Malaysian athletics.

At the Kingston Commonwealth Games in 1966, Dr Jega became the first Malaysian to qualify for the final of the 220-yard (now the 200 m) race. Forty years later, Dr Jegathesan not only became an accomplished athlete, well-known doctor and researcher but did the country proud yet again through his appointment as Chairman of the Commonwealth Games Federation (CGF) Medical Commission and honorary Medical Advisor for the 2006 Melbourne Commonwealth Games.

Dr Jega has competed in three consecutive Olympics, namely Rome (1960), Tokyo (1964) and Mexico (1968). Dr Jega also has the distinction of appearing in two 200 m semi-finals in the Olympics and his time of 20.92 s, set in 1968 at the Mexico Olympics, still remains intact in the Malaysian athletics records book. His 200m national record in 1968 is the oldest in the records books but as much as he would love to see his record remain unbroken, he hopes Malaysian athletes would strive harder to not only smash his record but also reinstate the country's status as a leading power in athletics, just like in the 1960s.

His successors like Rabuan Pit, Watson Nyambek are always being highlighted by the media during major tournaments such as SEA Games and Asian Games, but why Dr Jega been forgotten? Because he is an ethnic Indian? Dear brothers and sisters, he represented Malaysia not India. I'm very disappointed with Malaysia for their racist mindset. The history shows that no one had achieved better in athletics than him until today, so do remember him for his contribution to Malaysia.

Dr Jegathesan: "It is my sincere hope to see Malaysia emerge as an athletics powerhouse in the region and appear in the final of a major event like the Asian, Commonwealth or Olympic Games."

:BANGSA MALAYSIA

Monday, December 14, 2009

Kelantan: Skandal MPKB-BRI - Sensa Timur Sdn.Bhd.

Sensatimur Sdn. Bhd.

Sensatimur is a property development company. Currently, the company is undertaking development of an integrated market on a 12-acre land in Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. The project comprises development of a new Wakaf Che Yeh integrated market, a Tahfiz centre and 135 units of 3-storey shop cum office buildings. The project is a joint venture between the company and Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

The project is estimated to has a gross development value of RM105 million. The development is expected to commence in May 2006 and will take approximately three years to complete.

Source - Made-in-Chin.com

Subsidi kepada peniaga pasar borong Wakaf Che Yeh

Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh merupakan projek usahasama antara Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan sebuah syarikat, Sensatimur Sdn. Bhd. dibina dengan kos RM60 juta.

Sumber - Utusan Malaysia Online (17hb. Mei, 2008)

Bazar Tengku Anis, Mercu Tanda Baru Kota Baharu

Bazar Tengku Anis yang didirikan seluas hampir satu hektar bersebelahan Kampung Kraftangan di sini bakal menjadi mercu tanda baru Kota Baharu yang mampu menarik kedatangan pelancong ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan Datuk Takiyyudin Hassan berkata bazar tiga tingkat dengan kos RM40 juta itu bakal siap setahun lagi setelah pembinaannya dimulakan dua bulan lepas.

"Ia merupakan pusat membeli-belah termoden yang menjanjikan keselesaan kepada peniaga dan pembeli yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jualan Bazar Tengku Anis di sini, Sabtu.

Majlis pelancaran itu disempurnakan puteri Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Takiyuddin berkata bazar itu memuatkan lebih 1,000 lot premis peniagaan, 91 lot tempat meletak kereta dan 100 lot untuk motosikal yang dibangunkan bersama syarikat Sensatimur Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB).

Beliau berkata 30 peratus lot niaga bazar itu telah berjaya dijual membabitkan nilaian sebanyak RM18.6 juta manakala selebihnya sedang dibuka untuk jualan dengan harga RM27,500 sehingga RM84,000 seunit.

"Saya yakin kadar harga premis perniagaan bazar ini mampu dimiliki dan harganya berpatutan yang pastinya akan menarik minat peniaga bumiputera tempatan untuk membelinya," katanya.

Sumber - Berita Wilayah (31hb. Mei, 2008)

Sensatimur Sdn. Bhd.
1st Floor,
Pt 816 Jln Sri Cemerlang 8/27,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.

............???

Kelantan: Skandal MPKB-BRI..?

Salam Pencerahan!

1. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa amalan kronisme dalam merompak hartanah perbendaharaan Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Selepas saya sendiri turun ke Kota Bharu, Kelantan, saya mendapati Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (PMBK BRI) telah menjual beberapa bidang tanah Kerajaan Negeri Kelantan secara kormersial.

3. Saya minta pihak berwajib menyiasat pembelian Tanah Perkuburan Islam di Jalan Hamzah.

4. Saya minta pihak berwajib menyiasat misteri yang menempatkan Pasar Borong Baru Wakaf Che' Yeh yang asalnya merupakan rizab tanah wakaf untuk tujuan perkuburan. Sumber Korporat memberitahu, tanah tersebut dimiliki oleh Sensa Timur Sdn. Bhd. Selebihnya, sila dapatkan penjelasan dari Peguam Nordin Noor.

5. Sila siasat bersama pembelian sebidang tanah wakaf untuk rizab perkuburan Islam di belakang Hotel Perdana. Dipercayai Kelantan Trade Center (KTC) yang sekarang tersergam indah turut didirikan di atas sebahagian kecil tanah wakaf tersebut.
Cantik betul no plate MPV ni... PAS 17 *gambar sekadar haisan

6. Saya juga berharap pihak berwajib dapat menyiasat bagaimana 5 ekar tanah perkuburan di Telipot (Kg. Puteh) yang menempatkan Bengkel MPKB-BRI (hampir 20 tahun) akhirnya dirobohkan, semata-mata untuk dijual kepada seorang kronis EXCO.

7. Satu lagi, dilaporkan, kroni EXCO terbabit diminta membina pejabat "sementara" MPKB-BRI di atas tanah wakaf perkuburan di Panji, tetapi apa yang didapati ialah, pejabat "sementara" tersebut yang berupa "kontena" terus digunakan selama 19 tahun. MPKB-BRI dilaporkan menggadai sebidang tanah wakaf di Telipot (kontra) bernilai RM15 juta kepada kroni terbabit untuk membina prasarana sementara (kontena) yang dikhabarkan nilainya tidak sampai RM5 juta (keseluruhan projek termasuk tanah).

8. Saya tidak mahu menuduh Datuk Takiyyuddin Hassan terlibat kerana dia adalah EXCO yang menjaga MPKB-BRI. kerana dibimbangi ada orang Pas kata saya ini berniat jahat dan tidak ada adab berjemaah dalam Pas.

9. Kalau boleh ditanya, sila tanya siapa Peguam Nordin Noor di sisi Takiyyuddin dalam pemilikan beberapa harta MPKB-BRI secara penuh misteri. Kalau boleh ditanya kepada Nik Muhammad Abduh Nik Mat sekali, sebab dia ini dikenali sebagai orang bijak pandai agama di Kelantan.
  • Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah kamu cendurung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu boleh disambar api neraka…” (Surah Hud: 113)
KEFAHAMAN MENGASAK PERUBAHAN

Zainulfaqar Yaacob
KB Mall | 8.10 malam

Konvensyen Blogger turut dibuka kepada penyokong PAS

Kenyataan Media

Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat.

Bagi yang berminat menyertai konvensyen pada 20 Disember ini bolehlah mendaftar kepada penerangan.paspusat@yahoo.com dengan menyertakan Nama Sebenar, No. Kad Pengenalan, Alamat Blog, Email dan No. Telefon Bimbit.

Hanya peserta yang mendaftar awal, iaitu sebelum 18 Disember 2009 sahaja yang akan dibenarkan masuk ke Dewan Dat’ Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Program akan dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Hj Abd Hadi Awang dan Kelab Blogger PAS akan turut dilancarkan pada hari berkenaan.

Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan Blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Konvensyen Blogger PAS Untuk Mem"BTN"kan Blogger?

Menjelang Konvensyen Blogger PAS yang akan diadakan pada 20 hb Disember ini bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, ramai yang tertanya-tanya apa pendirian GB.

Konvensyen ini dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat yang diketuai oleh Ustaz Idris Ahmad dan idea penganjuran konvensyen ini berlaku beberapa hari selepas para blogger telah tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat itu yang telah "menghentam" Prof Abd Aziz Bari. Malah Idris pernah menamakan dan menyerang para blogger sebagai penabur fitnah di dalam satu seminar di Gopeng.

Senarionya bermula apabila Prof Abd Aziz Bari melakukan kritikan terhadap pimpinan PAS Pusat, dan ianya disanggah hebat oleh Idris yang tidak berlapang dada untuk menerima kritikan. Diperburukkan lagi dengan tulisan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan Tantawi yang melabelkan Abdul Aziz sebagai agen musuh.

Di dalam Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan pada 7 Nov 2009 pula, keberadaan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut memberikan pandangan di dalam forum, disifatkan oleh Ust Zolkharnain Abidin adalah bias dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib.

Ketiga-tiga pimpinan PAS tersebut - Idris, Nasruddin Hassan Tantawi, Tuan Ibrahim, telah dikrtik hebat oleh para blogger - termasuklah GB :)

Dan kini ketiga-tiga pimpinan PAS tersebut terlibat secara terus di dalam Konvensyen blogger yang hendak diadakan pada 20 Disember ini yang menurut kenyataan dikeluarkan:

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tentatif Program

8.00-Pendaftaran Perserta.
8.30-Ucapan Aluan Oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad
8.45-Ucaptama Perasmian & Pelancaran Kelab Blogger PAS Oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
"Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS"
9.30-Rehat
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 1-Ust. Ghani Shamsuddin
"Memahami Potensi Blog dan Media Baru Dalam Gerakan Dakwah dan Politik PAS"
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 2-Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah"
10.45-Sesi Diskusi kumpulan
11.45-Pembentang Cadangan /resolusi terhadap aktiviti Kelab Blogger PAS
12.45-Makan Tengahari
Bersurai

Jelas bukan? Ketiga-tiga pimpinan yang dihentam para blogger kini cuba untuk menindoktrinasikan pemikiran blogger melalui apa yang dipanggil Konvensyen Blogger yang tak ubah seperti langkah untuk "memBTNkan" mereka supaya patuh, akur dan jangan mengkritik pimpinan dengan alasan ia "merugikan PAS". Sedangkan kebanyakan blogger melihat pendirian dan kenyataan ketiga-tiga pimpinan yang telah dikeluarkan itulah yang telah banyak merugikan PAS.

Konvensyen dikatakan untuk "mengenal pasti blogger sebenar PAS" dan salah satu objektifnya "Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS".

Persoalan kini mengapa setelah kamu-kamu tidak berupaya menerima kritikan tiba-tiba cuba pula untuk "mengenal-pasti blogger sebenar PAS" dan dengan beralasan untuk "Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS" supaya ianya seiring hanya dengan pandangan dan pendirian ketiga-tiga pimpinan tersebut yang gagal menghargai kritikan orang lain. Apakah itu yang hendak ditanamkan ke minda para blogger?

Rumusan: GB adalah ahli PAS yang berdaftar, bernombor 2579xx, (telah mengikuti program PAS sejak dibangku sekolah sekitar 60an dan 70an mengikuti ayahanda yang merupakan pengasas dan Ketua Pas Cawangan di tempat GB, tetapi hanya disahkan menjadi ahli berdaftar PAS pada 80an) bererti layak sangat menghadiri konvensyen berkenaan, tetapi GB mengambil keputusan untuk tidak menghadirinya setelah GB gagal untuk melihat adanya kejujuran dan ketulusan di dalam penganjuran konvensyen berkenaan.

Kalau tak terima GB sebagai blogger PAS pun nanti, GB tak berkecil hati. Muga ada yang masih mahu membaca tulisan-tulisan GB.

Sumber - Kelab Greenboc

Senarai Dosa-Dosa Besar yang Dihalalkan UMNO

Dalam PAS sekarang menular satu penyakit, yakni penyakit percaya yang UMNO ini boleh diharap untuk berjuang Islam.

Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halalkan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.

A. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

B. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.

C. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.

Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.

Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementerian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.

D. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM : Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.

Menarik untuk disebut : dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau.

Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).

Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.

Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.

Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM

E. FITNAH : Agen fitnah UMNO adalah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam

Secara peribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.

F. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum.

G. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la...

H. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO.

I. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM : Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi “keganasan” (Baca : memerangi Islam).

Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang “mukhliseen”.

Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.

Tulang Besi

1Malaysia Sabah: Perjanjian 20 Perkara

‘Perjanjian 20 Perkara’ syarat pembentukan Malaysia di perenggan akhir sebagai
berikut :
  • “Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara (Sabah). Begitu juga Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo Utara (Sabah)”.
"Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.
  • The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo."... See More
Oleh kerana ramai yang tidak mengetahui kandungan 20 perkara syarat kemasukan sabah ini, saya senaraikan kandungan 20 perkara tersebut untuk tatapan sahabat2 :

1. AGAMA : Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

2. BAHASA :
  1. Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
  2. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
  3. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.
3. PERLEMBAGAAN : Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

4. KETUA PERSEKUTUAN : Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

5. NAMA PERSEKUTUAN : “Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

6. IMIGRASI : Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

7. HAK MENARIK DIRI : Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

8. Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH : Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

10. KEWARGANEGARAAN : Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
  1. Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.
  2. Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”.
  3. Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.
11. CUKAI DAN KEWANGAN : Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI : Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

13. KERAJAAN NEGERI :
  1. Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
  2. Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.
14. JANGKAMASA PERALIHAN : Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

15. PELAJARAN : Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

16. PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN : Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN : Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

18. NAMA KETUA NEGERI : Yang Di Pertua Negara.

19. NAMA NEGERI : Sabah.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN : Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.

Dengan kata lain, tanah dan hutan Sabah adalah hak mutlak peribumi Sabah. Justeru, mengapa taukey- taukey yang berselindung disebalik pelbagai nama seperti FELCRA, MESEJ, SDTME, BSSB dan sebagainya dengan begitu mudah merompak dan merampas Tanah Adat milik puluhan ribu Pribumi yang telah menerokanya sejak nenek moyang mereka lagi atau sejak ratusan tahun yang lalu? Jawapannya adalah, siapa yang menduduki takhta Jabatan Tanah Sabah?

Abdul Fatah Karim

Hairan??? Kenapa Tiada Komen Dari Presiden & Timbalan Presiden PAS Najib Lulus 10 Lesen Judi Baru?

Yang saya tau, isu ini mula timbul waktu Piliharanya Kecil Bukit Gantang. Yang mengenengahkan isu-isu ini hanyalah tokoh-tokoh PAS yang pro kepada Pakatan Rakyat seperti Dr Lo' Lo' Ghazali dan sebagainya. Malangnya, sehingga hari ini, tiada komen atau kutukan dari Presiden mahupun Timbalan Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.

Dilaporkan oleh Business Times Singapore :
Saya rujuk Harakahdaily, baik yang lama mahupun format baru ataupun lama, dan saya tak nampak satu pun kenyataan dari Presiden mahupun Timbalan Presiden berkenaan dengan isu ini.

Kenyataan yang saya dapat hanyalah dari Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang menghentam UMNO atas sikap “munafik” mereka. Di satu segi mereka mengatakan mereka memperjuangkan Islam, tapi dari segi lain mereka bergelumang dengan noda judi.
(http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019623&Itemid=85)

Dalam isu berkaitan dengan judi dan moraliti, seharusnya komen mesti dimulai dari PAS. Hasan Ali sendiri kata, di Selangor EXCO-EXCO Islam dari Parti KeADILan Rakyat tak boleh diharap dalam isu berkaitan dengan Islam. Tapi, dia tak pernah kondem Najib lulus 10 lesen judi ni. Dia, Presiden mahupun Timbalan Presiden PAS sendiri. Malahan, dalam isu ini, kita tidak tahu apa sebenarnya pendirian dan sikap PAS terhadap kelulusan 10 lesen baru “Special Draw”/Judi ini.

Yang hairannya Hasan Ali boleh pulak komen maki Ronnie Liu secara terbuka dalam isu arak. Bukan main garang Hasan Ali pada masa itu sehingga dia telah menyuruh Ronnie Liu ditukar portfolio EXCO beliau (atau pun letak jawatan).

Begitu garang Hasan Ali masa tu sampai buat sidang akhbar terbuka menyerang sesama rakan dalam Pakatan Rakyat.

Tiada Kenyataan Atas Semangat Kerajaang Perpaduang?

Saya pun rasa macam tu. Atas semangat mahu mengadakan “Kerajaang Perpaduang” dengan UMNO dan Barisan Najib, maka isu-isu seperti ini mestilah disenyapkan.

Sudahlah idea Kerajaang Perpaduang ini tidak popular di kalangan ahli-ahli PAS, kiranya ada kenyataan menghentam judi ini datang dari kepimpinan PAS Pusat, maka idea ini akan jadi lebih tidak popular. Bayangkan, Pemuda Serdang sendiri menolak usul Kerajaang Perpaduang ini. Bayangkan kawasan-kawasan lain?

Jadi, demi untuk memastikan agenda “Perpaduang”/Muzakarah sentiasa releven di kalangan ahli dan aktivis PAS, maka Presiden dan Timbalan Presiden mengunci mulut dalam isu pemberian 10 lesen judi baru oleh UMNO ini.

Malahan, kita tak nampak pun banyak kenyataan yang bersifat keras dan mengkritik UMNO datang dari Presiden, Timbalan Presiden dan beberapa kepimpinan Dewan Harian PAS Pusat. Dalam isu GST sendiri, PAS tidak mengambil apa-apa sikap yang jelas dan menentang.

Saya rujuk kepada kenyataan2 Presiden yang biasanya disenaraikan dalam Harakahdaily di sini, namun tiada apa-apa sikap yang diambil oleh PResiden dalam isu GST yang bakal menghimpit rakyat Malaysia dalam kesengsaraan dan kesusahan ekonomi. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=category&id=83&Itemid=127)

Yang saya jumpa adalah kenyataan Presiden bertajuk “Menyebar maklumat bohong ke neraka” yang menjadi respon kepada kajian persepsi Aziz Bari terhadap Presiden yang menyatakan Presiden sudah tidak popular Presiden adalah dilihat sebagai pro UMNO.

Dengan Presiden tidak mengambil sikap yang jelas dalam isu Judi dan GST (misalnya), adakah kita boleh menyalahkan rakyat yang melihat Presiden ini pro-UMNO?

Belum PAS Masuk Barisan, Sudah Tidak Berani Menegur Kemungkaran BN

Saya pun nampak itulah trend PAS sekarang ini. Belum pun tubuh kerajaan campuran/perpaduang dengan UMNO, pemimpin2 PAS yang pro UMNO ini sudah tidak lagi berani menegur kerajaan BN dan UMNO hatta dalam isu berkaitan dengan kemungkaran yang jelas seperti judi ini.

Bayangkanlah apabila perancangan mereka berjaya nanti dan PAS sudah menubuh kerajaan perpaduang dengan UMNO, apa akan jadi pada usaha Amar Makruf Nahi Mungkar di Malaysia?

Di kala itu, sebahagian orang Melayu akan meninggalkan PAS dan hampir keseluruhan orang bukan Melayu akan hilang kepercayaan kepada PAS.

Jelas, EGM itu perlu kepada PAS demi menyelamatkan PAS dan juga menyelamatkan usaha Amar Makruf Nahi Mungkar.

Ini juga membuktikan bahawa tuduhan kononnya PAS tidak boleh melakukan Nahi Mungkar kerana berkawan dengan DAP adalah meleset. Ini kerana, kalau PAS berkawan dengan UMNO, perkara yang jelas haram macam Judi ni pun PAS tak boleh tegur.

Satu hari nanti, mungkin Ketua Pemuda PAS akan terpaksa meraikan majlis kesyukuran serta majlis tahlil sempena pembukaan cawangan2 baru Sports Toto atau Magnum demi menjaga harmoni kerajaang perpaduang.

Tulang Besi