"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 02, 2010

Deja-Vu: Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Bakal Tumbang..?

Free Malaysia Today lapor:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim meminta para media memberi sedikit masa untuk beliau memberi keputusan mengenai jawatan beliau di dalam Umno Kedah mahupun sebagai Adun Kuala Nerang.

Menurutnya, keadaan tertekan menjadikan beliau sukar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin menyatakan beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

"Saya tidak boleh memberi sebarang komen atau kenyataan kerana melibatkan banyak pihak termasuklah jawatan saya sebagai Adun Kuala Nerang.

"Harap semua media dapat memberi masa untuk saya menyatakan pendirian tetap saya dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi wartawan Free Malaysia Today hari ini.

Syed Sobri tetap menegaskan tidak akan memberi sebarang kenyataan dalam masa terdekat ini sehinggalah mencapai satu keputusan terbaik untuk mengemukakan kepada umum.

PAS sentiasa alu-alukan Syed Sobri

Sementara itu, Speaker Negeri Kedah yang juga ahli jawatankuasa PAS Kedah, Datuk Abdul Isa Ismail menyatakan PAS sentiasa mengalu-alukan penyertaan ahli baru dan jika benar mana-mana Adun atau pun ahli parti Barisan Nasional (BN) ingin menyertai PAS, ia dapat menyatukan lebih ramai lagi umat.

"Jika benar Adun Kuala Nerang ingin menyertai PAS, dia perlulah mengemukakan surat secara terbuka kepada jawatankuasa PAS, barulah sah beliau benar ingin bersama kami.

"PAS sentiasa mengalu-alukan kemasukan ahli baru sama ada Adun mahupun umat Islam yang lain bagi bersama-sama membentuk kebenaran melalui pegangan agama untuk negara," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.

Tambah beliau, keputusan sepenuhnya sama ada penyertaan Adun Kuala Nerang diterima atau pun tidak, beliau menyatakan keputusan tersebut akan dibuat oleh jawatankuasa tertinggi PAS.

Syed Sobri sejak akhir-akhir ini sentiasa dijejaki wakil-wakil media untuk mendapatkan pengesahan daripadanya tentang ura-ura beliau akan membuat pengumuman untuk meninggalkan BN menyertai PAS hari ini.

Kesahihan semakin memuncak kerana Syed Sobri dikatakan begitu kecewa dengan Umno, berikutan disisihkan dan sudah tidak mempercayai perjuangan Umno yang hilang hala tuju itu.

Jika beliau menyertai PAS maka kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh PAS akan bertambah kukuh. Dengan kemasukan Syed Sobri, PR akan mempunyai 21 Adun berbanding BN 12.
Ingat tak awal tahun lepas bila ADUN BN, Dato' Nasa isytihar keluar dari UMNO/BN dan sertai PKR..? tak sampai seminggu lepas tu Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang dalam konspirasi KuDeTa...

"PAS" mengalu-alukan Syed Sobri...

Yeahhh...!!! tolong tengok-tengokkan ADUN-ADUN PAS Kedah... Deja-Vu..!

Konvensyen Nasional PKR

4 hari menempel diri dalam Konvensyen Nasional PKR di KTC dan jugak Perdana Resort, Pengkalan Chepa. walaupun "punch card" aku tak penuh, tapi Alhamdulillah masih dapat hadir untuk 2 hari terakhir. sempat hadir untuk perasmian Konvensyen AMK dan Wanita pada 25hb. Mei, 2010 dan 2 hari penuh pada 28 dan 29hb. Mei, 2010.

Pandangan aku...

Jujur aku cakap, kebanyakan perwakilan dalam Konvensyen kali ni, sangat-sangat aggresif. kalau kena pada caranya, memang cita-cita untuk kita lihat perubahan politik dalam Negara tercinta Malaysia akan tercapai dalam masa terdekat. tu kalau kita tengok dari sudut "aggresif" dalam ucapan. praktikal tak tau lagi macam mana.

Yang tak bagusnya, kebanyakan perwakilan yang berucap, membentang dan jugak membebel, boleh kata 60% tak berkualiti. banyak yang sekadar membuang masa. idea-idea yang dilontar hampir kesemuanya idea yang akan "membunuh" Parti KeADILan Rakyat dalam arena politik Malaysia.

"Reformis'

Takziah untuk geng-geng "Reformis"... aku tengok kebanyakan korang tak de beza dengan ahli UMNO... banyak yang seronok "membantai" Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang sentiasa "cool" walau dibantai secukup-cukupnya oleh korang. bukan setakat "bantai", tapi semacam ada usaha untuk menjatuhkan YAB Menteri Besar Selangor di kalangan ahli Parti sendiri.

Perwakilan dari Melaka - suara sampai serak-serak membantai Tan Sri Khalid, idea yang dilontar buat aku dan kengkawan blogger dan para wartawan pro Pakatan Rakyat menggeleng kepala sesama sendiri. sinis kami berbisik, ni Konvensyen PKR ke Perhimpunan Agung UMNO..?

Antara yang dikritik ialah Pemerintahan MB Selangor yang tidak menguntungkan para "Reformis". jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Selangor dan anak Syarikat tidak diberi kepada para "Reformis" sebagai menghargai jasa mereka... Ptuih..!

Bila sebut pasal perjuangan, semuanya sembang cakap "ikhlas"... kami tak harap apa-apa balasan. tu cakap-cakap, praktikal..? Kerajaan Negeri Selangor baru 2 tahun lebih ditawan Pakatan Rakyat, korang dah kecoh pasal tak dapat jawatan dalam Kerajaan..? banyak la kau punya ikhlas...

Ada jugak dianjurkan supaya Kerajaan Negeri atau PKR sendiri mengadakan 1 tabung untuk anak muda, "kununnya" tabung ini bagi memudahkan para "reformis" bergerak dan berjuang dalam politik. membantu parti la "kununnya"...

Beb... Parti PAS dah lebih dari 50 tahun umurnya, Parti DAP pun umurnya dah jauh "banyak" dari PKR... cuba ngko tanya aktivis-aktivis dalam PAS dan DAP, pernah tak anak-anak muda yang menyokong dan bersama dalam perjuangan PAS dan DAP dibantu dengan "tabung" sedemikian selama ini..?

Korang tanya budak-budak Unit Amal yang tiap kali diadakan demonstrasi akan berada di barisan hadapan sekali mengawal keselamatan korang, berapa imbuhan atau bantuan yang dorang dapat selama ni..? aku kenal ramai budak-budak Unit Amal dan aku tau, semuanya ditanggung oleh diri sendiri atas nama "Perjuangan".
Uniform bayar sendiri, kasut bayar sendiri, talipinggang bayar sendiri, beret bayar sendiri, seluar bayar sendiri... kalau adapun sumbangan, semuanya dilakukan secara peribadi oleh para penyumbang tanpa melalui 'Tabung Unit Amal" atau "tabung Anak Muda".

Malu la sikit dekat budak-budak Unit Amal ni geng... Jangan bawak "Budaya UMNO" dalam PKR kalau korang sayang dekat Parti korang.

Secara Peribadi, aku hilang respek pada kebanyakan Perwakilan Cabang AMK. sangat-sangat memalukan. perjuangan ikhlas, tak harap balasan, tapi bising bila tak dapat jawatan dan jugak imbuhan (bantuan). apa ni beb..? tak de kederat untuk usaha sendiri ke..?

Wanita Dan Srikandi

Kalangan perwakilan dari sayap Wanita dan Srikandi bagi aku sangat-sangat bagus, mantap dan membina. banyak kritikan yang dilontar bakal memantapkan lagi parti... Sayap Wanita sangat konsisten, tegas dan mantap... Thunbs Up untuk korang. Srikandi pun boleh tahan... ucapan yang mantap, tegas dan kritikan yang sangat-sangat membina diutarakan lebih-lebih lagi pada AMK.

Cuma aku harap untuk Konvensyen akan datang, Srikandi dapat menyiapkan teks ucapan yang dikarang sendiri dan bukannya hasil dari orang lain. Srikandi kena bina kekuatan sendiri, jangan jadi lembik macam Puteri UMNO. setakat ni aku tengok kekuatan Srikandi masih ditahap 20/100. kuat berjalan, tapi tak berapa kuat bekerja. kena organize lebih banyak program untuk tarik anak-anak dara yang sebaya supaya mereka ni berminat menyokong Pakatan Rakyat.

Srikandi sepatutnya nak kena rangka program-program untuk dekati anak-anak muda. buatlah aktiviti sukan, bola jaring ke, bowling ke, paint ball ke, sukaneka ke, go-kart ke, futsal wanita ke apa-apa lah... janji dapat tarik anak muda.

Korang bukan tak de tarikan, masing-masing ada tarikan dan kelebihan, tapi masih tak reti nak gunakan kelebihan yang ada tu untuk tarik anak muda. cuba dekati anak-anak muda dengan program-program anak muda... kalau ada program, aku pun minat nak ikut... banyak "objek" tuuu...!!! hahaha...

Tak kiralah apa kata korang, tapi kena ingat, untuk menang PRU-13, Pakatan Rakyat dan BN bergantung sepenuhnya kepada undi dari pengundi-pengundi baru. siapa cepat, dia dapat... jangan salahkan anak muda kalau mereka tak sokong Pakatan Rakyat sedangkan kamu tak pernah berusaha untuk mendekati mereka.

AMK Sucked..!

AMK tak payah cerita... kalau tegur pun macam buang masa... Sam tu bukan makhluk yang boleh ditegur. "Dont tell me how to do and what to do..! i know what i'm doing... don't teach me ok..?"

AMK boleh pergi jauh, tapi tidak dengan Ketua AMK yang cuma pandai "buat report polis sahaja". practically, aku tak nampak report polis tu boleh tarik pengundi untuk undi parti. polis lagiii la makin menyampah. bila ada isu ngko kutuk-kutuk polis, lepas ngko kutuk ngko pergi menyusahkan polis dengan report-report ngko yang bertambun.

Pada masa ni pemuda UMNO berada pada tahap 50% lebih teruk prestasinya dari sebelum ni, tapi dalam masa yang sama, prestasi AMK berada 50% lebih teruk dari Pemuda UMNO. korang kira sendiri la dekat tahap mana AMK berada.

Geng-geng AMK kalau terbaca post aku ni, aku mintak mahap banyak-banyak. terus-terang aku cakap, AMK sucked..!

Pada masa ni, AMK amat-amat bernasib baik sebab Khairy Jamaluddin TIDAK DITERIMA oleh majoriti Pemuda UMNO. kalau Khairy Jamaluddin diterima oleh majoriti Pemuda UMNO, alamatnya tahap prestasi AMK akan berada dibawah paras 2% dari prestasi Pemuda UMNO.

Beb... Pemuda UMNO yang tengah lembik pun korang gagal nak lawan... macam mana nak tawan Putrajaya ni beb..? Sam, lu dengar sini... lu tak boleh nak tarik pengundi muda dengan berguni-guni report polis yang lu dah buat tu, anak muda tak minat dengan report polis... anak muda era "Perubahan" ni, lu sebut "polis" pun diorang dah menyampah.
Anak muda yang tak bergiat dalam politik sekarang dahagakan program-program membina untuk mereka, diorang nak tempat dalam masyarakat, ikut lu buat report polis tak meletakkan diorang dalam mana-mana level dalam masyarakat Malaysia beb... tu tahap "pencacai" je bagi aku.

Atas tahap kepala otak lu yang bergelar "Lawyer", tak leh ke lu pikir idea-idea yang menarik untuk anak-anak muda tempatkan diri dalam 1 level yang masyarakat "pandang" tinggi anak-anak muda ni..?

Beb... tak kan lu tak tau anak-anak muda yang ada dekat Malaysia ni semuanya nak jadi "somebody" dalam Negara ni beb... ada yang nak jadi "programmer" yang tersohor, ada yang nak jadi "pelumba motorsikal" yang hebat, ada yang nak jadi "stunner" yang brutal, ada yang nak jadi "Beckham" walaupun tak hensem dan kaki bangku dan macam-macam lagi.

Kepala otak lu bantut sangat ke (macam lu) sampai tak leh nak pikir idea-idea macam tu..? sekarang bila lu pegang jawatan Ketua AMK Pusat, lu nak orang bantu diri lu sendiri ke lu nak nak bantu orang lain sebagai tanggungjawab lu..?

Kalau lu nak orang lain bantu lu dengan jawatan lu, baik lu belah cepat-cepat lepas tu pergi daftar masuk Akademi Fantasia, Raja Lawak, Malaysia Idol atau lain-lain rancangan "realiti Tivi"... gua serius ni... lu nak marah, lu marah la...

1 kenyataan yang lu kena terima ialah, "kalau" lah Khairy Jamaluddin ditakdirkan tergerak hati dia untuk Insaf terima perjuangan Pakatan Rakyat dan dia masuk pulak PKR, terus-terang gua cakap la... kalau Khairy Jamaluddin masuk PKR, Sam dan lain-lain pimpinan PKR yag muda-muda akan terlingkup terus... kalau ada pun pencabar terdekat Khairy Jamaluddin setakat yang aku tengok cuma Chegu Bard sorang je. yang lain semua hampeh.

Dah la... nak terima teguran, terima... kalau rasa hebat sangat tak leh nak terima teguran, lu punya suka la... gua tak de kepentingan dalam AMK. dalam DAP dengan PAS pun gua tak de kepentingan.

Terengganu Dan Orang Asal Membanggakan..!

Lain-lain Perwakilan terutama dari Terengganu sangat-sangat membina bagi aku, dalam korang-korang dok membantai Tan Sri Khalid pasal tak bagi jawatan dan tak reject orang-orang bukan Pro Pakatan Rakyat di Selangor, Perwakilan dari terengganu tampil mengingatkan para pemerhati supaya renung balik apa yang berlaku di Terengganu akibat dari tindakan Kerajaan PAS Terengganu dulu.

Apa yang PAS Terengganu lakukan dulu masa dapat ambik alih Terengganu, sama macam apa yang kebanyakan perwakilan minta Tan Sri Khalid buat. reject yang bukan Pro Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Selangor, serah semua Jawatan-Jawatan penting pada ahli parti dan bla bla bla...

Diakhirnya apa yang berlaku di Terengganu..? 4 Negeri yang kita tak sangka boleh menang akhirnya menang dengan bergaya sementara Terengganu menaggung malu akibat perbuatan bodoh.

Yang ni nak kena ingat... kalau korang nak Negeri selangor jadi macam Terengganu, sila teruskan dengan idea-idea BANGANG korang tu. para "Reformis" ni kadang-kadang aku tengok bengong lebih sikit dari orang UMNO... jarang pikir panjang... nak cakap belum akil-baligh, tak mungkin la... tapi...

Sepanjang Konvensyen PKR tu aku cukup-cukup kagum dengan Perwakilan bukan MeLAYU... paling hebat antara semuanya ialah Wakil Orang Asal, Ramli Logan... kalau semua Perwakilan terutamanay geng-geng "Reformis" berfikiran macam Ramli Logan, PRU-13 aku boleh confirm - Putrajaya dalam genggaman. tapi aku tak rasa geng-geng "Reformis" ni berfikiran macam Ramli Logan.

Tan Sri Khalid Ibrahim - Mutiara Dalam Kaca

Tan Sri Khalid bagi aku sorang MB yang sangat-sangat bagus yang telah dilahirkan oleh PKR. apa yang dilakukan oleh MB Khalid setakat hari ni bagi aku akan menjamin sokongan Rakyat Selangor pada Pakatan Rakyat.

Tempoh 1 penggal bukan masa untuk kita mengaut hasil yang ada pada bumi bertuah yang kita kuasai, tempoh 50 tahun juga bukan masa untuk kita melakukan perkara yang sama, rakyat memilih Pakatan Rakyat bukan sebab Pakatan Rakyat "hebat" sebaliknya rakyat memilih Pakatan Rakyat sebab Rakyat "benci" pada pemerintahan terdahulu.

Jadi ambiklah masa singkat yang ada ni untuk buktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh mentadbir dengan baik. ada baiknya kita semua bantu MB Khalid mentadbir, baiki segala kelemahan yang ada dan bukannya mengharap pada jawatan atau apa-apa yang hanya menguntungkan diri sendiri.
Geng... kalau MB Khalid bagi jawatan-jawatan penting dekat para "Reformis", kontrak-kontrak pada "Reformis", PRU-13 nanti korang nak jawab apa kalau UMNO/BN naikkan isu "Kronisme, Nepotisme"..?

Nak jawab dengan "report Polis"..? ngko ingat rakyat nak terima ke..? Peeegidah...!!!

Projek "PhotoKomik"

Banyak hari dah tak berblogging, sekadar cilok sikit-sikit artikel dari laman-laman lain, bagi aku, kerja macam tu agak tak beretika. walaupun disertakan kredit pada link asal, tetap bukan informasi dari kepala hotak kita sendiri. mintak maaf banyak-banyak.

Agak banyak sebenarnya yang nak diluahkan dekat sini, tapi masa tak berapa mengizinkan. sibuk dok ambik gambar sepanjang Konvensyen Parti KeADILan Rakyat yang baru tamat ahad lepas (gambar-gambar boleh dilayan disini), lepas tu sibuk dok edit gambar-gambar. dalam masa yang sama dalam proses menyiapkan projek terbaru iaitu "PhotoKomik".

Projek "PhotoKomik" akan dilancarkan dalam masa terdekat, formatnya agak mudah... keluar outing dengan geng-geng Photographer, snap gambar berdasarkan pada skrip yang dah disiapkan (topik - isu semasa), kemudian edit gambar sebaik mungkin dan tepekkan "skrip" pada gambar.

Lebih kurang macam komik, tapi yang ni kami gunakan gambar betul (still image). mungkin akan dipaparkan dalam 1 blog baru yang keseluruhannya adalah "PhotoKomik", "ShortVideo" dan lain-lain.

Idea "PhotoKomik" ni datangnya dari Bro Aduka Taruna dan dibantu oleh geng-geng Photographer Anak Kelantan - Hazmi Hassan, Syafiq, Aku dan lain-lain...

Pada dasarnya kalau ikut perbincangan awal, projek ini akan dilancarkan beberapa hari sebelum Muktamar PAS ke 56 di PUTIK, Pengkalan Chepa - Insya-Allah... sama-sama kita tunggu hasilnya dan sama-sama kita doakan semoga ianya berjaya. amin...
Beberapa petikan dari "Projek PhotoKomik"...

Tuesday, June 01, 2010

Freedom Flotilla Diserang: Malaysia Terus Berdengkur Dalam Dakapan Apco

Israel - tanpa mempedulikan kutukan dunia - membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza!

Israel nekad. Jika selama ini hanya rakyat Palestin dibedil sesuka hati, kini, warga dunia dari segala pelusuk, tidak terkecuali. 20 dilaporkan terkorban dan 50 yang lain cedera.

Sekalipun misi dunia menerusi Freedom Flotila adalah kemanusiaan - membawa makanan dan ubatan - untuk ummat Palestin yang telah lama menderita, Israel tidak teragak menumpahkan darah mereka.

Bersama di atas kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi ini ialah rakyat negara kita. Kita sangat berbangga!

Mungkinkah mereka juga terkorban?

Erdogan, Perdana Menteri Turki, juga harus kita banggakan. Mavi Marmara adalah kapal Turki.

Turki memberikan reaksi pantas. Duta Israel di Ankara diminta berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar.

Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat.

Malaysia?

Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini. Menteri Luar masuk tidur begitu awal?

Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?

Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?

Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera. Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.

Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu.

Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat.

Dalam respon segera, DAP, Pemuda UMNO, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.

Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco.

Bagi rakyat Kelantan, menerusi NGO Cakno Palestin, mereka kini menaja sekitar tiga puluh pelajar anak-anak kelahiran Palestin belajar di negara ini.

Jumlahnya kecil tetapi ia boleh ditambah jika dana sedia ada dapat didokong bersama rakyat Malaysia yang prihatin.

Dengan luka yang dilakukan oleh Israel kini, menjadi kewajipan kita serius dalam keprihatinan kita terhadap penindasan tak kunjung tamat oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin.

-Husam Musa

Monday, May 31, 2010

LL4G: Video Laporan Dari Gaza

LL4G: 16 Syahid, lebih 30 Cedera - Kapal Dirampas Zionis

(12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Akhirnya Konvoi LL4G Diserang Juga...

Kekejian rezim Zionis Israel kembali berlanjut. Ancaman militer Israel yang mengugut akan menyerang armada kapal Freedom Flotilla yang membawa misi LL4G ternyata benar-benar dibuktikan oleh Israel.

Setelah konvoi Freedom Flotilla menunaikan solat Subuh, komunikasi satelit dari kapal konvoi terputus selama satu jam dan setelah kembali berkomunikasi, diberitakan dari live streaming IHH bahawa 2 orang telah meninggal dan hampir 30 orang cedera terkena tembakan serangan dari helikopter Israel.

Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban, meninggal dan tercedera.

Serangan yang dilakukan Israel ini dilakukan ketika kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa. Berikut adalah sebuah ucapan yang terdengar dari live streaming kapal Mavi Marmari:

“We have critically injured people here, we need help. Do not fire on us, We are civilians”.

Sunday, May 30, 2010

Konvoi LL4G Dikepung

Berita terkini yang kita dapat dari Ketua Misi LL4G -

Tuan Haji Noorazman: Kami sedang berada di Perairan Gaza dalam jam 4:30 petang (waktu Malaysia), kami sedang berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah untuk menjaga keselamatan kapal konvoi. Dijangkakan pasukan Komanso Israel akan turun ke kapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut.

Mohon dia dan solat hajat dari semua Muslimin dan Muslimat diseluruh dunia. Takbir..!

Tiada Tajuk...

Negeri Kelantan 2-3 hari ni cukup-cukup meriah... macam ada Pilihanraya Kecil. ada tak kurang dari 5 ceramah setiap malam di sekitar Kota Bharu, tak sempat nak menaip, sibuk sana-sini.

Gambar-gambar sekitar Konvensyen Parti KeADILan Rakyat dan ceramah-ceramah boleh diakses disini. semuanya ada dalam tu...

Thursday, May 27, 2010

Judi "Halam" Oleh UMNO/BN

*Kemaskini dekat bawah sekali...

Malam tadi di Bachok, bertempat di Pejabat PAS Bachok, telah diadakan 1 Ceramah Perdana Isu Terkini. Alhamdulillah, kita dapat mengumpul tidak kurang dari 5,000 hadirin yang datang mendengar penjelasan-penjelasan yang berguna dari para penceramah undangan termasuk Ketua Pemuda DAP yang menyatakan pendirian bahawa DAP yang mewakili masyarakat cina juga menolak dan menentang kelulusan lesen judi sukan.
Dato' Omar, Yang Dipertua PAS Bachok memulakan ucapan pembukaan dan alu-aluan kepada para hadirin yang hadir dan juga pada penceramah jemputan yang sudi menghadirkan diri dalam ceramah malam tadi.

3 penceramah utama malam tadi ialah Ketua Pemuda DAP - Saudara Anthony Loke, Ahli Parlimen Machang - Saudara Saifuddin Nasution dan juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan - Dato' Haji Husam Musa.

Gempur Judi Sukan secara besar-besaran dimulakan di Bachok sebab Senator Islam dari Bachok mengusulkan supaya Kerajaan luluskan lesen judi sukan. Senator ini adalah seorang Islam tetapi telah bertindak menghina Agama Islam.

Lesen Judi Sukan juga telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia dari Parti UMNO yang kununnya "memperjuangkan hak Agama, Bangsa dan Negara".
Ketua Pemuda DAP Saudara Anthony Loke

1 - Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana turut membantu DAP dalam PRK Sibu. PAS Kelantan paling banyak menghantar wakil untuk membantu DAP di Sibu tanpa bantuan dari jentera PAS yang memberi sokongan 100%, amat sukar bagi Pakatan Rakyat khususnya DAP untuk berhadapan dengan jentera BN.

Paling manis, ketika Ceramah Malam terakhir dalam tempoh kempen PRK Sibu, Tuan Guru Haji Hadi turut berada 1 pentas bersama para pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat dan pada malam itu Pakatan Rakyat telah berjaya menghimpunkan tidak kurang dari 10,000 hadirin.

1 angka yang tak pernah termimpi oleh Pakatan Rakyat tapi atas sikap kerjasama ke 4-4 parti komponen Pakatan Rakyat, segala yang mustahil tidak lagi menjadi mustahil.

Hari pengundian merupakan hari yang paling mencabar dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini. SPR sedaya upaya cuba memenangkan BN dengan pelbagai tipu helah.

Tak pernah dalam sejarah peti undi pos menjadi peti undi yang terakhir sekali dikira tapi berlainan sekali dalam PRK Sibu. peti undi pos menjadi peti undi yang terakhir dikira padahal undi pos telah dilakukan beberapa hari sebelumnya.

Pada sebelah malamnya, TV mengumumkan bahawa wakil Pakatan Rakyat menghalang SPR dari membawa keluar Peti Undi Pos ke pusat penjumlahan padahal apa yang berlaku sebenarnya ialah, pihak SPR sendiri tidak mengeluarkan borang 15 untuk ditandatangani oleh wakil Pakatan Rakyat.

Tanpa borang 15, SPR bila-bila masa sahaja boleh menipu jumlah undi yang telah dikira kerana borang 15 merupakan borang pengesahan yang ditandatangani oleh ke 3-3 pihak yang bertanding yang mengesahkan jumlah undi yang telah dikira.

Antara lain, DAP yang dikatakan sebagai Parti Chouvenis Cina turut menolak sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi sukan.

Judi bukan budaya masyarakat cina. judi adalah 1 penyakit merbahaya yang akan merosakkan seluruh institusi keluarga, ekonomi dan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan.

Kalau masyarakat Cina tolak judi, apa asasnya kepada BN meluluskan lesen Judi..? kepentingan kantung parti atau kepentingan rakyat..?
Saifuddin Nasution

Jarang berceramah tanpa "buah tangan" berupa slideshow, fakta yang cukup lengkap dan bukti yang tidak dapat dicabar.

Yang datang mendengar, jarang pulang dengan "kepala pusing' sebaliknya ramai yang akan pulang dengan ilmu dan pengetahuan.

Kalau Pakatan Rakyat berjaya ambil alih Malaysia, bakal Menteri Penerangan Pakatan Rakyat kena timba ilmu dengan Saifuddin.

Lesen Judi Sukan..?

Perkara pertama yang dilakukan Najib apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia ialah meluluskan 12 lesen judi. kenyataannya yang kita tidak tahu ialah - dalam setahun, bukan 12 lesen judi yang ditambah sebaliknya 12 lesen judi untuk setiap 1 Syarikat judi di Malaysia.

Di Semenanjung Malaysia pada masa ini terdapat 3 Syarikat Judi manakala di Sabah dan Sarawak pula terdapat 3 Syarikat Judi. kesemuanya di Malaysia terdapat 6 Syarikat Judi.

Maka 6 x 12 = 72 lesen judi telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Hebat kan..? selama ini kita ingat ianya cuma 12 lesen judi, rupa-rupanya semua sekali ialah 72 lesen judi - 12 untuk setiap satu Syarikat Judi di Malaysia.

Malaysia Boleh..!
Dato' Haji Husam Musa

1 - Lesen Judi Sukan.

Bila sebut lesen judi sukan, kita fikir ianya sekadar Judi Sukan Bolasepak Piala Dunia. hakikatnya ialah lesen judi sukan ini meliputi semua sukan yang ada, bukan sekadar sukan bolasepak tetapi meliputi semua sukan-sukan yang ada. baik bolasepak, hoki, badminton dan samua sukan-sukan yang ada.

Kalau berminat dan ada permintaan, sukan dam haji pun boleh dijudikan, sebabnya - lesen judi sukan telah siluluskan, yang ini kita jangan lalai. semua aktiviti sukan akan jadi perhatian bukan sebab kualiti sukan itu, sebaliknya sebab judi.

Judi sukan ini amat merbahaya kepada semua yang hidup kerana ianya akan melibatkan semua masyarakat kerana ianya dijalankan secara "online". anak-anak sekolah boleh saja berjudi dengan menggunakan handphone, cuma perlu online kemudian dah boleh bertaruh. aplikasi yang telah sedia ada iaitu bank online akan lebih memudahkan urusan pertaruhan.

Dalam masa tidak sampai 3 bulan, tak mustahil anak-anak sekolah akan jadi kaki judi, lebih-lebih lagi kalau nak online pada zaman ini amat-amat mudah. handphone 3G dah jadi barang keperluan terpenting baik untuk kita yang sudah bekerja ataupun pada anak-anak sekolah.

Malaysia akan jadi negara judi terbesar. kata pemimpin UMNO/BN, lesen judi diluluskan supaya KERAjaan dapat kawal aktiviti perjudian, hakikatnya bagaimana nak kawal..? kenapa tak akui sahaja bahawa KERAjaan cuba mencari talian hayat dari segi kewangan dengan memungut hasil cukai judi..?

Jangan kata "kita lulus sebab Malaysia Negara berbilang kaum" sebab dengan kita hari ni Ketua Pemuda DAP yang mewakili Parti DAP yang dikatakan sebagai parti untuk kaum cina juga hadir dan telah menyatakan bahawa DAP menentang sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi sukan atas faktor judi adalah aktiviti yang tidak bermoral walaupun bagi masyarakat yang bukan beragama Islam.

Apa alasan UMNO/BN selepas ini..? mengaku sahaja UMNO/BN kemaruk duit cukai dari aktiviti judi.

Sempadan Negara Malaysia Semakin Mengecil..?

Ya... dulu, kita ada Singapura, tapi Singapura dilepaskan keluar dari Malaysia. kemudian Singapura tuntut Pulau Batu Putih, "kununnya" kita lawan, tapi sekadar hiasan, Batu Putih kita lepaskan dan apa yang kita dapat ialah "win win situation".

Seterusnya kita serahkan 10 kilometer persegi wilayah kita beserta hasil minyak dan gasnya kepada Brunei, itupun dikata "win win situation".

Pemimpin besar negara ini bukan bodoh, tapi mereka-mereka ini tidak cerdik. kalau cakap bodoh, akan ada yang marah... jadi kita panggil "tak cerdik" cukup kalau dia faham. kalau dia tak faham, kita terpaksa panggil dia "bodoh".

Terbaru pula, tanah KTMB diserah kepada Singapura. senang-senang kita serah pada Singapura.

Lepas ni apa pula..?

APCO

KERAjaan Malaysia bayar kepada APCO sebanyak RM77 juta sebagai bayaran kepada khidmat nasihat APCO bagi memperbaiki imej KERAjaan di mata dunia.

Untuk ejen Yahudi, UMNO/BN sanggup berhabis sebanyak RM77 juta, tapi untuk Negeri Kelantan, wang royalti kita yang sepatutnya KERAjaan Pusat bayar, tidak pula dibayar. ini contoh KERAjaan yang mendahului rakyat.

Rakyat Dah diHULUkan, Zionis diUtamakan. itu slogan yang sebenarnya.

Kita patut tolak UMNO/BN bukan sahaja di Kelantan, malah diseluruh Malaysia. KERAjaan gila seperti UMNO/BN ini tidak pernah fikir kepentingan rakyat, yang ada dalam fikiran mereka cuma poket mereka dan anak beranak mereka.
Lepas aku publish post ni, ada sekor Mat Juden komen...
joostspring has left a new comment on your post "Judi "Halam" Oleh UMNO/BN":

poji...

bab ni mu kurang amik cara skit...

biasanya kl org ramai mu akn amik gmbr org2 tu dan tunjukkan skali bukti bhwa org mmg ramai...

mu kata ada 5 ribu org..ramai dah 5ribu tu..tapi se habuk gmbar audiens mu tak tunjuk...

hahahhahha..

bkn mu sore jah aku nak kata, blogger2 BN pun srupo jgk..
Jadi khas untuk joostspring@Juden, dekat bawah ni gambar audience...
Lepas ni apa pulak komen kau..?