"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, May 17, 2010

PRK Sibu: Keputusan Rasmi...

Pakatan Rakyat menerusi DAP berjaya mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun yang lalu.

Calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menerima 18,845 undi, Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi. Calon Bebas hilang deposit. Jumlah undi rosak pula sebanyak 395.

Apabila 110 daripada 111 saluran selesai dikira, DAP mencatatkan majoriti 2,651 dengan menerima 18,775 undi manakala BN pula 16,124 undi dan calon Bebas 196.

Bagaimanapun majoriti besar DAP itu merosot kepada sekitar 398 undi selepas undi pos dikira.

Daripada 2,827 kertas undi pos dikeluarkan, BN memperoleh 2,323 undi manakala DAP 70 dan Bebas 36. Sebanyak 208 kertas undi ditolak dan 190 tidak dipulangkan.

Undi pos, yang lazimnya diumumkan awal iaitu sebagai saluran pertama, hanya selesai dikira sekitar pukul 10 malam dan terakhir sekali diketahui.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-11 selepas 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang pertama bagi DAP.

Kejayaan DAP ini, yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat, dilihat signifikan bagi mereka selepas BN merampas kerusi Hulu Selangor daripada PKR tiga minggu lalu.

Ia juga dilihat akan memberi sokongan moral kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.

Wong yang juga ADUN Bukit Assek dan Pengerusi DAP Sarawak, tiba di pusat penjumlahan undi bersama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang awalnya dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel di sini telah membatalkan pertemuan dengan wartawan itu.

Pengumuman keputusan pilihan raya kecil ini yang agak dramatik juga menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permintaan BN supaya kertas undi dikira semula.

Proses penjumlahan undi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu ini berlangsung di Dewan Suarah di sini dan berlarutan sehingga 11 malam tadi - lewat dua jam daripada yang dijangkakan SPR sebelum ini.

Seorang penyokong parti menghubungi rakannya memaklumkan kedudukan undi dari pusat perjumlahan di Sibu malam tadi. Keadaan di pusat penjumlahan undi adalah tenang dengan penyokong parti berkumpul sekitar dewan walaupun hujan sejak dua jam lepas.

Terdahulu keputusan tidak rasmi mendapati wakil DAP itu berada di depan selepas lebih 30 peratus saluran selesai dikira. Sebelum itu calon BN pula mendahului DAP.

Pada satu ketika DAP mendahului BN dengan majoriti lebih 3,000 undi tetapi kedudukan itu berubah selepas undi pos mula dikira.

DAP mencatatkan kemenangan ini ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi yang rendah 59.86% berbanding 67.8% dua tahun lalu.

Dua tahun lalu, BN mengekalkan kerusi itu dengan kelebihan 3,235 undi dalam persaingan tiga penjuru membabitkan DAP dan PKR.

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi sejak pukul 8 pagi tadi untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu selepas tamat tempoh berkempen selama seminggu.

Sementara itu, 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis, mengundi pada Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Sebanyak 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

10 pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari, lima lagi sejam kemudian, enam pada jam 3 petang, dua pukul 4 petang dan baki 22 pada pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal pada 9 April.

Kisah Menarik Untuk Direnungi

A successful business man was growing old and knew it was time to choose a successor to take over the business.

Instead of choosing one of his directors or his children, he decided to do something different.

He called all the young executives in his company together.

"It is time for me to step down and choose the next CEO," he said.

''I have decided to choose one of you."

The young executives were shocked, but the boss continued.

''I am going to give each one of you a seed today - a very special seed.. I want you to plant the seed, water it, and come back here one year from today with what you have grown from the seed I have given you. I will then judge the plants that you bring, and the one I choose will be the next CEO."

One man, named Jim, was there that day and he, like the others, received a seed.

He went home and excitedly, told his wife the story. She helped him get a pot, soil and compost and he planted the seed.

Every day, he would water it and watch to see if it had grown. After about three weeks, some of the other executives began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow. Jim kept checking his seed, but nothing ever grew.

Three weeks, four weeks, five weeks went by, still nothing. By now, others were talking about their plants, but Jim didn't have a plant and he felt like a failure..

Six months went by - still nothing in Jim's pot. He just knew he had killed his seed.

Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Jim didn't say anything to his colleagues, however. He just kept watering and fertilizing the soil - he so wanted the seed to grow.

A year finally went by and all the young executives of the company brought their plants to the CEO for inspection. Jim told his wife that he wasn't going to take an empty pot. But she asked him to be honest about what happened.

Jim felt sick at his stomach. It was going to be the most embarrassing moment of his life, but he knew his wife was right.

He took his empty pot to the board room. When Jim arrived, he was amazed at the variety of plants grown by the other executives. They were beautiful - in all shapes and sizes.

Jim put his empty pot on the floor and many of his colleagues laughed. A few felt sorry for him!

When the CEO arrived, he surveyed the room and greeted his young executives.

Jim just tried to hide in the back.

"My, what great plants, trees, and flowers you have grown," said the CEO.

"Today one of you will be appointed the next CEO!"

All of a sudden, the CEO spotted Jim at the back of the room with his Empty pot, he ordered the financial director to bring him to the front.

Jim was terrified. He thought, "The CEO knows I'm a failure! Maybe he will have me fired!"

When Jim got to the front, the CEO asked him what had happened to his seed.

Jim told him the story.

The CEO asked everyone to sit down except Jim. He looked at Jim, and then announced to the young executives, "Here is your next Chief Executive! His name is Jim!"

Jim couldn't believe it. Jim couldn't even grow his seed. How could he be the new CEO the others said?

Then the CEO said, "One year ago today, I gave everyone in this room a seed.

I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds; they were dead - it was not possible for them to grow.

All of you, except Jim, have brought me trees and plants and flowers.

"When you found that the seed would not grow, you substituted another seed for the one I gave you. Jim was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new Chief Executive!"

Moral:

If we plant honesty, we will reap trust.

If we plant goodness, we will reap friends.

If we plant humility, we will reap greatness.

If we plant perseverance, we will reap contentment.

If we plant consideration, we will reap perspective.

If we plant hard work, we will reap success.

If we plant forgiveness, we will reap reconciliation.

So, we have to be careful of what we plant now; it will determine what we will reap later.

"TRUTH ALWAYS WINS"

Sunday, May 16, 2010

KEPUTUSAN RASMI PRK SIBU - PAKATAN RAKYAT MENANG!!!!

SIBU 16 Mei - Calon DAP, Wong Ho Leng menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan majoriti 2,651 undi.

Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak memperolehi sebanyak 18,775 undi, Robert Lau 16,124 undi manakala Narawi hanya memperolehi 196 undi.

Narawi juga hilang wang pertaruhan. - Utusan

PRK Sibu: Keputusan Tak Rasmi Terkini - PR Dahului Kiraan

Sila refresh setiap minit..!

Tak rasmi dari beberapa pusat pengiraan undi yang sudah ditutup...

8:58 pm:

DAP - 18,570
BN - 15,980
Ind - 201

Majority - 2,590


Keputusan seterusnya boleh difollow di Facebook Pages Gua, klik dekat sebelah ni -> Topeng Perak Unmasked.

Mekasay...!!!

PRK Sibu: Sibu 4 Change! Sibu Jom Ubah! Congratulations DAP...!!!

Mesej dari Pakatan Rakyat kepada Isteri Ist. Lady...

Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah...!!!

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kekalahan BN di Sibu, Sarawak...

*Pemimpin Pakatan Rakyat sedang membuat bantahan terhadap undi pos. jumlah undi pos yang dikembalikan melebihi daripada jumlah pengundi yang didaftarkan.

Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah - BERNAMA

NOTA EDITOR: Jawapan Mursyidul Am berkenaan penggunaan isu Kalimah Allah oleh DAP di SIBU. Selamat membaca.
Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik azizMenteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

Pembangunan Dr Mahathir Merugikan Rakyat Malaysia, Orang Melayu dan Orang Miskin. Hanya Untungkan Kroni

Kepada aktivis PERKASA yang tersangat berbangga dengan Dr Mahathir, sedarlah sikit. Kamu telah tertipu. Dr Mahathir adalah seorang yang kuat menipu. Semua program pembangunan beliau hanyalah untuk mengkayakan kroni dan anak-anak beliau semata-mata. Orang biasa macam kita sentiasa tertekan dan tertindas. BUKTI PERTAMA saya bawa adalah gaji pekerja2 di MAlaysia.

Pada tahun 1970, harga kereta Volswagen adalah RM5k sebiji, rumah teres dua tingkat harganya RM25k dan coca cola pula 50 sen sebotol. Gaji seorang yang baru tamat universiti adalah RM800 sebulan.

Setelah Dr mahathir turun takhta, kita lihat harga rumah teres dua tingkat adalah RM200k, kereta Proton Wira pula RM60k sebulan, dan coca cola pula RM1.50 sebotol.

Namun, secara purata, gaji permulaan mereka yang keluar universiti hanyalah RM1200 sebulan sahaja.

Sebab itu 80% rakyat Malaysia menjalani kehidupan mereka sehari-hari dengan BERHUTANG. Majoriti rakyat Malaysia terpaksa bergantung kepada kad kredit untuk hidup.

Mahathir hanya membela kroni dan mereka yang berduit. Polisi Mahathir adalah menyokong smeua yang kroni dan syarikat besar mahu.

Apabila kroni-kroni ini mahu menaikkan harga barang, Mahafiraun menyokong. Tapi, bila rakyat mahu gaji mereka naik, Mahafiraun tidak pernah menyebelahi rakyat.

UNTUNG BAGI KRONI, RUGI RAKYAT TANGGUNG

Itu adalah satu lagi amalan Mahafiraun. Apabila Proton hampir nak mati pada tahun 1983 ke atas, Mahafiraun naikkan cukai import kereta serta naikkan harga Proton sehingga kereta Proton paling murah pun harga sampai RM60k. Dan, kerugian Proton telah mencecah paling kurang RM11 - 12 billion. Semuanya dibayar dengan wang minyak milik rakyat.

Mahafiraun telah diberi amaran bahawa projek kereta nasional tidak akan berjaya di Malaysia kerana rakyat Malaysia jumlahnya sedikit - 13 juta pada tahun 1983. Tapi, Mahafiraun tak kesah. Dia tak kesah rakyatnya terpaksa bayar kereta 5 kali ganda dari harga sepatutnya (Proton Wira tu sepatutnya harga sebiji tak sampai RM15k sebab kualiti cukup buruk). Yang penting ego dan kehendak serta nafsu syaitan beliau dipenuhi.

Juga untuk mengatasi masaalah penduduk ini, Mahafiraun telah melancarkan program yang begitu tidak rational yakni menambah penduduk Malaysia sehingga 70 juta orang pada tahun 2000. KAlau RM11-12 billion tu pakai duit BAPAK Dr MAHATHIR, saya pun tak kesah. Tapi kerugian Proton tu ditanggung oleh rakyat MAlaysia. Duit Mahafiraun satu sen haram tak keluar. Memang bangsa celaka Mahafiraun ni.

Lagi satu, waktu ekonomi sedang berkembang sebelum 1997, semua kekayaan negara dibahagi2kan sesama kroni Mahafiraun terutamanya budak2 Daim Zainunddin yang dipanggil "Paremba Boys".

Pada masa itu, kita rakyat Malaysia satu sen haram pun tak dapat nikmat dari dasar penswastaan Mahafiraun.

Tapi, bila semua rugi, rakyat terpaksa bayar balik hutang2 kroni yang telah terlungkup meniaga walaupun diorang ni monopoli. Maknanya apabila untuk rakyat tak merasa, apabila rugi rakyat tanggung.

Kerugian dari penswastaan yang gagal ini dianggarkan menghampiri RM80 billion. (Jumlah liabiliti yang terpaksa ditanggung atas kebodohan kroni2 Mahafiraun seperti Wan Azmi Wan Hamzah, Tajuddin Ramli, Halim Saad, Renong dsbnya dianggarkan RM80 billion).

itu tak termasuk projek2 bodoh yang memang dari mula orang dah tahu akan rugi seperti PERWAJA, PROTON, projek enjin motosikal HICOM yang semuanya rugi, dua kilang simen di Langkawi dan Perak pun telungkup (dgn kos lebih RM2 billion) dan banyak lagi.

Wang modal asing yang keluar dari Malaysia pula dianggarkan dalam RM 30 billion semuanya keluar terus dari Malaysia pada tahun 1997.

Pokoknya, selepas Mahafiraun menghabiskan berbillion-billion wang rakyat dengan projek2 gila dan tidak masuk akal beliau, berapakah kenaikan gaji yang telah dinikmati oleh rakyat Malaysia selama ini?

Seperti saya kata, bagi gaji graduan universiti yang baru habis sekarang tidak lebih RM1200 sebulan. PAdahal, pada tahun 1970, gaji graduan yang baru keluar adalah RM800 sebulan.

Ertinya, manusia bernama Dr Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty adalah seorang "con man" tahap paling tinggi.

bagi saya, kalau Ku Li jadi PM pada 1987, mungkin hidup kita tidak begitu tertekan sekarang ini.

Mahathir ni hanya pikir kroni dan anak-anak dia. Rakyat Malaysia dia tak pikir langsung.

Tiba-tiba bebudak PERKASA ni habisan pergi sokong mamak kerala ni. PAdahal berapa banyak duit minyak kita dihabiskan oleh Mamak kutty ni.

Dan gaji pekerja2 di Malaysia tidak naik mengikut kadar kenaikkan kos hidup. Sebab Mahakutty tinggalkan budaya utamakan kroni dan mereka yang berduit.

(bersambung)

Tulang Besi

PRK Sibu: Sibu Jom Ubah! Sibu For Change!

PRK Sibu: Semalam Yang Hangat - 10,000 Sokongan

PRK Sibu: Perlukah Lagi Kehidupan Sebegini Di Sibu..? - Sibu 4 Change! Sibu Jom Ubah!

PRK Sibu: "Jangan Lupa Undi DAP" - TGNA

Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.

Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.

Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.

Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.

Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.

Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.

Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.

-HarakahDaily