"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, June 20, 2008

MP BN Yang Akan Keluar Parti.

Assalamualaikum...

Menjelang sidang parlimen yang akan datang SAPP sebagai salah satu parti komponen BN telah mengisytiharkan secara rasmi dalam kenyataan akhbar mereka bahawa SAPP akan membawa atau menyokong sebarang usul undi tidak percaya kepada PM Pak Lah malahan terang-terangan mengakui bahawa SAPP telah hilang sama sekali kepercayaan kepada pimpinan PM Pak Lah.


Ada sumber terdekat UMNO pro Ku Li telah mendedahkan bahawa perkara ini tidak akan terhenti disini sahaja bahkan mengakui khabar angin susulan komponen BN akan keluar parti memang akan berlaku seperti yang diwar-warkan oleh Anwar.info menyampaikan bahawa perkara ini telah lama sampai kepengetahuan Ku Li seawal sebulan selepas PRU13.


Tidak didedahkan pula siapa-siapa MP yang bakal meninggalkan BN tetapi dijelaskan bahawa MP-MP yang bakal meninggalkan BN bukan terdiri dari MP-MP underdog sebaliknya muka-muka baru yang menang pada PRU12 tempohari & dinyatakan lokasinya bukan hanya dikawasan bandar sebaliknya lebih kepada kawasan pedalaman.


Alasan juga telah diberi oleh mereka-mereka ini & percubaan untuk memujuk mereka tidak berjaya kerana para MP-MP terbabit sudah merajuk dan langsung tidak percaya akan pimpinan PM Pak Lah.usaha-usaha terakhir juga telah dijalankan dengar menawarkan pelbagai jawatan kepada mereka-mereka ini tetapi ditolak bulat-bulat dengan alasan rakyat memilih kami bukan kerana mahu kami berjawatan,tetapi rakyat mahukan pembelaan.


Kenaikan harga minyak baru-baru ini kata mereka adalah sesuatu pukulan TKO dari Pak Lah kepada mereka sebagai wakil rakyat dikawasan masing-masing.rakyat mula bising,kami telah berjanji bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan dengan meletakkan kenyataan Najib sebelum PRU12 tempohari sebagai asas tetapi hari ini kami sendiri pun tak mampu hendak menerangkan kepada rakyat yang berang kerana kenaikan tersebut.


Tambahnya lagi,rakyat dikawasan kami saban hari menemui kami mengadu kepada kami situasi ini(kesusahan mereka)& kami melihat kesusahan mereka,kami mempunyai kuasa sebagai wakil kepada rakyat tetapi kami berada di platform yang salah.ketua kami datang menawarkan kami kuasa & jawatan yang lebih tinggi kepada kami sedangkan kami tidak perlu semua itu...kami cuma mahu pembelaan untuk rakyat yang mengundi kami!itu yang lebih penting.


Kemungkinan untuk para MP ini menyertai Pakatan Rakyat selepas keluar dari BN adalah 70-30 katanya...tujuan kami bukan untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat,tetapi sebarang kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang akan menguntungkan rakyat yang memilih kami,akan diutamakan.


Sekarang bukan masa untuk menjadi ahli mana-mana parti.sekarang ialah masa untuk menunaikan janji kami ketika PRU12.kami telah memungkiri 1 janji kami(kenaikan harga minyak)& kami tidak akan bersekongkol lagi dengan mana-mana parti yang bakal merosakkan lagi janji kami pada PRU12.enough is enough...lebih baik tidak berparti(bebas)daripada menjadi alat didalam parti.


PM Pak lah telah memberikan pukulan TKO kepada kami selepas mengumumkan kenaikan harga minyak & selepas ini tiba giliran kami untuk memberi pukulan TKO kepada PM Pak Lah."buat baik dibalas baik,buat tak baik - padah menanti" kata MP tersebut.


Kami tidak akan menunggu lama,selepas ini Ramadhan akan datang & kami tidak mahu rakyat dikawasan kami menunaikan ibadah puasa & menyambut hari mulia dalam suasana & keadaan yang terhimpit.kami akan melakukan sesuatu sebelum terlewat & mungkin inilah masanya yang paling sesuai untuk kami bertindak.


Itulah antara kenyataan-kenyataan yang dapat dikumpul dari MP-MP yang telah kecewa dengan PM Pak Lah...walaubagaimanapun,kita tak harus bergembira dengan berita risikan ini kerana bagi saya & semua kita sedia maklum...para MP-MP dari BN adalah MP-MP yang tidak boleh dipercayai...peratusan yang pandai baling batu sembunyi tangan adalah amat tinggi didalam BN.apa-apapun kita tunggu persidangan parlimen yang akan datang.

Siapa MP-MP tersebut?yang pastinya ialah,muka-muka yang tidak kita ambil tahu selama ini...carilah MP-MP dikawasan luar bandar,dikawasan yang terabai...tetapi persoalannya ialah beranikah mereka?kalau dibelakang memang berani,kalau berdepan...belum tentu!


Tungguuu......kita lihat teori siapa sebenarnya yang digunapakai...teori TDM atau teori Anwar?

No comments: