"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, June 06, 2008

PEMBELA RAKYAT!!! MASANYA TELAH TIBA!!!

Assalamu'alaikum...

Ikhlas aku nak tanya para MP BN...siapa antara MP BN yang nak jadi "pembela rakyat"?siapa yang betul-betul nak perjuangkan nasib rakyat yang engkorang wakili yang mengundi engkorang?kalau ada yang ikhlas nak membela rakyat,kalau ada yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat...inilah masa untuk engkorang buktikan pada rakyat.bukan rakyat ditempat engkorang je,tapi seluruh Malaysia.aku ulang SELURUH MALAYSIA!!!

Isytihar keluar BN,terima tawaran PR...LOMPAT PARTI,nafikan majoriti kerusi BN di parlimen,nobatkan DSAI sebagai PM baru supaya seluruh struktur kerajaan dirombak & diselia semula maka SELURUH MALAYSIA akan melihat engkorang sebagai "pembela rakyat" yang benar-benar "membela nasib rakyat".

Tawaran dari PR bukan "tawaran ayam...",ini bukan "win-win situation".ini tawaran yang realistik.BN tak kan dapat menunaikan apa yang rakyat harapkan.BN juga tak kan dapat menunaikan permintaan engkorang...BN terlalu ampuh tika ni...karam...tangki oksijen yang ada tak dapat menampung keperluan semua MP BN...engkorang kena sedar semua tu.

Pimpinan PR pun sama...jangan asyik sibuk dengan "demonstrasi"...kita sudah ada pengalaman 50 tahun dibawah BN & kita kena faham..."demonstrasi" tak bermakna langsung pada BN.gerakkan jentera untuk menarik para MP BN supaya melompat.ini masa yang paling,paling,paling sesuai untuk berbuat demikian.

Rakyat tak kan membantah...percayalah...aku yakin & aku sendiri menyokong tindakan tersebut dilakukan diwaktu yang paling genting ini.saat paling baik macam ni tak kan tiba lagi di lain hari.sedarlah para pimpinan PR.inilah masanya!gerakkan jentera sekarang juga!setiap saat itu amat berharga untuk kita!

Lambat bermakna peluang ini akan terlepas begitu sahaja.kita ada kemampuan,kita ada profesional,kita ada macam-macam kelebihan yang tak ada pada BN.tawarkan yang terbaik untuk para MP BN(duit tak main la).yakinkan para MP BN untuk buat perubahan demi kesejahteraan & negara kita.

PAS,PKR & DAP...bangun,bangun & bangun...inilah masanya.jangan tunggu bulan september sebab bulan ogos minyak akan naik lagi & rakyat semakin terbeban lagi.buktikan sekarang.jangan sampai rakyat "fed-up" pada semua pimpinan.kami tak larat dah dengan semua ni.kami telah mengundi anda & kami faham situasi anda tetapi buatlah sesuatu,berusahalah sesuatu untuk kami para pengundi anda.kami tahu anda mampu!!!

No comments: