Assalamualaikum...
Tak habis lagi dengan pendedahan kerajaan negeri yang baru tentang perilaku kerajaan negeri terdahulu.di Perak MB Ir Nizar mendedahkan bagaimana bekas ADUN & bekas exco BN menghabiskan sebanyak RM8juta peruntukan kerajaan persekutuan dalam masa 2 bulan sebelum pilihanraya.
Cukup hebat...RM8juta dalam masa 2 bulan sahaja.kalau 1 tahun mahu mencecah R48juta!bukan sikit jumlahnya tu & macam biasa jawapan yang diberi ialah : peruntukan RM8 juta yang dibelanjakan itu adalah dana kerajaan Persekutuan yang diluluskan pada Oktober 2007 dan ia dibelanjakan dengan sah kerana peruntukan kerajaan pusat dibenarkan dibawa ke tahun berikutnya untuk dimanfaatkan bagi menyiapkan projek-projek kecil.itu kata bekas exco kerajaan negeri sebelum ini Datuk Ramly Zahari.
Macam biasalah...setiap pembongkaran adalah penafiannya...tapi apa yang dipersoalkan bukan dari mana duit itu datang.yang dipersoalkan ialah bagaimana duit itu DIHABISKAN dalam masa 2 bulan sahaja...jadi para bekas ADUN & bekas exco...bentangkanlah pada umum untuk apa & bagaimana wang sebanyak tu dihabiskan...kalau banyak sangat dalihnya tak mustahil anda semua akan dicap sebagai penyeleweng.kalau betul dibelanjakan untuk rakyat,tak perlu takut & berlengah untuki mendedahkan...berani kerana benar,takut kerana KORUP!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, June 03, 2008
Rakyat Perak Nak Tahu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment