"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 23, 2008

Siapa Perancang Gabungan PAS & UMNO?

Assalamu'alaikum...

Amende ni?PAS + UMNO?PAS bergabung dengan UMNO?gabungan PAS & UMNO?apebende tu?siapa yang bawak idea ni?orang PAS ke orang UMNO?


Sana-sini sibuk bercerita tentang penggabungan PAS & UMNO yang dikatakan sedang dalam perbincangan.tapi...siapa yang sedang berbincang?setakat hari ini tak ada disebut nama-nama yang terlibat dalam perbincangan baik dari UMNO mahupun dari PAS kecuali disebutkan beberapa berita kepergian pimpinan PAS ke London untuk meminta pandangan & fatwa para Ikhwan sebelum menjalankan proses penggabungan...hanya khabar dari kem PAS tapi tiada khabar dari kem UMNO.


Kenapa khabar dari kem PAS sahaja?benarkah begitu?dalam hal ini terdapat kenyataan dari pihak PAS sahaja yang menafikan perkara ini manakala dari pihak UMNO pula kebanyakannya seolah bersetuju dengan khabar angin ini.tetapi lebih suka mengambil sikap berdiam diri.apa yang kita tidak tahu & sedang berlaku ialah semua ini adalah perancangan dari kem UMNO-X46.


Kem Pak Lah & lain-lain kem tidak ada pengalaman dalam penggabungan & mereka juga tiada masa untuk memikirkan idea penggabungan ini kerana buat masa ini,mereka masih sibuk menangani krisis-krisis yang ditimbulkan oleh mereka sendiri.mereka masih terikat dengan kempen PRU12...banyak lagi yang belum diselesaikan & masih banyak lagi penjelasan perlu dibuat oleh kem ini.


Cuba kita jenguk pada kem UMNO X46...terdapat usaha yang cukup kuat untuk menobatkan bekas presiden & pengasas S46 ke kerusi panas presiden UMNO & mereka-mereka ini mendapat sokongan yang kuat dari pengikut-pengikut TDM,veteran-veteran UMNO & sudah pasti juga para X46.
Kem ini adalah kem yang paling santai didalam UMNO sekarang...apa yang kita lihat sekarang ialah kem ini tidak punya banyak masalah buat masa ini.sokongan boleh dikatakan amat menyeluruh dari dalam UMNO sendiri.kem Pak Lah atau lain-lain kem juga langsung tidak memberi tekanan terhadap kem ini.boleh dikatakan perjalanan mereka amat lancar.

Gabungan PAS & UMNO.


Idea penggabungan ini dikatakan dirancang oleh kem X46 bukan semata-mata untuk memperkukuhkan kedudukan Ku Li sebagai calon bakal presiden UMNO sebaliknya ia adalah idea serampang 2 mata bagi mengukuhkan kedudukan Ku Li sebagai calon presiden UMNO & juga menafikan cita-cita PKR menobatkan DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya,sebab itulah penggabungan ini dirancang cuma antara UMNO & PAS sahaja tetapi tidak UMNO & KeADILan sedangkan kekuatan KeADILan melebihi PAS.itu tujuan utamanya.

Kem ini sedia maklum jika diadakan penggabungan antara UMNO & KeADILan peratusan Ku Li untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri kurang dari 10% atau mungkin tiada peluang langsung sebab itulah PKR tidak dijadikan sasaran dalam rancangan penggabungan ini sedangkan jika dilihat pada sokongan rakyat,PKR jauh mengatasi parti-parti gabungan Pakatan Rakyat & secara lojiknya BN akan bertambah kukuh jika penggabungan UMNO & PKR dibuat dimana ahli PKR melayu akan berada didalam UMNO manakala ahli PKR yang berbangsa lain akan memilih untuk berada didalam lain-lain parti komponen BN samada MCA,MIC,GERAKAN atau lain-lain.tetapi penggabungan ini(UMNO & PKR)dilihat sebagai "membunuh" kedudukan Ku Li.


Siapa Yang Akan Memulakan Gabungan?


Idea penggabungan ini datangnya dari kem X46 tetapi langkah seterusnya tidak akan dimulakan oleh mereka.ini adalah kerana mereka tahu jika mereka yang memulakan langkah,mereka akan terikat dengan syarat-syarat yang akan diberi oleh PAS & semestinya syarat utamanya ialah kerusi empuk Perdana Menteri mestilah seorang pemimpin dari parti PAS.ini juga dilihat sebagai suatu langkah yang tidak bijak & merugikan mereka sedangkan matlamatnya ialah Ku Li sebagai PM.jadi langkah terbaik bagi mereka ialah "play safe" - mainkan khabar angin penggabungan seolah-olah ianya bukan idea mereka & seterusnya menunggu langkah permulaan dari PAS.


Dengan cara itu,mereka akan dapat satu kelebihan dimana jika PAS yang memulakan langkah,PAS akan terikat dengan syarat-syarat mereka(hang nak masuk rumah aku,hang kena la ikut undang-undang aku!).ada khabar mengatakan antara syarat-syarat gabungan ialah - kerusi Perdana Menteri & Menteri Kewangan akan dikhaskan untuk Ku Li manakala kerusi TPM pula bakal menjadi milik PAS sebagai "pemanis".


Itu antara kisah-kisah & perancangan disebalik gabungan UMNO & PAS.matlamatnya bukanlah "penyatuan" sebaliknya lebih kepada "kekuasaan".apa yang tidak ramai dari kita tahu ialah semangat Ku Li dalam mencapai cita-citanya.boleh dikatakan Ku Li & DSAI mempunyai semangat yang sama tetapi yang membezakan Ku Li & DSAI ialah cara mereka.


Ku Li lebih bersikap natural & jarang menyerang musuh(kerana beliau jarang diserang)sebaliknya lebih kepada memberi tekanan kepada musuh.lihat bagaimana Ku Li menekan Pak Lah manakala DSAI pula lebih agresif mungkin kerana latar belakang beliau yang aktif dari zaman mudanya & peribadi beliau juga sering diserang oleh musuh politiknya sejak dahulu lagi.


Dari segi pengalaman pula Ku Li & DSAI pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dalam era kegemilangan masing-masing & ke 2-2 nya juga tumbang sebelum mencapai cita-cita politik mereka.antara Ku Li & DSAI juga sebenarnya tidak ada apa-apa masalah baik peribadi mahupun politik.satu sebab sahaja yang ada bagi Ku Li untuk mengambil langkah seperti ini iaitu menafikan DSAI sebagai PM...


Masa untuk Ku Li berpolitik sudah amat singkat tetapi Ku Li masih belum membuktikan keupayaannya memimpin negara sedangkan Ku Li amat yakin akan kemampuannya & penyokong-penyokongnya di parlimen Gua Musang juga mengakui kebolehan Ku Li membangunkan kawasan parlimennya.bagi Ku Li & penyokong-penyokongnya,Ku Li mesti melakukan sesuatu untuk dikenang oleh rakyat Malaysia & peluang itu adalah sekarang...disaat UMNO sedang lemah & caranya ialah melalui penggabungan dengan PAS & menafikan peluang DSAI sebagai PM.


Bagi parti PAS,jika gabungan ini berlaku seperti yang dirancang ianya tak lebih sebagai satu kerugian pada parti PAS.buat para penyokong & pimpinan parti PAS,perangkap sudah dipasang & pengalaman sudah ada.kalau terperangkap juga,tak akan ada lagi parti PAS selepas ini.


Bagi UMNO X46 pula,pokok pisang tak akan berbuah 2 kali sebab pokok pisang tau,setiap kali buahnya masak,batangnya akan ditebang & akan mengambil masa untuk tumbuh kembali.


UMNO X46 boleh teruskan dengan khayalan anda tetapi daripada anda berkhayal akan gabungan UMNO & PAS,lebih baik anda mengisi borang keahlian PAS.insya-Allah tempat anda didunia & akhirat terpelihara oleh-Nya.daulatkan Islam kerana Islam itu untuk semua bangsa tetapi 1-1 bangsa itu bukan untuk 1-1 agama.

No comments: