
Demikian dimaklumkan oleh Saudara Badrain selaku ketua Jawatankuasa Pelaksana Muktamar tersebut.Sekretariat Jamaei akan menguruskan program tersebut yang diberi nama Malam Expresi Kesenian Islam
“Kehadhiran Emy akan memberi tarikan kepada anak-anak muda untuk bersama dalam majlis seumpama ini supaya mereka tidak kekok dengan majlis-majlis anjuran PAS dimasa-masa yang akan datang.Kami mahu mereka dapat mencari jalan pulang, Insya’Allah,” katanya.

Saudara Badrain menjelaskan, selain kemunculan Amy, pihak penganjur telah mendapat persetujuan lain-lain artis untuk hadir membuat persembahan.
“Antaranya ialah kumpulan nasyid terkenal Far-East dan juga kumpulan Saff One.Selain itu ada juga persembahan deklamasi sajak oleh sasterawan dan penulis terkenal Dinsman , Muhaimin & Zuar XPDC dan HM Salleh.”
Apabila ditanya kenapa tidak dijemput sama Akil Hayi, seorang selebriti tempatan yang seketika dulu sering bersama program anjuran PAS ; beliau berkata , program tersebut lebih bersifat persembahan amal kerana kami tidak mengenakan apa-apa bayaran ; Kami sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi bersama menyumbangkan amal bakti dengan kos yang sangat sederhana dan sesuai dengan bajet kami.
-ALHUSSEYN
No comments:
Post a Comment