"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 23, 2008

Anwar sedia bertanding di Kulim

kemaskini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu jika pilihanraya kecil diadakan di situ.

anwar ibrahim 290408Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi tersebut.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau telah membincangkan perkara itu dengan penyandangnya dari PKR, Zulkifli Nordin.

Anwar juga sering disebut-sebut bertanding di kerusi asalnya Permatang Pauh yang dimenangi isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah).

Abdul Khalid, kini menteri besar Selangor, juga memenangi kerusi negeri Ijok.

-malaysiakini

No comments: