
Penyelaras perairan wilayah Singapura dan EEZ akan diumumkan jika tiba masanya, katanya menjawab soalan di Parlimen semalam, demikian menurut laporan Bernama.
Transkrip sesi soalan dan jawapan dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.
Balaji berkata jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara-negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara-negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa.
ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Puteh dan Malaysia bagi Terembu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, milik negara itu di perairan wilayah tersebut di mana ia terletak.
Malaysia telah menegaskan bahawa ia akan terus mencari bukti lagi mengenai kes Batu Puteh dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ bahawa batuan itu milik Singapura.
Dalam rujukan ini, Balaji berkata di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon untuk satu kajian penghakiman ICJ jika "ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya semasa penghakiman diberikan, yang tidak diketahui oleh Mahkamah itu dan juga kepada parti yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian".
Balaji berkata bahawa dengan penyelesaian pertikaian ini melalui penghukuman pihak ketiga, kedua-dua negara telah menunjukkan hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian ini dalam cara aman.
Kes ini memberikan contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain, tambah beliau.
-malaysiakini
TP - tak pe...kita ada peguam yang paling berkaliber iaitu Ghani 4 tahil untuk handle isu ni, Musang Hitam pun ada tolong back-up...aku harap sangat-sangat supaya kita dapat keputusan "WIN WIN SITUATION"
No comments:
Post a Comment