"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 20, 2008

Bagaimana Singapura Pastikan Rakyatnya Hidup Harmoni?

SINGAPURA, 19 Julai (Bernama) -- Bagaimana Singapura mampu mempastikan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama hidup bersatu padu dan dalam harmoni?

Menurut bekas perdana menteri Goh Chok Tong, sebab utama ialah Singapura mempunyai sebuah kerajaan yang adil dan saksama.

Beliau berkata kerajaan melayani semua agama dengan penuh hormat, dan ia tidak membiarkan majoriti meminggirkan minoriti dan ia menentukan tidak ada orang yang didiskriminasi atau keciciran kerana berdasarkan kaum, bahasa atau agamanya.

Goh, seorang Menteri Kanan, berkata demikian di upacara menanam pokok bersempena Bulan Harmoni Kaum di Singapura di Stamford Green, Fort Canning Park di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan negara yang aman di Singapura tidak wujud secara kebetulan.

"Ia adalah hasil dari usaha berterusan, bersepadu dan konstruktif oleh semua untuk melahirkan sebuah masyarakat harmoni," katanya.

Singapura mempunyai penduduk kira-kira 4.5 juta, hampir sejuta daripadanya adalah bukan pemastautin.

Daripada populasi pemastautin, majoriti adalah Cina, diikuti oleh Melayu (15 peratus) dan India (kurang dari 10 peratus).

-- BERNAMA

No comments: