http://www.marhaendaily.net/v1/arkib_mar08.html
Pinochet Robert: Tengku Adnan ada misi khas.
Tengku Adnan tidak tersenarai sebagai ahli kabinet sebab dia ada tugas besar yang perlu dilaksanakan sebagai Setiausaha Agung UMNO.
Dolah Badawi telah menetapkan satu misi khas untuk mengembalikan UMNO ke persada politik perdana setelah UMNO/BN tewas teruk PRU12. Datuk Seri Anwar Ibrahim kena berhati-hati dengan segala tipu muslihat yang akan dilaksanakan oleh Ku Nan dengan kerjasama Datuk Shabery Cheek Menteri Penerangan. Jika tersilap langkah DSAI akan diaibkan sekali lagi seperti apa yang berlaku dalam tahun 1999. Begitu juga dengan pemimpin Barisan Rakyat yang lain. Anda semua sedang diperhatikan. Setiap langkah dan kata-kata akan dirakam dan diputarbelit sebaik mungkin untuk mengkucar-kacirkan gabungan Barisan Rakyat.
Dalam beberapa pertemuan tertutup dengan pemimpin UMNO Putrajaya, Ku Nan mengaku bahawa beliau telah menerima satu misi khas daripada Dr. Mahathir untuk merobah landskap politik UMNO khasnya dan negara amnya. Ia bermula dari tahun 1998 hinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim tersungkur pada tahun 1999 dengan fitnah licik yang diatur oleh Ku Nan dengan konco-konconya.
Pinochet Robert
18.03.2008
No comments:
Post a Comment