diciplak dari : mat saman kati
Pagi tadi aku ke market Kuala. Tengah sedap bilang telur, Mak Cik Piah jerkah aku dari belakang. "Kamu pun beli telor, Mat?"
Aku toleh kebelakang, tengok Mak Cik Piah pun baru beli ikan keli. "ini yang murah, Mak Piah. Nak beli sadin, tin kecil pun dah sampai 4 ringgit. Sekali hadap, licin. Telor ni ada le jimat sikit."
"Yang kamu beli sampai sepapan buat apa?" tanya Mak Piah.
"Nak bagi makan hantu raya!"
Tiba-tiba ikan keli dalam bakul Mak Piah melompat. Mak Piah terkejut sampai terlatah. "Oh mak kamu hantu raya nak makan ikan keli. Ape kejadahnya hantu raya makan ikan keli. Kamu pergi makan telor Mat tu.." Orang keliling semua senyum. Semua orang kenal Mak Piah kalau dia datang ke pasar Kuala. Dia lah penghibur dimasa harga barang semakin naik.
Bila dia sudah kembali normal, aku tanya,"Pak Nawi apa kabor? Matanya kabor lagi ke?"
"Orang tua tu tak mau dengor cakap. Doktor kata lepas operation, tak boleh buat kerja kuat. Tapi dia pantang dengor durian luruh, tengah malam pun dia turun. Hari tu tersepak tunggul, dah le bentan. Mata dia pun bengkak balik. Semalam bawak balik kehospital, tapi dia tak mau duduk wad. Tu ada dirumah, mata tertutup"
"Mak Piah datang sapa hantor?" aku tanya kat Mak Piah.
"Naik teksi sapu Berahim. Tu dia tunggu kat Bawah Lembah."
"Tak apa lah. Saya hantor. Cakap kat Berahim, tak payah tunggu." Aku pun bayar duit telur dan ajak Mak Piah kekereta.
Sampai dirumah Pak Nawi, Mak Piah pun ajak naik. Aku tengok Pak Nawi berbaring. Dia tak pakai spek hitam, tapi kedua-dua matanya ditutup dengan kain hospital.
" Apa kabor Pak Nawi?"
"Ini le rupanya. Kamu mata terbeliak pun tak nampak?" Dalam sakit pun Pak Nawi boleh berseloro lagi. "Apa cerita hari ni?"
"Hari ni suratkhabar riuh pasal Bala hilang."
"Orang lain sibuk sembahyang minta hilangkan bala, depa pula heboh Bala hilang?" Aku tak tau, Pak Nawi serius atau seloro.
"Bala yang buat akuan bersumpah tu... lepas sumpah, dia hilang." Aku jelaskan pada Pak Nawi.
"Tu la... jangan main-main dengan sumpah. Bagi tau kat Anwar... jangan pandai-pandai nak buat sumpah. Nanti dia pun hilang. Polis tak cari ke?"
"Tak tau le.. polis Malaysia bukan boleh harap. Budak-budak yang hilang dulu pun sampai sekarang tak jumpa lagi. Ni dah hilang lagi sorang. Jangan-jangan kena sorok orang Bunian tak?"
"Ish... Kalau kat Kelumpo tu, orang bunian pun takut. Takut kena langgar. Rasa aku la... ini bukan orang Bunian, tapi...mungkin orang kerajaan." Pak Nawi cakap sambil dahinya terkedut-kedut. "Jangan-jangan depa dah bawak dia ke Siam kot?"
"Kalau bawak keSiam mesti ada rekod kat Imigresyen!" aku jawab balik.
"Betina Mongolia tu pun masuk tak ada rekod! Nak heran apa Si Bala ni keluar tak ada rekod!" Pak Nawi dah mula berhipotesis.
"Tak kan Pak Nawi tak boleh tengok-tengok kot?" aku saja nak sakat.
"Kamu pergi kat belakang dapor tu, ambil ibu kunyit seketul. Lepas tu, cari tempurung jantan, bawak kesini." Pak Nawi bagi arahan.
Ni baru best!!! First time Pak Nawi nak tunjuk ilmu metafiziknya.
Aku pun pergi kebelakang dapur, korek kunyit satu perdu. Lepas tu aku cari tempurung kat timbunan sampah. Ketuk-ketuk sikit buang hampas nyior yang dah masam, aku bawak kat Pak Nawi.
Pak Nawi ambil kunyit dan tempurung. " Hoi!!! Ibu kunyit dengan anak kunyit pun tak reti ka? Yang kamu ambil tempurung betina nak buat apa?"
Selama aku sekolah, tak pernah cikgu ajar, yang mana tempurung betina atau jantan. Yang mana ibu kunyit, yang mana anak kunyit.
"Piah!... Pergi ambil kejap ibu kunyit dengan tempurung jantan!. Dah berjanggut pun tak kenal jantan betina." Jerit Pak Nawi kepada Mak Piah.
Dari belakang dapor, terdengar Mak Piah merungut. "Habis kunyit aku seperdu. "
Mak Piah dah tau adat-istiadat. Dia basuh ibu kunyit, belah empat. Bawa tempurung jantan dan bagi kat Pak Nawi. Mulut Pak Nawi kumat kamit. Apa yang dibacanya, wallahualam. Kunyit ditangan kiri, tempurung ditangan kanan. Dia baling kunyit yang dipotong empat keatas lantai dan cepat-cepat menutup kunyit tersebut dengan tempurung jantan. Semua kunyit tadi terserkup dibawah tempurung.
Hei!!! Yang tu aku tak heran. Tapi Pak Nawi buat dengan mata tertutup!
Bila dia buka tempurung, tiga daripada kunyit tersebut terlentang, satu tertungkup. Kemudian Pak Nawi tanya kat aku, bila Bala hilang. Aku jawab, hari Khamis malam Jumaat.
Pak Nawi membilang urat jarinya, macam orang sedang berwirid.
"Dia tak hilang. Cuma disorok. "
"Kat mana?"
"Dalam sebuah rumah, tepi air" kata Pak Nawi.
"Dimana?"
"Itu bukan kerja kamu."
Aku diam. Dah biasa dengan bomoh dan pawang. Cakap tak pernah habis. Tapi aku nak tau, macam mana depa boleh nampak benda-benda macam ni." Macam mana Pak Nawi boleh nampak, sedangkan mata Pak Nawi berbalut kain hospital?"
" Mat, Tuhan bagi kita pancaindera, tapi kamu tak tau macam mana nak guna. Anjing melihat dengan hidung. Burung hantu melihat dengan telinga. Ikan jerung yang tak ada hidung, tapi dia boleh mencium darah walaupun berbatu-batu. Ikan paus yang tak ada telinga pun boleh mendengar walaupun beribu batu.
Kamu balik, kamu belajar dari binatang." Kata Pak Nawi.
"Mat! Kamu makan keli masak tempoyak tak?" jerit Mak Piah dari dapur.
"Tolak batu dengan kayu je, Mak Piah."
"Nah.. bawak balik dua ekor."
"Aiii.. macam nak nyuruh balik je?" Aku bergurau dengan Mak Piah.
"Pak Nawi kamu, kalau dapat bersembang, bukan ingat dunia. Karang kamu balik, aku juga yang teruk!"
"Assalamualaikum Pak Nawi, Mak Piah!"
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, July 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment