
Bapa pemuda, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan penasihat PKR itu memberi "banyak alasan" dan suka "berdolak-dalik" berhubung siasatan kes tersebut.
Azlan Mohd Lazim berkata anaknya Mohd Saiful Bukhari telah mengambil sikap "berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan."
Kenyataan empat perenggan Azlan dibacakan peguam anaknya Zamri Idrus di sebuah hotel sebelah Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini.
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment