
Menyedari terdapatnya konflik dalam siasatan kes tersebut dan juga terdapat persepsi yang negatif daripada rakyat mengenai ketelusan siasatan tersebut, maka Parti Gerakan mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat dan mengadili kes tersebut.
Cadangan dari parti Gerakan itu seolah-olah ingin memberi peringatan kepada Pak Lah supaya menangani kes ini secara bebas dan telus. Parti Gerakan mungkin sudah dapat ‘membaca’ implikasi yang bakal dihadapi oleh Barisan Nasional sekiranya cara kes ini diadili tidak disenangi oleh rakyat dan komuniti antarabangsa.
Sila klik di sini untuk menonton cadangan yang dibuat oleh parti Gerakan itu.
Siapa yang tidak kenal dengan Dr Koh Tsu Koon? Nada suaranya sentiasa lembut. Mungkin sesetengah pihak menganggap saranan Gerakan itu satu cadangan, tapi saya fikir, ianya adalah gesaan yang perlu diambil serius oleh Pak Lah.
Hakikatnya kini, kerajaan Pak Lah tidak lagi boleh mengambil mudah cara siasatan ini dibuat kerana rakyat dan juga komuniti antarabangsa sudah mula mempersoalkan tahap integriti PDRM dan juga ketelusan siasatan kes ini. Pak Lah tidak lagi boleh berkata :
Jaminan yang dibuat oleh Pak Lah itu boleh dibaca di Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment