"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, July 21, 2008

SPR Pamer Daftar Pemilih Suku Tahun Kedua Mulai Isnin

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 27,297 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun kedua yang berlangsung dari April hingga Jun lepas.

Pada tempoh yang sama, sejumlah 6,297 permohonan daripada pemilih berdaftar sedia ada diterima untuk pertukaran alamat pusat mengundi, menurut kenyataan SPR yang dikeluarkan di sini Ahad.

Senarai baru itu, iaitu rang daftar pemilih tambahan bagi suku tahun kedua 2008, akan dipamerkan mulai Isnin hingga Ahad ini di 854 tempat pameran di seluruh negara.

Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang baru memohon sebagai pemilih, serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran alamat pusat mengundi, dinasihatkan menyemak rang daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2008 yang dipamerkan itu.

Pendaftar pemilih baru yang mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B, dan perlu diserahkan kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh rang daftar pemilih itu dipamerkan, kata SPR.

Kenyataan itu turut menyebut pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang daftar itu bagi satu-satu bahagian pilihan raya, boleh membuat bantahan dengan mengisi borang C.

SPR juga akan mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara daripada angkatan tentera atau polis di mana mereka hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya.

Bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi yang lebih dekat dengan kediaman masing-masing.

-BERNAMA

No comments: