Assalamu'alaikum...
Berjaya jugak akhirnya UMNO/BN mengalih tumpuan rakyat Malaysia dari beberapa isu besar yang selama ni memonopoli muka depan media perdana...
Kenyataannya ialah debat "demonstrasi besar-besaran", debat Anwar & Shabery hanyalah gula-gula dari KERAjaan UMNO/BN untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia daripada tertumpu pada hanya beberapa isu yang selama ini ditimbulkan oleh UMNO/BN tetapi gagal dikawal oleh mereka hingga akhirnya memakan diri sendiri.
Mana pergi Najib, Rosmah, Atlantuya & C4?
Mana pergi Che' Det & institusi korek korek korek?
Mana pergi RPK & akuan bersumpahnya?
Mana pergi Saiful & kejantanannya?
Mana pergi Bala & keluarganya?
Mana pergi semua kontroversi-kontroversi yang melanda KERAjaan selama ni?
Hilang...akhirnya semuanya hilang dalam filem terbaru arahan UMNO/BN bertajuk Usul Undi Tak Percaya & Demo Besar-besaran & esok pula akan dihidangkan filem Anwar, Shabery & Teori "Hari Ini Bentuk Kerajaan,Esok Harga Minyak Turun"...
Aku tengok pengarah-pengarah filem segera dalam UMNO/BN tumbuh macam cendawan lepas hujan & filem-filem yang direkanya pun boleh tahan jugak hitnya...hari ni launch, petang tu jugak Box Office...hebat & kreatif, tapi bab lojik memang "0" telur...
Mulai esok dan hari-hari kemudiannya mungkin Anwar akan jadi tajuk utama media perdana kalau mantan TPM tu gagal dalam debat yang bakal berlangsung malam esok...kalau Anwar berjaya & Shabery gagal...UMNO/BN tak risau...aku yakin filem-filem baru dah disediakan untuk tatapan rakyat Malaysia & aku jangkakan lepas ni banyak lagi filem-filem box office bakal disajikan buat seluruh rakyat Malaysia.
Satu lagi kemungkinan yang bakal berlaku...debat malam esok akan jadi pengukur kepada masa depan Anwar & ianya mungkin dah dirancang sebegitu rupa untuk menafikan keterlibatan Anwar dalam politik Malaysia...
Macam mana ya???
Inilah yang kita panggil serampang 2 mata...adakan debat sebagai perangkap untuk Anwar...taruhannya ialah masa depan politik...kalau Anwar berjaya, masa depan politiknya bakal ditamatkan dengan tangkapan atas kes liwat & kita sedia maklum kemungkinan bukti-bukti telah direka cuma menunggu masa untuk tindakan sahaja...
Dan sekiranya Anwar gagal...kemungkinan untuk Anwar ditangkap akan menurun sebanyak 70% dan masa depan politik Anwar akan tamat dengan sendirinya jika Anwar gagal meyakinkan rakyat akan strategi yang akan digunakan bagi menurunkan harga minyak...
Pi mai pi mai...tang tu jugak...adakan debat supaya Anwar bocorkan formula kewangan untuk menurunkan harga minyak, tangkap atas dakwaan liwat kemudian KERAjaan tanpa segan silu akan mengguna pakai idea Anwar dalam menghadapi kegawatan...
Lepas ni berjoget sakan lagi la puak-puak dacing...
Aku malas nak fikir dah...mata dah ngantuk...esok la pulak aku fikir...korang-korang tunggu je la kejutan seterusnya...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment