"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 15, 2008

Luangkan masa sebanyak mungkin baca dan memahami Ayat Suci Al-Quran

Posted by Cahaya Nur Iman
8:35 AM, 2008-Apr-28
SESIAPA yang membaca al-Quran akan diberikan pahala mengikut setiap huruf dibacanya. Jika seseorang membaca ayat di permulaan surah al-Baqarah ganjaran pahala diterima adalah mengikut setiap huruf, bukannya berdasarkan jumlah ayat.

Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan umat Islam supaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.

Baginda juga menggesa sahabat supaya meluangkan masa sebanyak mungkin membaca dan memahami al-Quran. Antaranya baginda menyarankan supaya menghabiskan seluruh kandungan al-Quran dalam masa tiga hari.

Umat Islam juga disarankan tidak terlalu lama menghabiskan bacaan al-Quran dan sebaik-baiknya hendaklah dihabiskan dalam masa seminggu.

Sahabat ternama seperti Saidina Uthman, Zaid bin Thabit dan Ibnu Mas’ud menghabiskan bacaan al-Quran dalam masa seminggu. Mereka menggunakan kaedah seperti berikut:


  • Malam Jumaat, membaca surah al-Baqarah hingga surah al-Maidah.

  • Malam Sabtu, membaca surah al-An’am hingga surah Hud.

  • Malam Ahad, membaca surah Yusuf hingga surah Maryam.

  • Malam Isnin, membaca surah Toha hingga surah al-Qasas.

  • Malam Selasa, membaca surah al-Ankabuut hingga surah Sad.

  • Malam Rabu, membaca surah surah at-Tanzil hingga surah ar-Rahman.

  • Malam Khamis, membaca surah al-Waqiah hingga surah an-Nas.

    Selain itu umat Islam disarankan membaca surah tertentu sebagai ulangan pada setiap hari iaitu surah Yasin, ad-Dukhan, al-Waqi’ah dan al-Mulk serta ditambah surah al-Kahfi dan Ali-Imran pada malam Jumaat.

    Waktu utama membaca al-Quran ialah ketika dalam solat pada waktu malam, separuh akhir malam dan selepas Subuh.

    Hadis nabi bermaksud: “Sesiapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredaan Allah, tiba-tiba dipelajarinya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat.”
  • No comments: