"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 15, 2008

Waran tangkap ke atas Anwar telah dikeluarkan

Dilulus terbit pada Tuesday, July 15 @ 17:19:55 MYT oleh greenboc

aKUALA LUMPUR 15 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini merupakan suspek kes liwat dan polis telah memperoleh waran tangkap terhadapnya.

Waran tangkap ke atas Anwar itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang difaks ke pejabat peguamnya, S. N. Nair petang ini.

Nair berkata, status Anwar sebagai suspek kes liwat ekoran laporan yang dibuat oleh bekas pembantu Penasihat PKR, Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu diberitahu oleh pegawai penyiasat kes berkenaan, Deputi Supritendan Jude Pereira.

“Surat itu meminta Anwar untuk hadir memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pukul 2 petang esok.

“Anak guam saya telah pun menyatakan persetujuan untuk hadir,” katanya.

Tambah Nair, sebelum ke IPK Kuala Lumpur esok, pada pukul 10.30 pagi Anwar akan ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk diambil keterangan berhubung kes lain.

-tranungkite

No comments: