"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 15, 2008

PAS: Jangan heret tentera ke kancah politik

Abdul Rahim Sabri
Jul 15, 08 2:08pm
Dewan Pemuda PAS hari mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah tindakan kerajaan 'mengheretkan tentera ke dalam kancah politik".

Memorandum tiga muka surat itu diserahkan oleh delegasi lima orang, yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub kepada pegawai pentadbir kanan Istana Negara, Guli Tahir.

Katanya, latihan bersama polis dan tentera telah dijalankan baru atas alasan untuk mengawal ketenteraman awam.

Oleh itu, katanya, kerajaan telah mengheret tentera ke dalam arena politik dan telah memberi gambaran yang salah seolah-olah keselamatan negara sedang terancam.

Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

-malaysiakini

No comments: