"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 30, 2008

Dairi P-044: Kolumpo Ke Permatang Powh

Padahal semua ni dah seminggu lepas berlaku, tapi saje aku cerita balik... saje aku nak kongsi cerita dengan korang.

Haritu tak sempat nak cerita, maklumlah masa tu sibuk dengan agenda lain.sibuk cari info, sibuk kempen, sibuk bercakap, sibuk berjalan, sibuk ambik gambar, sibuk cari bahan & sibuk cari kawan.

Lagipun aku rasa kalau aku cerita masa tu tak de sape nak baca, korang mesti nak tau perkembangan... bukan nak tau pengalaman aku kan?

Sekarang dah ada masa nak dengar cerita aku?pedulik la korang... aku nak cerita jugak.

Aku bertolak dari rumah aku jam 11:00tghr. naik teksi pergi ke hentian Rawang sebab aku dah janji ngan konvoi DUN paroi.depa tumpangkan aku ke Permatang Powh atas usaha MD Rozali yang dipanjangkan pada YB Taufek.thanx bro...

Kami gerak dari hentian Rawang Tepat jam 1:00tghr.aku naik kereta proton saga.sorry...tak ingat nak tanya nama brader tu...masa tu ramai sangat.aku pun tak nak orang tau aku sape.baik diam.

Dari hentian Rawang kami konvoi & hentian pertama pun aku tak ingat.aku bukannya biase ingat nama tempat-tempat ni...

Kat situ kami berhenti rehat, solat & makan tengahari.kat situ jugak kami selisih dengan berbelas kenderaan PDRM - trak & bas.atas trak PDRM ada 4 bijik motor.3 kuda putih & 1 scrambler...kuda putih buat race atas highway & scrambler tu mungkin bajet nak bajak sawah.

Atas bas pulak ada ramai penumpang...ntah SB, entah unit khas aku pun tak tau...malas aku nak tanya, kang tak pasal-pasal kena lokap.bukan buleh kira depa nih.

Note : gambar atas sekali tu aku ambik masa kat hentian pertama.trak polis dengan muatan kuda putih & scrambler.

gambar kedua tu aku ambik masa kami berenti dekat kawasan rehat lepas tol Ipoh sebelum terowong.berenti sebab nak perbetul bendera yang dipacak sama tinggi dengan KLCC(semangat nye pasal)lalu dekat tol, terus patah riuk tiang bendera.

gambar 3 - geng Paroi...korang ingat orang melayu je ke sanggup jalan jauh untuk bagi sokongan pada Pakatan Rakyat?lu silap beb...

Brader sebelah ni lagi la semangat. setakat ni boleh dikatakan semua aktiviti Pakatan Rakyat mesti aku jumpa brader ni.

4x4 dia pulak siap pacak bendera & gantung banner - MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! Merdekakan Malaysia Dari RASUAH, Perasuah Adalah PENGKHIANAT NEGARA !Perasuah Mesti Bersumpah Laknat Seketurunan (Mencuri + Menipu = Rasuah)

Korang tau dak? sepanjang perjalanan dari hentian Rawang sampai la ke Permatang Powh kereta-kereta yang berselisih dengan kami tak putus-putus dok tekan hon...kami yang dok dalam kereta ni tak menang tangan dok lambai...damai betul beb...

Sampai dekat tol Juru lebih kurang jam 5:00pm...kami lepak tepi jalan sebab tunggu Zul Mamak & Che'Gu Bard yang akan urus tempat penginapan rombongan ni.sementara tunggu depa sampai, macam biase lah... pon pen pon pen hooonk tin tin beeep tuuuuut tak renti-renti.yang tak tahan bila lori yang lalu bantai tekan hon sipi-sipi kat telinga...kuat beb...

Dalam setengah jam jugak la kami lepak tepi jalan sampai naik lenguh ketiak dok lambai kenderaan yang lalu sambil bagi sokongan.aku penat.lepak kat atas devider sambil layan rokok.

Malaysiabiz-aloha call aku.katanya pas ni Zul Mamak akan bawak aku lari pi tempat persembunyian geng-geng blogger.aku ok je...

Che'gu Bard sampai je kami terus gerak menuju ke markas PKR Sama Gagah.

Sampai kat PKR sama Gagah aku tengok ramai dah orang ada kat situ. Che;gu Bard, Tian Chua sebaik sampai terus umumkan penyertaan bekas ahli UMNO Paroi ke PKR dekat situ.

Aku pulak lepas majlis tu, terus si Zul bawak aku lari.destinasi kami - Kubang Semang.sebenarnya bukannya nak pi sembunyi.

Kami nak pi pekena mi special kat situ.aku tak tau apa yang specialnya.tapi sebab dah lapar, aku belasah sampai 2 pinggan.lupa nak cerita.

Kat situ sebenarnya kami kumpul geng kami...aku, mat saman kati & malaysiabiz-aloha.aku lupa lak blogger otai yang join kami petang tu...dah nyanyuk dah aku nih...

Lagi gambar, klik kat [ sini ]

Nanti sambung......

No comments: