
"Sebagai ketua pembangkang (di Parlimen), kita harap beliau akan menyumbang dengan baik kepada perjalanan amalan demokrasi dan membantu kita dalam usaha kita memajukan lagi negara kita," katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen hari ini.
Anwar, 61, hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat.
Beliau turut dilantik sebagai ketua pembangkang.
Najib juga berkata satu post mortem mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh akan dijalankan tidak lama lagi.
"Kita akan kaji dengan mendalam sikap pengundi di Permatang Pauh," katanya. Ketika ditanya sama ada penampilan semula Anwar dalam arena politik negara akan menjejaskan pemilihan Umno pada Disember ini, Najib berkata: "Tak ada kena mengena dengan pemilihan Umno."
-mSTAR Online
No comments:
Post a Comment