
Imam yang menjadi saksi Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah mengikut syariat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan 15 Ogos lalu, Ramlang Porigi muncul di umum tiga kali malam tadi di Permatang Pauh ketika kempen pilihan raya kecil masuk buat hari yang kesembilan.
Dalam ketiga-tiga kemunculan itu beliau, seorang kakitangan kerajaan, ahli Pemuda Umno dan pengundi di Permatang Pauh menegaskan, sumpah mubahalah dibuat Saiful tidak sah.
Kapsyen:RAMLANG Porigi membuat pengakuan kira-kira enam minit di ceramah kempen pilihan raya, yang dihadiri Anwar Ibrahim kemudian, di Padang Ibu, Penanti malam tadi.
No comments:
Post a Comment