Timbalan Pengerusi PKR Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan seorang ahli parti itu bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah, sebagai sekadar satu "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan", demikian dilaporkan oleh Bernama.
"Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.
"Saya boleh komen setakat itu sahaja," katanya dalam laporan agensi berita nasional itu.
Zulkifli berkata demikian dalam satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Seorang lagi ahli parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.
Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata, kenyataan Zul itu adalah daripada orang yang jahil tentang hukum agama selain merupakan satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.
Dalam sidang akhbar itu, Zulkifli meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 berhubung laporan yang dibuat kepada jabatan itu oleh Zul dan Fairul Azrim pada 23 September lalu bahawa mereka telah diperangkap oleh BPR untuk melakukan hubungan seks masing-masingnya dengan wanita dari China.
'Minta JAIP siasat'
Seksyen berkenaan menyatakan bahawa seseorang yang menganjur, memujuk atau menggalakkan mana-mana orang melakukan apa-apa pekerjaan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan.
"Kalau laporan itu tidak disiasat dan tidak diambil tindakan, ini ada masalah pada pentadbiran jabatan agama, dan akan menimbulkan persepsi kepada semua tentang (sama ada) kita serius untuk melaksanakan perundangan enakmen jenayah yang sudah diluluskan kerajaan negeri," katanya.
Peguam Mohd Asri Osman, yang mewakili Zul dan Fairul Azrim, ketika ditanya dalam sidang akhbar itu tentang logiknya tindakan mendesak JAIP membuat siasatan itu sedangkan kedua-dua anak guamnya menerima habuan seks itu secara sukarela selain telahpun membuat pengakuan mengenainya, sekadar menjawab:
"Itulah sebabnya kita mahu JAIP menyiasat secara objektif."
Fairul Azrim pernah ditahan BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangunan di Seri Iskandar dekat Ipoh tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lalu.
Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua exco kerajaan negeri Perak dari PKR - Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias - sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari tahun depan di Mahkamah Sesyen di Ipoh.
-malaysiakini
TP - Yang buat keluar kenyataan ni dah hilang kemana dah? kenapa tak timbul-timbul untuk perbetul atau perjelas keadaan?
Tenggelam dalam "kesilapan" atau tenggelam dalam "sedekah"???
Banyak ke dapat "sedekah" bulan Ramadhan ni Zul Hasan?
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam Bro;
Aku bukan ahli pembangkang, tapi menyokong usaha2 pembangkang untuk pembaharuan dan kepentingan RAKYAT. Aku juga bukan anti kerajaan tetapi adakalanya tidak setuju dengan setengah2 pemimpin UMNO yg memnetingkan diri dan kucu2nya.
Tpi....situasi PKR ni lain sedikti dan jarang berlaku dalam pentadbiran UMNO/BN.. kalau inilah perjuangan PKR.. sama seperti dalam post aku di Cendawan Malaya...PKR 'Indah Khabar dari Rupa' dan juga sudah kukatakan....
AKU DAN RAKYAT MESTI BERSETUJU DENGAN AKU, BAHAWA KITA TIDAK BOLEH BERKOMPROMI DENGAN SYAITAN yang BERWAJAH MANUSIA...!!!!! WALLAHUALAM.
Bro,
H. Hadi memang suka buat statement yang macam itu. Dulu bila PAS menang di Terangganu dia kata kemenangan PAS adalah dibantu oleh malaikat dari langit.
Bila dah kalah kenapa tak kata malaikat tidak bantu kita lagi..
Tapi yang susahnya orang-orang PAS ini mudah sangat terlentuk dengan kata-kata yang terawang-awang macam itu...
Maklumlah ulamak katakan...
Ni mamat 2 ekor ni sebelum PKR menang mmg dok bergayut dgn puak2 Pertubuhan Melayu Bersatu. Tak heran depa dok buat kerje mcm ni. Ustaz Zul kena terajang depa ni keluar dr PKR!
Post a Comment