"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 26, 2008

Sultan Perak Perintah Jpn Beri Kad Pengenalan Sementara Kepada R. Ragu Sebelum Adidilfitri

IPOH, 26 Sept (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengeluarkan titah perintah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya memberi kad pengenalan sementara kepada R.Ragu, yang tidak memiliki taraf warganegara.

Ragu dari Segamat, Johor, berkhemah bersama keluarganya dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak di sini sementara menunggu surat sokongan daripada baginda bagi membolehkannya mendapat dokumen pengenalan diri daripada jabatan itu.

Anggota Exco Perak A. Sivanesan berkata JPN berkewajipan memberi kad pengenalan sementara kepada Ragu, 33, sebelum Aidilfitri.

"Mereka perlu keluarkan kad pengenalan sementara ini menjelang Isnin atau Selasa, seperti yang diperintahkan oleh Tuanku.

"Tuanku (Sultan Azlan Shah) amat bersimpati dengan Ragu dan bertitah bahawa perkara ini (masalah yang dihadapi oleh Ragu) tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta di sini selepas mengadap Sultan Azlan Shah hari ini.

Sivanesan berkata Ragu perlu mempunyai kad pengenalan sementara terlebih dulu sebelum memohon MyKad.

"Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menolongnya mendapatkan taraf kerakyatan," kata beliau.

No comments: