KEMAMAN, 26 Sept (Bernama) -- Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi Umno yang menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu ke bulan Mac tahun depan boleh merumitkan kempen' calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.
Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno berkata tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.
"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan Ketua Pemuda ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.
"Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihan raya dua minggu pun tidak mudah inikan pula enam bulan.
(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar Teregganu Datuk Ahmad Said di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno hari ini menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu yang sepatutnya pada Disember depan, ke bulan Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.
Bagaimanapun, anggota Parlimen Rembau itu berkata sebagai sayap parti, Pemuda Umno tetap menghormati dan menerima keputusan yang telah diambil itu.
TP - Kah kah kah kah kah... alahai KJ... ekau cakap yo la "kempen yang panjang akan momudaratkan poluang den untuk monang sobab lobih banyak pokong den akan tododah dan kalau den nak monang jugak den kono tabor lobih banyak uwang domi momboli undi supayo den dicalonkan"...
Kah kah kah kah kah... ekau tambah sikit laei KJ - "tempoh yang panjang jugak akan mombuekkan Pak Montuo den hilang sokongan samo sokali, bukan sajo akar umbi akan hilang kopocayoan pado Pak Montuo den malah tanah gambut dan jugak cacing-cacing pun akan hilang kopocayoan pado Pak Montuo den... nak tanding taon ni pon lolah, apo laei nak tarik poei taon dopan..!"
Kah kah kah kah kah... lopeh ni ekau ngan Pak Montuo ekau buleh bolaja jadik ejen tompoyak ghombau.
Kah kah kah kah kah..!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment