"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 10, 2008

Tiada Tempat Untuk Parti Perkauman

Aktivis anti-rasuah dan tadbir urus baik yang cukup prominen, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim - yang mengejutkan ramai orang apabila menceburi politik dengan menyertai DAP - tidak yakin parti-parti
perkauman mempunyai masa depan di Malaysia.

tunku abdul aziz tunku ibrahimDalam interbiu dengan Bernama, beliau yang dilantik sebagai naib presiden DAP berkata, kedudukannya dalam badan penggubal dasar parti itu sekarang, akan membolehkan beliau menjadikan DAP sebuah

organisasi yang lebih bersifat Malaysia agar ia tidak setakat dilihat sebagai sebuah "Parti Cina yang berselindung".

"Jika anda mahu menjadi sebuah parti Malaysia, kita perlu menjadi sebuah parti yang benar-benar Malaysia pada sifat luaran, sentimen, kesetiaan dan patriotisme.

Saya tidak yakin parti-parti perkauman punya masa depan di Malaysia," katanya.

Tunku Aziz, 74, memiliki kerjaya cemerlang dalam sektor korporat sebelum melibatkan diri secara aktif di Transparency International, sebuah badan global menentang rasuah.

Beliau telah banyak menulis dan bercakap mengenai isu rasuah dan integriti di dalam negeri dan peringkat antarabangsa dan menerbitkan bukunya "Fighting Corruption: My Mission".

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank Dunia dan pada 2006 dijemput untuk menubuhkan Pejabat Etika Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai penasihat khas kepada setiausaha agung ketika itu, Kofi Annan.

Menentang Rasuah

Dalam temubual ini, Tunku Aziz bercakap mengenai azamnya untuk terus bersuara menentang rasuah sambil menyatakan: "Tidak ada yang lebih penting bagi sesebuah negara serta sistem dan institusinya daripada dilihat mengamalkan tadbir urus yang baik".

Beliau mengingatkan: "Kita telah melihat banyak negara tumbang atau musnah oleh rasuah. Rasuah akan memusnahkan kita, malahan rasuah telah memusnahkan banyak kerajaan. Tumbangnya kerajaan-
kerajaan lampau adalah akibat rasuah".

Tunku Aziz bercakap mengenai kejayaan Singapura memerangi rasuah dan apa yang boleh dipelajari oleh negara-negara lain dari negara pulau itu.

Beliau berkata, dalam hal Singapura, ia adalah tekad seorang insan, Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri dan kini menteri mentor, menentang rasuah.

"Sebelum Lee Kuan Yew, Singapura adalah sebuah masyarakat yang cukup korup, tetapi beliau telah dapat mengubahnya dan menjadikannya sebuah pulau yang berwibawa.

"Beliau barangkali tidak memenangi hadiah kerana hak asasi manusia tetapi andainya ada hadiah dunia semata-mata kerana memerangi rasuah, Lee Kuan Yew jelas pemenangnnya," kata Tunku Aziz.

Beliau berkata semuanya adalah mengenai kepimpinan melalui teladan kerana orang di peringkat bawahan mengikuti cara pemimpin-pemimpin mereka yang dipilih.

"Itu yang telah dapat dilakukan oleh insan tersebut. Kita tidak dapat melakukannya di sini di Malaysia kerana kita meletakkan pandangan kita terlalu rendah.

"Kita perlu meletakkan pandangan tinggi dalam perang menentang rasuah," kata beliau.

-malaysiakini

1 comment:

ADI SHAHRIZAN said...

DAP bukan shj anti rasuah,.tapi juga anti-islam,..UMNO,PAS,PKR sedar hakikat ini,..

DAP dan Tunku Abd aziz juga tidak dapat mengelak menjadikan negara yahudi kecil singapore sbg idola,.dan LKY sbg 'imam besar',..dapat difahami dgn jelas krn DAP adalah serpihan dari parti induknya PAP.

Apa pun,dgn mengambil sekerat dua ahli melayu dan 4-5 kerat lain ahli singh/india tidak menjadikan parti yg 99.9% ahlinya cina,. sbg parti berbilang kaum.