
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Yang d-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pagi ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 jemaah di Masjid Negara.
Seri Paduka diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menteri Kabinet serta diplomat asing yang beragama Islam.
Umat Islam di seluruh negara meraikan hari raya tahun ini dalam suasana sederhana mengambil kira kos sara hidup yang telah meningkat, ekoran kenaikan harga minyak dunia sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun ini tidak melunturkan keceriaan suasana perayaan dengan majlis-majlis Rumah Terbuka yang mengeratkan lagi silaturahim bukan sahaja di kalangan ummah tetapi juga dalam masyarakat majmuk negara ini.
-Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment