PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, lazimnya keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno adalah muktamad kerana sesuatu perkara diperhalusi demi kepentingan parti sebelum diputuskan.
"Belum ada rekod keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi dibantah sehingga ia perlu dikaji semula," kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor ketika dihubungi baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada keputusan MT minggu lalu yang menangguhkan Perhimpunan Agung Umno dan pemilihan pusat hingga Mac depan boleh dikaji semula ekoran bantahan banyak pihak.
"Sehingga hari ini apa yang saya tahu penerimaannya adalah positif kecuali ada satu atau dua pihak yang masih membantah.
"Itu perkara biasa dalam hidup, mana ada orang yang akan terima sahaja sesuatu keputusan itu... pasti ada yang nak bantah," katanya.
Bagaimanapun katanya, MT akan akur jika bantahan itu datang dari banyak pihak dan suara majoroti mahukan keputusan penagguhan boleh dikaji semula.
"Kita amalkan sistem demokrasi... jika ada 51 peratus yang tak setuju dengan keputusan kita, ia perlulah dikaji semula.
"Suara majoriti itu perlu kita dengar dan ambil perhatian," katanya dengan yakin bahawa keputusan yang telah dibuat disambut baik oleh ahli akar umbi.
No comments:
Post a Comment