AMMAN, 2 Okt (Bernama) -- Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Malaysia di Jordan bertambah meriah dengan kehadiran Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah yang sedang melakukan lawatan rasmi ke negara ini.
Baginda menyertai sambutan hari raya pertama pada hari Selasa di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Hasnudin Hamzah yang turut dihadiri warga Malaysia serta tetamu tempatan.
Semalam, baginda menghadiri sambutan hari raya kedua yang diadakan di pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Jordan yang dihadiri Hasnudin dan lebih 500 pelajar Malaysia yang datang dari seluruh negara ini.
Pengarah MSD Jordan, Sulaiman Ismail berkata Tengku Abdul Rahman menasihati para pelajar berkenaan agar mengambil kesempatan untuk menguasai bahasa Arab di samping memberikan keutamaan kecemerlangan akademik.
"Mereka disaran agar mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah (soft skills) untuk menjadi para mahasiswa berketrampilan, holistik dan terkehadapan sebagai persediaan memasuki pasaran kerjaya kelak," kata Sulaiman kepada
Baginda turut menasihati mereka agar membina jaringan hubungan dengan rakan tempatan dan asing bagi memudahkan mereka membina hubungan perniagaan dan pendidikan setelah kembali ke Malaysia, katanya.
"Dalam majlis berkenaan baginda turut berkenan untuk memberikan sumbangan kewangan kepada Badan kebajikan Pahang Jordan bagi membiayai program dan aktiviti tahunannya," kata Sulaiman.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment