"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, October 07, 2008

Berita Baik Yang Ditunggu-tunggu Dari PAS!

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Alhamdulillah. Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu para ahli dan penyokong PAS telah tiba apabila para pimpinan PAS sepakat dalam menghadapi perkembangan semasa.

Ia dibayangkan melalui keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS Ahad, 5 Oktober lepas yang menyatukan hampir kesemua pandangan saf kepimpinan utama PAS.

Mesyuarat itu memutuskan PAS akan bekerjasama sepenuhnya dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk berusaha sepenuhnya bagi membentuk kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan BN yang ada.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS itu memutuskan, PAS akan telibat sepenuhnya dengan usaha itu dan akan menghantar pemimpin paling kanan untuk semua mesyuarat dengan pemimpin Pakatan.

Kalau sebelum ini, mesyuarat Pakatan banyak diwakilkan kepada pemimpin junior dalam PAS, mesyuarat itu memutuskan semua mesyuarat selepas ini akan disertai oleh pemimpin paling senior dalam PAS.

Lima pemimpin yang terpilih adalah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu di samping Setiausaha Agung Datuk Kamarudin Jaffar.

Siasah dalam keluaran lalu membuat laporan utama tentang masalah perbezaan pendapat yang ketara dalam PAS dengan tajuk muka depannya "PAS: Selesaikan perbezaan segera".

Laporan itu memberikan amaran, jika pimpinan PAS tidak berbuat sesuatu, parti itu bakal menghadapi krisis dalam yang ketara.

Ia berkaitan dengan pembentukan kerajaan baru yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebahagian pemimpin PAS setuju manakala sebahagian lagi ragu-ragu.

-SIASAH

No comments: