kemaskini 3:32pm Pemuda PAS Selangor berpendapat replika gergasi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves tidak termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.
"Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh.
"Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar," kata ketua dewan itu Sallehen Mukhyi.
Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyatakan replika gergasi itu menunjukkan PKR mendewa-dewakan pemimpinnya, Sallehen berkata:
"Yang beliau (Mohd Ali ) sensitif sangat kenapa? Meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara itu pun menyalahi akidah, (hukum) itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan itu memang jelas berbentuk manusia, (perkara) itu beliau tidak sibuk pula.”
Mohd Ali semalam turut menimbulkan persoalan sama ada pembinaan replika itu diterima oleh PAS sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Sallehen berkata, projek mendirikan gambar itu inisiatif penyokong Anwar sendiri dan oleh itu, sudah tentu kepimpinan tertinggi PAS tidak dimaklumkan.
"Malah saya rasa, Anwar sendiri pun tidak tahu (sebelum timbul kontroversi)," katanya.
Mengulas pandangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam yang dilaporkan berkata, gambar besar itu "membawa unsur keberhalaan dan perlu dihapuskan dengan segera", Sallehen berkata:
"Boleh jadi mufti (Perlis) patut datang tengok sendiri (replika itu)."
Sementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya.
"Saya tidak mahu isu ini menjadi besar. Kalau dikaitkan dengan isu perkauman, saya pun tidak mahu buat.
"Saya hanya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Melayu dan (lagi pun) Deepavali pun sudah dekat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Deepavali akan disambut pada 27 Oktober.
Beliau mengulas kesediaan wakil rakyat PKR Batu Caves, Amiruddin Shari untuk menurunkan replika itu apabila permit kelulusannya yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang tamat tempohnya tidak lama lagi.
Viriya menambah, sebelum replika itu didirikan pada 28 September lalu, beliau pernah merujuk kepada rakan-rakannya yang berketurunan Melayu tetapi mereka menjelaskan "tidak salah" membina imej sedemikian.
Katanya lagi, beliau tidak mendapat sebarang aduan membantah daripada penduduk setempat dan hanya mengetahui kontroversi replika itu melalui media.
"Tiada teguran (daripada penduduk), hanya (pemimpin) Umno (di media) sahaja yang tegur," katanya.
Tambahnya, yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement di Batu Caves, projek ini asalnya usaha sekumpulan penduduk di situ.
"Projek ini kita buat sendiri, ramai yang menyumbang. (Replika) ini bukan projek persatuan penduduk," kata Viriya.
-malaysiakini
TP - BRAVO...!!!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
aku sebagai ahli pemuda pas agak pelik dgn kenyataan pemuda pas kali ni.
bile bn, sume yg salah dan haram, tp bile pr, seolah2 hukum tuh blh fleksibel plak bile berhadapan ngan pr
aku x phm nape jd camni
tlglah.....
kite bkn dlm bn
zanpakutou - aku pun pening... tak reti nak habaq apa... semua dah jadi bengong... politik tak gila... yang gila orang yang masuk poitik sebab ada kepentingan...
bila dah ada kepentingan, depa jadi gila "babi"...
Khak Ptuih..!
salam Bro;
Story ni memang menarik kalau dipostkan. Musti Perlis dah mengingatkan apapun patunf tersebut ada'UNSUR' keberhalaan. Walaupun tidak nampak macam berhala tetapi bila dikatakan unsur maknanya ianya ke arah itu..?
Yang peliknya pemimpin Pas ni cuba nak mengmbil kesempatan ata s KEUNTUNGAN' politik terus aje menyokong ala-ala dewa gitu...
Aku sedih juga.
Oleh kerana Ali Rustam musuh politik PAS, maka ahli politik atasan PAS lebih ke arah membidas Ali Rustam daripada memjawap isu sebenar.
Cuba kalau replika yang menyerupai patung itu adalah gambar Ali Rustam?
kulatlapok - bukan saja ada unsur ke"berhala"an, tapi jelas dan nyata men"dewa-dewa"kan individu (aku x mau sebut nama)...
ramai yang bagi hujah "kunun" UMNO dah lama buat bende ni tapi kita tak bising... ada jugak bagi hujah dekat negara luar macam Iraq pun ada dan x jadi isu...
persoalannya - jadi kita pun nak ikut apa yang UMNO buat ke? tang lain kita kutuk, tang yang kita ada kepentingan kita "cover" tutup mulut... gitu ke?
persoalan ke-2 - kalau dekat Iraq depa bantai minum arak, kita pun nak ikut depa jugak ke? ajaran Islam ni ikut negara arab ke ikut Al-Qur'an & sunnah?
akhirnya kita yang tersepit... sebab... orang yang sepatutnya menjelaskan pada kita hal-hala agama rupanya menggunakan agama untuk kepentingan...
betul cakap stgh orang...
Assalamualaikum wbt.,
Pak Brahim lihat yang menjadi isu besar sangat tu adalah kerana gambar yang berukuran besar yang digantungkan dan gambar itu adalah gambar DS Anwar Ibrahim.
Isu ini dicetuskan oleh pihak yang dengki akan populariti DS Anwar yang amat disenangi oleh sebilangan ramai rakyat Malaysia termasuk luar negara sebagai seorang tokoh Polotik dan PEMIMPIN.
Sebagai rakyat Malaysia yang kononya maju dengan bangunanya yang tinggi mencakar langit dan jambatan yang terpanjang namun Pak Brahim lihat penduduknya masih tertinggal kebelakang dari segi ilmu dan pengetahuan.
Ketamadunan cara berfikir masih lagi kebelakang walaupun terdapat bukti-bukti dan contoh-contoh yang boleh dibuat panduan ujud didepan mata. Kekadang tergopoh-gopoh membuat keputusan tanpa membuat sebarang penilaian dan kajian secara resional.
Dalam isu gantung gambar DS Anwar Ibrahim, ia hanya sekadar sekeping gambar, tidak kira ianya berukuran kecil atau besar, ianya tetap hanya sekeping gambar dan ditempatkan pula di BATU CAVES.
Soalnya tidak terdapatkah lain-lain gambar bersaiz lebih besar di papar dibangunan-bangunan atau di papan-papan iklan disekitar bandaraya, mungkin tidak ada gambar-gambar di MELAKA BANDAR BERSEJARAH. Saya fikir banyak, namun kenapa tidak dijadikan isu UNTUK DIBAHASKAN.
Saya berharap kita rakyat jangan terbawa-bawa dan terperangkap dengan isu-isu yang dimainkan oleh ahli-ahli politik yang ketandusan modal dan sudah hilang kepercayaan rakyat. Kita perlu bijak dan sentiasa boleh berfikir dengan akal yang waras, kerana dengan akal yang sihat dan waras sahajalah akan meletakkan kita keatas darjat yang sempurna.. IAITU SEBAGAI MANUSIA.
Post a Comment