Hakim, S. M. Komathy Suppiah menangguhkan sidang sekejap untuk mendengar bantahan pihak peguam bela yang diketuai oleh peguam Sulaiman Abdullah.Terdahulu, Komathy membenarkan bantahan awal pembelaan. Prosiding kes Anwar itu sekarang berhenti rehat sekejap sejak pukul 11.25 pagi. Mahkamah akan bersambung semula pada jam 2.30 petang nanti untuk mendegar hujah daripada peguam Anwar tentang bantahan terhadap penglibatan Peguam Negara, Ghani Patail dalam kes ini.
Nampaknya kes kali ini nampak begitu rumit, dan sesungguhnya ia bakal menjadi satu pertarungan antara Anwar dan Pak Lah dalam usaha menentukan masa depan politik negara kita hari ini. Apapun, kekuatan Anwar kini sukar digugat kerana menampilkan barisan peguam yang terkenal, profesional, berwibawa dan berintegriti.
Justeru itu, kita tidak nampak bahawa kes ini akan memihak kepada mereka. Badan kehakiman negara harus diselematkan segera. Membicarakan kes yang banyak menimbulkan perseoalan dan kekeliruan fakta jelas sekali satu tindakan yang "mencabuli" hak-hak kebebasan manusia di dunia ini. Maka itu, kes ini bakal mencatatkan lagi satu sejarah tentang betapa rendahnya tahap perbicaraan dan mahkamah di Malaysia dimata masyarakt dunia.
-Pahang Daily
No comments:
Post a Comment