"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 08, 2008

Isa Samad - I'm Back..!

Bekas naib presiden Umno Tan Sri Isa Samad dijangka akan masuk kembali ke gelanggang pertarungan walaupun belum mengumumkan jawatan yang akan ditandinginya dalam pemilihan parti Mac tahun depan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Isa berkata, pengumuman mengenai perkara tersebut akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi.

Ditanya sama ada beliau menunggu keputusan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini untuk tidak mempertahankan jawatannya, Isa berkata:

“Apa kena-mengena dengannya, tidak adalah. Tunggulah sikit... Apabila sampai waktu, saya akan umumkan, dalam beberapa hari lagi.”

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu digantung keahliannya selama tiga tahun berhubung amalan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004 selepas menangi jawatan naib presiden.

Dalam pemilihan tersebut, Isa mendapat undi terbanyak mengatasi Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga untuk jawatan tersebut.

Tempoh penggantungan Isa berakhir Ogos lalu.

Desas-desus menyebut Isa berminat merampas kembali jawatannya dalam pemilihan Mac ini.

Setakat ini antara pemimpin yang menunjukkan minat bertanding jawatan tersebut ialah ketua badan perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, badan perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman dan timbalannya Datuk Shafie Apdal.

Mohd Ali bagaimanapun menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden, manakala Muhyiddin pula akan mengumumkan keputusannya Jumaat ini.

Muhyiddin, yang dijangka berminat jawatan nombor dua, diramalkan berganding dengan Datuk Seri Najib Razak selepas naib presiden itu dilihat seorang tokoh utama mempercepatkan peralihan kuasa Abdullah.

-malaysiakini

No comments: