"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 08, 2008

Pemilihan bahagian mula esok, Lembaga Disiplin beri kata dua

KUALA LUMPUR:Menjelang persidangan perwakilan bahagian yang bermula esok, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail hari ini memberi amaran kepada ahli-ahli Umno yang bertanding tidak amalkan politik wang.

"Saya ingin memberi amaran kepada sesiapa yang bertanding, tidak bertanding atau minat seseorang calon supaya jangan gunakan wang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Disiplin di sini hari ini.

Kata beliau, tugas anggota pasukan pemantau ini adalah untuk memberi maklumat kepada Lembaga Disiplin jika adanya salah laku oleh anggota Umno sepanjang mesyuarat bahagian itu berlangsung.

Beliau turut mengingatkan kepada para calon yang bertanding untuk sebarang jawatan pada pemilihan bahagian dan juga pada pemilihan parti yang dijangka diadakan Mac ini supaya mematuhi tata etika yang ditetapkan, serta menjauhi amalan politik wang.

"Bagi ahli-ahli yang bertanding jangan nak sangat jawatan sampai guna wang. Saya minta kalau boleh ahli Umno jangan guna wang sebab bukan sahaja parti tetapi juga negara tidak akan dihormati.

"Pindaan (Tataetika pada 27 Mac lepas) ini penting supaya gejala politik wang dapat dikurangkan pada masa akan datang.

"Sekiranya cukup bukti, tidak kira siapa, kita tidak teragakagak untuk mengambil tindakan termasuk ahli yang memberikan aduan palsu," katanya dan menambah, peraturan tatetika itu telah diketatkan bagi mengelakkan berlakunya politik wang di kalangan anggota Umno.

Beliau berkata, mereka yang ingin bertanding perlu memastikan mengikut peraturan, contohnya untuk mengadakan jamuan seperti jamuan hari raya mereka mesti mendapat kebenaran Pengerusi Perhubungan Umno Negeri terlebih dahulu."

"Kita boleh agak niatnya kalau dia hanya beri duit raya pada perwakilan sahaja tapi tidak memberikan kepada mereka yang lain (yang turut menghadiri jamuan itu)," katanya.

Sebanyak 191 bahagian Umno akan mengadakan mesyuarat mereka mulai esok, selain membuat pemilihan calon bagi menjawat pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan anggota Umno bahagian juga perlu membuat pencalonan untuk jawatan utama parti terutamanya calon presiden, timbalan presiden dan naibnaib presiden.

Sehingga kini Umno bahagian Machang dan Kimanis adalah antara dua bahagian Umno terawal yang akan mengadakan mesyuarat masing-masing pada Jumaat ini, diikuti dengan bahagian Tumpat dan Besut pada Sabtu.

Lebih 20 bahagian memilih Ahad ini untuk mengadakan mesyuarat masingmasing termasuk Umno Bahagian Pagoh, yang diketuai Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, menyentuh mengenai laporan kes salah laku yang diterima oleh lembaga itu, Tengku Ahmad Rithaudeen berkata, jumlah aduan salah laku termasuk politik wang yang diterima oleh lembaga itu meningkat.

"Berbanding tahun lepas, statistik tahun ini meningkat dan saya berasa dukacita," katanya dan menambah sebanyak 521 aduan salah laku diterima oleh lembaga itu termasuk berkaitan dengan mesyuarat Umno peringkat cawangan.

"Aduan ini membabitkan pelbagai kesalahan termasuk 116 aduan berkaitan sabotaj dan politik wang," katanya.

Beliau berkata daripada aduan yang diterima itu, 54 kes aduan belum dimulakan siasatan, perlu dokumen tambahan (49), tiada tindakan lanjut (87), aduan di luar bidang kuasa Lembaga Dispilin (109), aduan baru (101) dan dalam pemerhatian (KIV) (lima).

Beliau berkata 29 kes yang disiasat mendapati tiada kes prima facie manakala bagi tertuduh yang dipanggil untuk tunjuk sebab adalah sebanyak 10 dan tertuduh yang didapati bersalah adalah 10 dan sembilan belum diputuskan.

-mSTAR Online

3 comments:

Anonymous said...

Mana boleh berkempen dengan air liur saja...?

Perwakilan yang datang keKL guna kereta... kereta bergerak guna petrol/disel...harga petrol/disel tinggi...!

Perwakilan datang dari jauh, takkan nak tidor di masjid India..?

Perwakilan ada selera makan, takkan nak makan roti canai mamak saja..?

Sesekali datang ke KL nak juga shopping, untuk diri, untuk isteri, anak atau mungkin untuk buah hari...?

Kalau bertanding kena faham masaalah perwakilan....

Selamat berperang merebut jawatan.!

Mr Joker said...

depa tak pakai duit cash... depa pakai postdate cheque...

hehehehe

Unknown said...

amaran tu untuk bebudak bawahan je...Kerabat atasan is okay..!!!
biasalah....u m n o t..