KOTA BAHARU, 12 Okt (Bernama) -- Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan kecewa dengan beberapa status projek utama Kerajaan Pusat yang lewat dimulakan dan jika tidak ditangani keadaan itu boleh memberikan persepsi tidak baik terhadap usaha kerajaan.
Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed berkata antara yang dikesalkan adalah kelewatan pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di sini sehingga menimbulkan banyak persoalan terhadap kelewatannya.
"Satu pasukan petugas sudah ditubuhkan bagi mengenalpasti kenapa projek Kerajaan Persekutuan seperti pembinaan jambatan yang sangat penting ini lewat dimulakan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis itu dan menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Universiti Malaysia Kelantan di sini, Ahad.
Majlis pecah tanah pembinaan jambatan berharga RM143 juta itu telah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 Ogos 2007.
Pembinaan projek itu yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kelapan itu akan dapat menambah kapasiti dan meningkatkan keupayaan jambatan sedia ada yang telah dibina 42 tahun lepas.
Projek itu melibatkan pembinaan sebuah struktur bertingkat yang akan menganjur dari Bulatan Kijang terus ke Dusun Muda berhadapan Kompleks KB Mall di sini.
Mustapa yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata pembinaan jambatan itu sangat penting bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di jambatan sedia ada yang merupakan nadi kepada laluan Kota Baharu-Pasir Mas-Tumpat.
Antara lain yang turut dibincangkan adalah status pembinaan jalan alternatif yang menghubungkan Kota Baharu dengan Kuala Krai yang juga lewat dimulakan.
"Jika lebih lama ia akan meningkatkan kenaikan kos dan ini akan lebih membebankan kita dan sebab itu majlis ini ingin tahu kenapa masalah itu berlaku," katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata projek agropolitan di Rantau Manis, Gua Musang akan dimulakan secepat mungkin dengan 1,000 peserta akan ditempatkan di satu kawasan khas, pada pertengahan tahun depan.
"Masalahnya adalah membabitkan pengambilan tanah terutama di tempat penempatan baru itu kerana di situ terdapatnya penerokaan secara haram dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri untuk menanganinya," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment