"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, October 12, 2008

Najib 19, Muhyiddin 17, Mohd Ali 2, Muhd Taib 2

6.26 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-19 dari bahagian Batu Pahat, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 17 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, Batu Pahat mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

6.00 petang
Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-18 dari bahagian Mersing, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 16 pencalonan.

Bagi naib presiden, Mersing mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

pencalonan presiden, deputy vice5.55 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-17 dari bahagian Taiping, Perak, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 15 pencalonan.

Bagi naib presiden, Taiping mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Syed Hamid Albar.

5.50 petang
Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-16 dari bahagian Bagan Serai, Perak, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 14 pencalonan.

Bagi naib presiden, Bagan Serai mencalonkan Ahmad Zahid, Khalid dan Syed Hamid.

5.25 petang
Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-15 dari bahagian Kota Kinabalu, yang juga mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan timbalan presiden. Mohd Ali kini mendapat dua pencalonan.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Shafie, Hishammuddin dan Ahmad Zahid.

5.20 petang
Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-14 dari bahagian Rompin, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 13 pencalonan.

Bahagian turut mencalonkan Jamaluddin, Hishammuddin dan Shafie untuk jawatan naib presiden.

4.45 petang
Bahagian Subang mencalonkan gandingan Najib dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Manakala calon naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammudin dan Shafie.

Bahagian Jelebu pula mencalonkan gandingan Najib dan Muhyiddin.

4.00 petang
Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-13 dari bahagian Rasah yang juga mencalon Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 11 pencalonan.

Bagi naib presiden, Rasah mencalonkan Mohammad Hassan, Hishammuddin dan Isa Samad.

3.45 petang
Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-12 dari bahagian Beruas yang juga mencalon Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden.

Beruas turut mencalonkan Zahid, Hishammuddin dan Khalid Nordin untuk jawatan naib presiden.

3.40petang
Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesebelas dari bahagian Cheras yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 10 pencalonan.

Bagi naib presiden, Cheras mencalonkan Hishammuddin, Rais dan Khalid Nordin.

3.30 petang
Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesepuluh dari bahagian Kuantan yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 9 pencalonan.

Bagi naib presiden, Kuantan mencalonkan Hishammuddin, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Shahidan.

3.00 petang
Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesembilan dari bahagian Pasir Gudang yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat lapan pencalonan.

Bagi naib presiden, Pasir Gudang mencalonkan Khalid Nordin, Hishammuddin dan Zahid.

2.30 petang
Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kelapan pencalonan bagi jawatan presiden dari bahagian Pagoh, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat tujuh pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden, bahagian Pagoh mencalonkan, Hishammudin, Rais dan Shafie.

2.20 petang
Sehingga ini Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tujuh pencalonan bagi jawatan presiden. Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat enam pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat satu pencalonan.

Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan , Parit Buntar dan Jempol.

Manakala Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat lima pencalonan sehingga ini, termasuk dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan dan Jempol.

Manakala Parit Buntar pula mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shahidan Kassim.\

Manakala Kalabakan pula mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal,

Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Hishammudin.

Bahagian Parit Buntar pula mencalon Zahid, Syed Hamid dan Tan Sri Isa Samad.

Jempol pula mencalonkan Hishammuddin, Isa dan menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan. Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri bertanding jawatan presiden, belum mendapat pencalonan.

Begitu juga dengan dua lagi calon bagi jawatan timbalan presiden - Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Nur Jazlan belum mendapat pencalonan

-malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa ahli UMNO lupa pada nama Tengku Razaleigh...?

Atau mungkin Ku Li tak faham kehendak dan masaalah perwakilan UMNO seluruh negeri..?