"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 28, 2008

Mangsa Banjir Di Pahang Kini 91 Orang

Bilangan mangsa banjir di empat daerah yang terlibat di Pahang mencecah 91 orang pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, Lipis masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 57 orang diikuti Temerloh (16), Cameron Highlands (13) dan Raub (lima).

"Semua mangsa dari enam kampung di Lipis kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara iaitu di Masjid Seberang Jelai, Sekolah Kebangsaan Batu Yon dan Balai Raya Kampung Lentang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Di Temerloh, mangsa banjir dari Kampung Kuala Kuang, Lanchang ditempatkan sementara di Balai Raya Taman Murni dan Masjid Kampung Kuang.

Mangsa banjir di daerah Raub pula ditempatkan di pusat pemindahan sementara Balai Raya Kampung Pampong dan kedai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ajai manakala mangsa banjir di Cameron Hinghlands di Dewan Orang Ramai Ringlet.

No comments: