
Ketua Bahagian Risikan Operasi Polis Marin Wilayah Sarawak, Deputi Supritendan Mohd. Razlin Abdul Manaf berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10.15 pagi itu, seorang juragan bersama tujuh anak kapal antaranya warga Indonesia, turut ditahan.
Menurutnya, sebuah kapal peronda polis yang sedang melakukan operasi Ops Octopus di perairan Sungai Sarawak telah memeriksa sebuah kapal yang sedang menunggu giliran untuk memasuki pintu air di situ.
"Hasil pemeriksaan kami mendapati, pemilik kapal tersebut dipercayai cuba mengelak membayar cukai kerana kebanyakan balak itu tidak mempunyai pengesahan Jabatan Hutan.
"Pemilik kapal itu akan didakwa mengikut Seksyen 21 Ordinan Perhutanan 1985 (1) manakala anak kapal boleh dibebaskan dengan ikat jamin majikan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Razlin berkata, kayu balak yang dirampas itu dipercayai dibawa dari Sri Aman untuk dibekalkan ke sebuah kilang kayu di Kuching.
No comments:
Post a Comment