kemaskini 3:32pm Sepuluh lagi peserta kumpulan kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" ditahan polis hari ini di Perak dan Johor selepas 22 mengalami nasib yang sama sejak Jumaat lalu.
Enam daripada yang ditahan dibawa ke balai polis Kuala Kangsar - termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar - sementara dua dibawa ke Taiping.
Program kreatif bagi menuntut perubahan politik dari utara dan selatan Semenanjung itu anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan dilancarkan di Alor Star, Rabu lepas.
Seorang ditahan dalam perjalanan dari bandar itu, 16 lagi ditahan sewaktu ingin bertolak dari Johor Bahru sehari selepasnya dan lima lagi di Kluang ditahan kelmarin.
Program berbasikal itu dijangka berakhir di Parlimen pada pagi 21 Disember ini dengan acara menyerahkan memorandum kepada kerajaan.
Tuntutan kumpulan pengayuh basikal ini, antaranya, perumahan selesa untuk rakyat, mengawal harga barangan, penggubalan akta gaji minimum RM1,500 dan menghentikan penswastaan air, hospital dan pendidikan.
Malaysiakini difahamkan sekumpulan besar pengayuh ini, termasuk 44 orang di dalam sebuah bas, ditahan di Kuala Kangsar tetapi telah dibebaskan selepas polis mengambil butiran peribadi mereka.
Menurut siaran media Jerit, seorang penyelaras wanitanya mengalami gangguan seks sewaktu ditahan, manakala kamera seorang aktivis turut dirampas.
Sementara itu, di Segamat, beberapa kenderaan kumpulan pengayuh ini seperti lori, van dan pacuan empat roda ditahan polis.
Dua pemandu kenderaan itu ditahan polis.
Semalam, lapan basikal kumpulan ini dibakar sewaktu mereka sedang tidur di Yayasan Aman, Penanti dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.
-malaysiakini
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mengayuh basikal beramai-ramai tu salah disisi undang2 BN/UMNO Malaysia, tapi merempit tu dihalalkan oleh BN/UMNO Malaysia. Inilah kesimpulan kami sebagai Rakyat Malaysia.
Ini ape punye turr la....
Kayuh basikal pon slh ke?? Sape yg terasa ngan mesej yg diorg bwk tu, padan la dek muka kan....
Post a Comment