KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (bertarikh Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008 lalu.
Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, di dalam sidang media berkenaan Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
"Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan KeADILan di Selangor,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Tambahnya,Dr Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati KeADILan dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
"Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor,"katanya.
Katanya,PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan.
"PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka.
"PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini,"jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan seluruh masyarakat Malaysia mendapat maklumat terus darihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini.
TP - yang hang bangang sangat dok layan geng-geng media perdana tu apahal? lebih 20 tahun dah hang dok kene lanyak, dok kene belit, dok kene fitnah dekat geng-geng media perdana hang tak belajaq apa-apa ke dari situ?
tak penah nak belajaq dari kesilapan langsung..! aku tak salahkan media perdana sebab kerja depa memang memutar belit isu, tapi akau salahkan hangpa yang asyik dok kene belit tapi tak belajar-belajar dari kesilapan.
hangpa dah ada harakah, buat apa nak bergantung pada media perdana lagi? bodoh..!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Saya suspek dia ni ada PENYAKIT DALAMAN ni....
apa kena ngan Topeng Perak ni ?
ko sedar tak ko kata bangang dgn bodoh tu kat saper?
tak abih²...
UTUSAN MEMANG SIAL!!!! PHUIEEE!!!! AKU PAKAI PAPER UTUSAN TUTUP TAIK KERBAU JE...
kena suruh mereka memohon maaf secara terbuka. jika tidak sue mereka dengan kau-kau!!!
mereka tidak insaf jika tiada tindakan tegas diambil.
Dah ada harakah nape still depend on paper jamban nie....
si Topeng Perak yg celupar !
wahai si Topeng Perak...
perlu kah tulis perkataan bodoh atau bangang kepada pemimpin PR ?
anda penyokong parti mane sebenarnya?
Samsyul - PENYAKIT DALAMAN ada banyak salah 1 dr penyakit dalaman manusia ialah tak pernah belajar dari sejarah atau dalam erti kata lain - KERAS KEPALA.
Anon 12:04 - aku sedar, aku bangang dan bodohkan individu yang tak reti nak belajar dari pengalaman. kalau budak kecik aku tak kisah, ni pemimpin. sampai bila orang yg sama dr parti yg sama nak kene bodoh dekat media yang sama?
Jon - sayangnya pimpinan yg dok ajak kitaa boikot media perdana ni yg masih dok percaya pada media perdana - cakap tak serupa bikin.
chong - puaka-puaka dalam media perdana ni jenis tak reti bahasa, mintak maaf cara terbuka? jangan harap. kenakan tindakan? hari tu pun teresa kok dah saman, tapi ada pulak puaka-puaka UMNO/BN wujudkan tabung konon nak bantu media perdana, depa tak sedar sebenarnya depa dok bantu pemfitnah... kira sekongkol ngan kejahatan la tu kan?
Anon 2:04 - depend on paper jamban sebab otak lembab... tu pasai ezam ngan khir toyo senang-senang dok pemain pemimpin yang sorang ni.
Anon 2:56 - memang aku celupar, mana-mana pemimpin kalau tak nak kene bangang dan bodoh, jangan cuba-cuba nak buat kereje bodoh.
Anon 3:59 - maksud hang kalau aku sokong Pakatan Rakyat, aku tak leh nak bangang dan bodohkan mana-mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat? gitu? kalau maksud hang macam tu, lebih baik hang pi sokong UMNO/BN sebab setau aku UMNO/BN je yang dok amal angguk-angguk ni. jangan sampai Pakatan Rakyat jadik macam UMNO/BN. kalau tak lagi haru negara Malaysia.
untuk semua pengomen - mana yang betul kita sokong, mana yang salah kita tegur, kalau dah banyak kali tegur tak jalan jugak, maka ada 2 cara je yang sesuai buat masa ni...
1 - bangangkan dan bodohkan pemimpin tu.
2 - terbalikkan gambar depa.
ini cara aku.
Topeng Perak...
cara ko tegur pemimpin tu dah lari drp adap sopan dan tatasusila org Melayu...apalagi dlm Islam...
apa Nabi ajar kata mcm tu ker kalau nak tegur pemimpin?
tapi drp pemerhatian aku, ko ni pilih bulu jugak pemimpin maner yg ko nak kata bangang atau bodoh...
makin lama makin hilang respek aku kat blogger taik ayam mcm si Topeng Perak ni...
mitak maap laa yer
Anon 9:34 - bila aku kutuk pemimpin dalam Pakatan Rakyat, semua tinggal komen "lari dari adap sopan dan tatasusila org melayu & juga Islam"... tapi bila aku kutuk pemimpin UMNO/BN, semua pakat-pakat tambah kutuk dan pakat-pakat kah kah kah kah kah...
dekat situ kita nampak, yang konon nak angkat keadilan sendiri tak leh nak priktik keadilan.
aku tak mintak sesape respek dekat aku, blogger bukan mencari penghormatan. blogger mcm kami cuba mengangkat keadilan ditempatnya.
jangan ajar kami "membodek" pemimpin yang perjuangannya kami sokong hingga memaksa kami menutup mata biarkan saja silap yang berlaku.
itu bukan cara aku. aku tak reti nak pejam mata kalau tengok ada benda tak kena.
yang salah aku tegur, macam mana aku nak tegur, itu terpulang pada aku, kalau pemimpin atau penyokong rasa tak suka dengan cara teguran aku, pemimpin jangan buat silap & penyokong pulak jangan terlalu TAKSUB sampai timbul rasa segan nak tegur pemimpin.
setakat tegur dlm blog?
kalau ckp depan2 mcm tu agak2 ko berani tak?
nak tegur pemimpin ade batas dan caranya wahai blogger taik ayam woih...
aku ingat ko ni samalah dengan mamat yg marah kat YB Azmin dlm buletin utama td...
Topeng Perak,
Memang hang ni celupar. Apa salahnya terima teguran orang lain. Jangan bangga sangat bila hang pi maki pemimpin, tak kiralah pemimpin UMNO atau pembangkang. Ingat, kita ni orang Islam. Kena jaga adab juga. Kita jangan lupa, dunia internet ni bebas diterokai oleh semua orang di dunia. Tak malukah bila bangsa lain dok tengok 'ayat-ayat' hang yang 'cantik sangat' tu? Kononnya hang nak menegakkan kebenaran tapi tak pernah lekang daripada memaki orang... Elokkah tu? Memang blog ni sebagai tempat untuk meluahkan ketidakpuasan hati tapi kena jaga adab. Jangan sesuka hati je... Hang nak tegur pemimpin dan hang nak mereka terima teguran hang tapi sebelum tu hang kena terima teguran orang juga... Blog hang ni kira blog cari duit je. Bukan serius nak tegakkan kebenaran...
Saudara topeng Perak ada masalah dalaman kot?... Dah pi ambik ubat?... Kalau ya pun nak menegakkan kebenaran, jangan sesuka hati me'bangang'kan pemimpin-pemimpin. Jangan ingat mudah nak jadi pemimpin yang baik. Saudara tu pun belum tentu boleh jadi pemimpin tau. Pemimpin yang baik untuk anak bini pun belum tentu lagi tau...
Post a Comment