"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 09, 2008

Polis: Ditemui bukan mayat ke-5 tapi bangkai anjing - Operasi SAR disambung semula pagi esok

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan bantuan anjing dalam operasi mengesan mayat pembantu rumah warga Sri Lanka, Lourdes Mary, 30-an yang tertimbus di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa hari ini. Operasi mencari dan menyelamat mengeluarkan mayat pembantu rumah kepada seorang doktor haiwan, Dr Yogeswari itu dihentikan pada pukul 7 malam dan akan bersambung semula pagi esok. -fotoBERNAMA
[DIKEMAS KINI, 7.40 petang] KUALA LUMPUR Bau yang dikatakan mayat sudah reput sebenarnya bukan mangsa kelima yang dikesan, tetapi bangkai anjing, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebentar tadi.

Sejam lalu polis mengumumkan ada menemui satu lagi mayat di lokasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dekat sini petang ini - pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Pun begitu, pada sidang media sebentar tadi, beliau berkata: "pegawai telah berjaya sampai ke bilik pembantu rumah, ruang tidur dan seluruh bahagian dapur, namun hanya menemui bangkai anjing."

Pulang Ke Rumah... sebahagian daripada penduduk dari perumahan berhampiran kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang berjalan kaki menggunakan laluan alternatif daripada hamparan Mobemat yang dibina Angkatan Tentera Malaysia untuk pulang ke rumah selepas laluan tersebut dibuka pagi ini. Kebanyakan mereka yang menghuni di Taman Bukit Jaya dan Kondominium Oakleaf Park pulang untuk memeriksa keadaan rumah selain mengambil barangan berharga dan dokumen penting. - fotoBERNAMA
Justeru, kata beliau, seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang juga belum ditemui.

Wanita tersebut yang dipercayai bernama Lourdes Mary, 30an, merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr. N. Yogeswari, yang turut terkorban dalam tanah runtuh tersebut Sabtu lalu.

Setakat ini, mereka yang terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menimbuskan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama awal Sabtu lepas kekal empat orang iaitu Yogeswari, 40, akauntan Eng Yee Peng, 30, Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, dan warga Indonesia Surinah, 30an.

Kata beliau, operasi SAR yang dihentikan sementara pada pukul 7.30 petang dan akan diteruskan macam biasa meliputi kawasan yang lebih luas.


Anggota tentera darat dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (gambar atas dan bawah) berusaha gigih memasang "Moby-mat" di laluan alternatif petang semalam bagi membolehkan penghuni yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa membawa keluar kenderaan dan barangan mereka. -fotoBERNAMA

No comments: