Lebih 50 pemimpin India peringkat nasional dalam Pakatan Rakyat bertemu di sini esok - pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu - bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.
Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.
Forum esok yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang telah mengumumkan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan membincangkan beberapa opsyen.
Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pertemuan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India.
Ketika dihubungi mStar Online lewat petang semalam, Pengerusinya, P. Jenapala berkata, "kami mengadakan pertemuan ini untuk mencapai satu pendirian kukuh sama ada mahu kekal dalam PKR, Pakatan ataupun sebaliknya."
"Jika mahu kekal, kami akan kekal bersama dan jika mahu keluar, kami akan keluar bersama," kata beliau sambil menegaskan, pertemuan esok sebagai adalah amat penting bagi menentukan nasib masyarakat India selepas sembilan bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu.
Jenapala merupakan Timbalan Setiausaha Agung PKR dan telah menyatakan hasrat untuk keluar PKR minggu lalu.
Sambil mengakui sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat, Jenapala memberitahu, pihaknya mahu mengambil satu pendirian bersama diambil bagi memastikan kepentingan masyarakat India di negara ini terus dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.
"Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin dan wakil rakyat India dalam Pakatan Rakyat menyatakan pendirian masing-masing, satu persatu satu tentang rasa tidak puas hati mereka.
"Jadi kami hendak mendengar semua pandangan bersama dan membuat satu pendirian bersama," kata beliau.
Beliau menambah, ramai di kalangan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR menyedari bahawa "mereka tidak boleh kembali kepada Barisan Nasional."
"Kami mahu tubuhkan satu badan di bawah satu payung iaitu mempunyai satu parti sendiri," katanya.
Justeru, katanya, perlu membuat pendirian tegas untuk menentukan hala tuju masa depan dengan kemungkinan memikirkan menubuhkan sebuah parti baru bagi masyarakat India.
Jelas beliau, rasa tidak puas hati timbul sekitar isu pelantikan pemimpin India untuk memegang jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan serta memegang jawatan dalam agensi-agensi hubung kait kerajaan (GLC) dan dalam jawatankuasa kampung.
Pertemuan itu diadakan lima hari selepas Manikavasagam menyatakan hasrat untuk keluar PKR, yang dijadual diumumkan Rabu ini.
Pendirian Manikavasagam itu juga berkisar pada perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR, salah satu komponen ikatan pembangkang itu.
Pakatan Rakyat dibentuk selepas prestasi pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Manikavasagam juga dijadual mengumumkan pendiriannya selepas pertemuan tersebut.
Dianggarkan 150,000 ahli parti komponen Pakatan Rakyat merupakan masyarakat India.
Malah esok, mesyuarat Biro Politik iaitu badan tertinggi penentu dasar politik parti itu akan membincangkan semua perkara yang berkaitan dan mencari penyelesaian.
Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar ibu negara sehingga 6 Januari ini.
PKR adalah anggota komponen Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Topeng perak,
Sekarang ini, kita tunggu dan lihat diatas permainan yang ingin dimainkan oleh kumpulan hitam ini. Jangan dirayu, jangan di provokasi terhadap mereka.
Kita ingin tahu siapa dalang dibelakang kumpulan ini.
Untuk pengetahuan pemimpin tertinggi PKR, perangai seperi ini memang merugikan parti malah ianya menunjukkan pada musuh politik tetang kelemahan dalam parti.
Mulai hari ini semua pemimpin PKR mesti berfikir bersama untuk mendapatkan satu formula agar ahli tetap setia pada parti.
emmmm hanya dia sekor jerk yg saja nak dpatkn sst tuh, ada ler dewa samie janji benda tuh, jenapala lok mmg dok leh wat kire, kaki bangkrap hehehehe, mmg puak nie ngan ulor, pukul puak nie lu ,
Post a Comment