
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Ghazale Muhamad berkata, individu terbabit mempunyai niat yang tidak baik apabila mewujudkan blog tersebut.
Menurutnya, perbuatan individu terbabit jelas menghina masyarakat Islam di negara ini selain berhasrat mendatangkan huru-hara di kalangan masyarakat.
''Saya merasakan ada usaha oleh pihak tertentu untuk memecahbelahkan persefahaman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan mewujudkan blog tersebut.
''Sekiranya ada unsur-unsur mendatangkan kekacauan melalui kewujudan blog ini, maka amat wajar individu yang bertanggungjawab ke atas perkara itu dikenakan ISA,'' katanya selepas melawat bayi Maal Hijrah di Hospital Melaka (HM) di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, kelmarin.
TP - ISA??? apapun kesalahan rakyat Malaysia bagi aku, tak sepatutnya disumbat dalam ISA.
Bicarakan mengikut undang-undang dan biar mahkamah yang menjatuhkan hukuman. ISA??? no more ISA...!!!
1 comment:
Wajar apa jika penulis blog dikenakan tindakan ISA. Memang patut sangat-sangat.. Nak bunuh terus pun boleh. Halal kot bunuh orang macam tu...
Post a Comment