Polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci berhubung sebuah laman blog yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, setakat ini kerja-kerja mengumpul maklumat sedang giat dijalankan oleh pihaknya.
Beliau berkata, perkembangan terkini mengenai penangkapan mahupun perkembangan kes tersebut akan diberitahu dalam tempoh terdekat.
''Tangkapan dan tindakan menahan mana-mana individu akan diberitahu kelak,'' katanya kepada wartawan di sini hari ini.
Mengenai tanggapan orang awam yang mempertikaikan proses siasatan itu, Musa menambah, siasatan terperinci perlu dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan.
Jelasnya, pihak polis sentiasa peka dengan keadaan semasa dan akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.
''Kita tidak boleh nak tangkap seseorang itu sesuka hati. Ia perlu ada bukti dan siasatan yang menyeluruh,'' katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Diharap pihak polis dapat menjalankan sisatan yang beteul-betul telus dan terperinci supaya jenayah siber seperti ini dapat ditangkap. Kita tidak boleh membiarkan penulis blog laknat ni bebas. Dia wajar dikenakan ISA...
kalau berbaur pembangkang cepat pula bertindak,yang ini masih dalam siasatan, jangan-jangan ada konspirasi tak ?
Post a Comment