"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 12, 2008

Lima Individu Gagal Dapat Kebenaran Cabar Keputusan Suruhanjaya 'Kes Video Lingam'

Lima individu yang dikaitkan dengan kontroversi "klip video Lingam" gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kejadian itu.

Hakim Datuk Abdul Kadir Musa bersetuju dengan bantahan awal oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi, yang mewakili suruhanjaya itu, bahawa keputusan suruhanjaya itu tidak boleh dikaji semula kerana ia bukannya satu keputusan yang tertakluk kepada Arahan 53 Peraturan 2 (4) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi.

Panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan seorang peguam, Datuk V.K.Lingam, sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu terdiri daripada Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan seorang lagi bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin, kerana salah laku.

Kecuali Dr Mahathir, yang lain telah mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan bagi membatalkan keputusan suruhanjaya itu.

2 comments:

yeols said...

Alhamdulillah kalau betul keputusannya ini biarpun begitu lama semua RAKYAT yg mahu melihat KEADILAN menanti keputusan ini dgn penuh gelisah.Bagi saya,kes ini adalah yg paling penting atas apa kepincangan yg berlaku dinegara kita yg tercinta ini.Bila sistem kehakiman telah di beli oleh pihak yg ZALIM & GILA KUASA,maka kita yg inginkan KEADILAN yg sebenar-benarnya terpaksa menempuh segala rintangan yg teramat-amat sukar.Insyaallah,KEBENARAN akan terserlah akhirnya....

Anonymous said...

Topeng perak,
Orang yang bernama Lingam, Ahmad Fairuz, Vincent Tan, Adnan Mansor, Mahathir Mohamad, dan Mohd Eusoff Chin, walaupun sudah didapati terbabit salah laku tapi belum tentu dia mereka ni dikenakan tindakan undang-undang. Mereka pasti akan tersenyum lagi...