Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak Datuk Ngah Senik dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai 15 Dis, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan hari Jumaat.
Ngah, 55, menggantikan Datuk Kamaruzaman Mohd Nor yang bertukar sebagai Timbalan Ketua Setiausha (Sumber Manusia), Kementerian Pelajaran pada 16 Sept, kata Sidek dalam satu kenyataan.
Ngah yang berkelulusan Sarjana Sains dalam bidang Perancangan Bandar dari University of Cardiff, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya, menyertai perkhidmatam awam pada 9 Okt 1976.
Tempat Ngah akan diambil alih oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Md Yahaya Basimin, 53, pada tarikh yang sama.
Sidek juga mengumumkan pelantikan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan Zaini Husain, 54, sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Pulau Pinang bagi menggantikan Md Yahaya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment