"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 10, 2009

HUDUD: KALAU TIDAK, DIAM SAJALAH! - malaysiakini

Artikel aku sebelum ni dekat [sini] tak terjawab dek hantu-hantu dan jugak pencacai-pencacai UMNO/BN, hari ni dalam isu yang sama jugak, aku nak hangpa semua baca artikel yang aku kutip dari blog nobisha ,harap yang berkenaan tolong baca dan pahamkan dalam-dalam...

Kalau tak, DIAM SAJALAH...!!!

Saya tertarik dengan polemik isu hudud. Malaysiakini melaporkan Pengerusi DAP Karpal Singh tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai isu itu (lihat laporan Malaysiakini bertaju, "Hudud: Kenyataan Anwar Mengelirukan, kata Karpal"). Kenyataan Karpal Singh dalam Malaysiakini itu adalah konsisten dengan pendirian DAP selama ini. Itu tidak menghairankan.

Hukum hudud wajib. Hukum Islam wajib. Oleh kerana hukum itu wajib, maka ahli politik Muslim mengambil pendekatan yang berhati-hati mengenainya. Apa yang saya dengar ialah mereka berkata ia mengambil masa untuk dilaksanakan. Berapa lama? Elok kita hadapkan soalan itu kepada mereka.

Kita ada dua pilihan. Satu, kita boleh bercakap mengenai sesuatu yang tak boleh dilaksanakan sekarang (atas apa sebab sekali pun). Kemudian, kita berpolemik soal itu. Berminggu-minggu kita bercakap soal hudud yang tak boleh dilaksanakan. Orang yang bertanya pun tak boleh laksanakan. Orang yang menjawab pun tak boleh laksanakan.

Ini tak ubah seperti seorang yang telanjang ketawa kepada seorang lain yang juga telanjang. Sama-sama telanjang. Sama-sama ketawa. Akhir sekali, orang luar nampak kebodohan kedua-dua orang yang sama-sama telanjang dan sama-sama ketawa.

Baik kita bercakap sesuatu yang boleh dilaksanakan. Sekarang. Bukan 30 tahun dari sekarang. Bukan 50 tahun dari sekarang. Apa yang boleh kita buat sekarang. Itu lebih afdhal.

Saya nak lihat semua Muslim di Malaysia melaksanakan cara hidup Islam. Islam ialah cara hidup. Banyak perkara yang boleh kita laksanakan tanpa perlu berpolemik. Banyak cara hidup Islam yang boleh dilaksanakan tanpa perlu pindaan perlembagaan.

Nak solat, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak menutup aurat, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak membaca Quran, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak tolak rasuah, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak berpolitik cara Islam (tak berbohong, jujur, ikhlas, amanah dll.) tak perlu pindaan perlembagaan. Nak sembahyang jemaah di masjid, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak buat kebajikan, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak berniaga tanpa riba, tak perlu pindaan perlembagaan. Adakah kita dah buat semua tu?

Kita gemar bercakap satu perkara yang susah, sehingga melupakan perkara mudah yang boleh kita lakukan sekarang. Inilah penyakit umat Islam hari ini. Suka berbalah. Penyakit inilah yang membuatkan kita lemah.

Hudud menjadi isu kerana ia boleh jadi senjata ampuh untuk menyerang lawan. Kita boleh gunakan hudud untuk gertak lawan, "Kamu nak buat hudud atau tidak?" Itu sebabnya. Usah berbohong dan berdolak-dalih. Hudud menjadi modal politik.

Saya nak sarankan kepada orang yang ghairah sangat menggunakan hudud untuk menyerang orang lain, lihatlah diri sendiri dulu. Cermin-cerminkan diri. Adakah akhlak kita dah bagus? Adakah kita sudah jalani cara hidup Islam? Isteri bagaimana? Anak kamu bagaimana? Keluarga kamu bagaimana? Masyarakat kamu bagaimana?

Kalau dah jalani cara hidup Islam dalam kehidupan diri dan keluarga kamu, jom kita laksanakan hudud. Sekarang.

Kalau tidak, diam sajalah!

14 comments:

Anonymous said...

Sangat sukar aku nak didik anak bini aku dalam negara yang takdak HUDUD.. Persekitaran yang mengasyikkan dan jika ada kemungkaran pun undang2 yang ada seolah2 mengizinkan.. kalau kat rumah boleh juga kita kontrol kpd amar maaruf nahi mungkar tapi kat luar susah laa

Anonymous said...

Perlaksanaan hudud tak perlu menunggu sehingga semua umat islam di negara ini melaksanakan semua perintah agama yang bersifat individual(cth puasa, zakat, haji, hormat orang tua dan lain2). Ayat yang berkaitan dengan hudud di dalam Alquran pun bukan diturunkan pada saat-saat akhir sebelum nabi wafat dan di dalam alquran pun, ayat berkenaan Hudud dan Qisas sudah ada di dalam surah Al baqarah dan bukan terletak di dalam surah An-nas. Jadi dari sudut pandangan islam perlaksanaan hudud memerlukan sokongan pemerintah kerana ia mustahil untuk ditegakkan tanpa ada kuasa politik yang membenarkannya untuk dilaksanakan. Kita boleh samakan perlaksanaan Hudud dan Qisas ini dengan ibadah haji. Walaupun masih belum mampu untuk mengerjakan haji tetapi iltizam serta niat untuk mengerjakan haji itu mesti bermula dari sekarang. Berkenaan dengan isu hudud yang berlaku baru-baru ini kita sudah sedia maklum siapa yang membangkitkannya dan siapa yang memutarbelitkan isu ini. Yang pasti di dalam sebagai seorang islam saya sokong 100% hukum ini dilaksanakan bukan kerana keberkesanan untuk cegah jenayah sebagai faktor no 1, tetapi atas dasar iman dan kepercayaan saya kepada tuhan

Unknown said...

Salam sdr.

Saya seorang manusia yang Muslim, Hudud saya sokong dan bersama memperjuangkannya kerana itu adalah perintah Allah, dan tidak mahu tergolong di dalam orang-orang yang zalim.

Pandangan sdr. Nobisha juga saya setuju cuma di dalam situasi yang berbeza. Pelaksanaan hukum adalah berkaitan dengan undang-undang yang hanya boleh dilaksanakan dengan adanya kuasa politik dan pemerintahan. Jadi isu Hudud adalah isu politik yang menjadi tanggung jawab sang pemerintah.

Sedangkan perkara lain yang sebut sdr. Nobisha iaitu Ibadah dan Amal ma'aruf nahi mungkar itu adalah tanggung jawab individu dan Ketua Keluarga serta Ketua Masyarakat termasuk Penghulu dan Imam setempat.

Saya tetap setuju 100% dengan sdr. Nobisha cuma sdr. Nobisha gagal untuk mengasingkan bidang tanggung jawab yang saya katakan di atas. Pokoknya untuk menjadi Muslim yang tidak durhaka maka semua perkara yang berkaitan dengan dosa dan pahala mesti dipersetujui dan mesti disokong. Walau pelaksanaan Hudud amat sukar tetapi tidaklah mustahil dan niat kearah itu mesti ada kalau tidak kita akan menjadi muslim yang kabur akidah.

Saya pasti di dalam hati Pak Lah pun ada simpan niat ke arah itu tetapi oleh kerana keadaan politik dan suasana Malaysia dengan berhukumkan Hukum Manusia, jalan ke arah itu cukup perit dan berliku.

Unknown said...

ye..lahh..camner nak buat elok..kat umah kite leh kontrol..kat luar amacam kawan...satu lagi hudud ni macam ubat anti kanser lahhh...cth jenayah mencuri,membunuh..dah tak terbendung sekarang ni...pakai undang manusiawi..hancus...hudud nilah ubat nyee...jenaya2 ni sume cam kanser..kita takleh diam selagi hudud tak diterima pakai..cuma yng kene diam orng yg tak tau pasal hudud tapi tnjuk terer plak....nobisha..kene cari nobita n doraemon laa..belejar ngn depa dulu..

gotahlantun said...

salam.

aku sesungguhnya amat setuju jika hudud ni dilaksanakan..sebagai orang islam saya nak hudud ni di buat serta merta....
Kerajaan PAS Kelantan aku sarankan buat je terus hukum Hudud ni...yang memerentah ialah orang islam..Tok Guru lagi(ulama) tak payah nak berdalih kerana UMNO lah ITU lah..INI lah..dan macam2 lagi.

KITA NI TAKUT PADA ALLAH.. ATAU PADA UMNO?..

ALLAHHUAKBAR!!!

Anonymous said...

Topeng perak,

Berkaitan dengan hukum hudud yang masih diperbincangkan dan dipermainkan oleh sesetengah pihak, sehingga kini jawapannya masih samar dan tiada keputusan untuk dilaksanakan.

Hukum hudud adalah salah satu peraturan dan undang-undang dalam agama islam. Ramai yang tidak memahami istilah, maksud, tujuan, dan kesan dari hukum hudud itu jika dipersetujui dan dilaksanakan.

Dan yang menjadikan hukum hudud ini menjadi bertambah kalam kabut kerana orang yang tidak faham dan mereka yang berpelajaran setengah tiang turut campur memberikan pandangan dan alasan mereka.

Anda telah melihat apa yang mereka luahkan dalam komennya dalam blog anda..? Apakah komen itu menggambarkan apa yang anda maksudkan…?

Tentu tidak ! kerana mereka bukan ahli dan tidak layak langsung untuk berbincang tentang hukum hudud.

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi kita perlu tahu bahawa hukum hudud adalah bentuk peraturan, undang-undang dan hukuman yang dikenakan oleh setiap rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan tidak pilih kasih.

Tapi beberapa orang ahli politik dari Pakatan Rakyat telah berkata hukum hudud yang dilaksanakan oleh PAS itu hanya tertumpu pada orang islam saja dan yang bukan islam boleh membuat pilihan sama ada mahu menggunakan hudud sebagai undang-undang untuk mereka atau menggunakan undang-undang sivil yang sedia ada.

Ini membuatkan Pengerusi DAP Karpal Singh tidak berpuas hati dengan kenyataan mengenai isu itu.

Karpal Singh adalah seorang peguam dan pakar tentang undang-undang. Dia tahu jika hukum hudud tidak diselarikan dengan undang-undang sivil sedia ada maka akan timbul masaalah tidak adil dan zalim terhadap orang yang sepatutnya dapat perlindungan dalam undang-undang.

Oleh kerana itu kita tidak sepatutnya mengutuk dan menghina pada Karpal Singh tentang pendiriannya terhadap hukum hudud.

Dan yang membimbangkan lagi hukum hudud jenis apa yang ingin dilaksanakan di Malaysia..? Apakah hukum hudud yang mahu dicipta itu berasaskan politik atau berpandukan alquran dan hadis..?

Tun Dr. Mahathir pernah berkata “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif “- kenyataan Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan.

Disini timbul satu persoalan, mengapa Tun begitu berani menyanggah hukuman itu sebagai primitif…? Setelah diselidik, Tun hanya menggunakan lojik akalnya saja , dia amat percaya bahawa bentuk hukuman pada pesalah boleh diubah mengikut peredaran masa dan zaman. Bentuk hukuman itu juga adalah datangnya dari manusia, bukan dari Allah.

Jika kita ingin meneruskan cita-cita melaksanakan hukum hudud di Malaysia, terlebih dahulu hendaklah kita kumpulkan semua alim ulamak tanpa mengira bangsa,dan parti. Mereka ini semestinya cukup ilmunya dan kumpulan ini dibentuk tidak berpihak mana-mana individu atau kumpulan atau parti atau fahaman.

Tetapi hendaklah bersatu berbincang, mengkaji setiap pekara yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman secara teliti. Alquran mesti dijadikan panduan dan hasilnya undang-undang itu hendaklah adil pada semua pihak.

Mencipta hukum hudud bukannya mudah tapi tidak mustahil untuk dilaksanakan dengan izin Allah.

Anonymous said...

YANG SETAHU AKU NOBISHA KATA DENGAN MEMBAWA MADSUD BAHAWA JANGAN DIPERMAINKAN HUKUM ALLAH...KALAU SEKADAR RETORIKA POLITIKA SEMPITA SAHAJA BAIK RENTIKAN...SIMPAN AJE NIAT TU KEJAB-KEJAB DALAM DIRI. ITU MADSUDNYA JADI KALAU TAK MAMPU, BELUM MAMPU JANGANLAH NAK TERJERIT-JERITAN MACAM KUKANG DALAM HUTAN....

ITULAH SUKARNYA MEMBERIKAN KEFAHAMAN PADA PAS YANG JUMUD LAL TAHYUD LAL MARDUD LAL SAMDUL NI.

KAHKAHKAH.....

Anonymous said...

Kau orang pergilah pujuk saudara kau si KARPAL, LGE dan LKS tu. kalau dah terpujuk mereka tu baru USULkan kepada kerajaan....

Katakan kepada kerajaan...LIHAT..KAMI ORG PAS DAH PUN MEMUJUK SAUDARA SEKUBOR KAMI..jadi kerajaan dah tak ada alasan lagi untuk menerima sarAnan kami...

MAMPuKAH..KALAU ITU PUN TAK MAMPU...JANGAN NAK TERJERIT-JERITLAH...

KAAAHHHKAAAHHHHKAAHHHH....

Anonymous said...

alah..PAS pun diam jerr..bila DAP bersuara pasal Hudud..angguk-angguk jerr...yela..siap DAP pada PAS..ABG BESAR..PAS cuma SEMUT MERAH jerrr...Kalau ngan orang Melayu.. melenting sampai BABI MEGA kat Selangor ngan Kedah terkezutt...Udah le tuu..simpan je le Hudud PAS tu kat dalam laci..demi Abg Besar DAP...

Anonymous said...

umno paling ramai joint PEKIDA mungkin di KT geng PEKIDA akan buat kacau AWAS...
aku dari kg laloh kuala krai kelantan, budak pekida sini memang samseng, boss nya usop pahi memang kaki samseng, yusni lagi teruk, brahim boyo, awi tok awang kekcok, suha ini sebahagian yang aku boleh sebut, tapi ramai lagi lah, mereka ni semua kaki pukul, tarik kereta, peras ugut orang, curi kereta, kaki mabok, buat kacau kedai kopi dan macam macam lagi lah memang teruk pendek kata keselamatan kampong memang terancam, pk la boss pekida .

Anonymous said...

WEII...MANGKUK,

KAU INGAT PEKIDA TAK ADA ORANG PAS KE? WEII MANGKUK HAYUN AKU DAH JUMPA MELAMBAK-LAMBAK...

Unknown said...

Nak hudu laksana undi lahh PAS..bile PAS kuat..islam pun kuat...mcm2 leh buat..ngok ngek tul..

Anonymous said...

umat islam yg berparti PKR,umno,pas....diantara sapa yang tak suke hukum hudud bolihlah gi jabatan pendaftaran tukar status agama...atau mohon lah kerakyatan israel....atau lagi pilih2 lah parti2 yang tak mahu hukum hudud itu di laksanakan....setahu aku 50% ahli umno setuju hukum itu dilaksanakan(ahli setia orangtua kg)yang tak setuju ialah orang muda2....atau yang biasa dgn dunia.

Anonymous said...

sapa yg berckp pasal pekida tadi??!!.kebanyakan ahli pekida semua tak tahu bab2 agama islam.bab gaduh dh mcm org india dan cina berani bila ramai2.ada berani ahli masuk kg org sensorang ajak gaduh???jangan cerita pasal pekida ...belaja ilmu agama baru cerita pasal pedang terbang.